My Weight Loss after My Salad Days

LilySlim Weight loss tickers

Tuesday, January 31, 2012

Irsyad...ibu rindula...


tepek jap gambar terbaru anak bujangku ini...rindunya lahai..nak dengar mulut becok dia membebel...marah2..nak kacau dia bagi dia marah..seronok tengok kening dia berkerut..

sekarang ni apa sahaja yang kita buat memang dia cepat je ikut..masa menunggu kat airport tu potpet2 mulut dia..bila ayah dia sampai kat kereta..tiba2 die senyum memanjang sambil terkembang hudung & diam jer..ala2 malu2 kucing gitu..almaklumlah sebulan lebih gak tak jumpa..

lepas tu lepas beberapa hari bersama ayah, ayah irsyad suka sebut"Allah..Allah.."jap2 Allahuakbar"..Irsyad pun dah terikut..kejap2 Awwah..Awwah.."dah macam gaya orang tua aku tengok..

ada sekali tu kat rumah tanjung malim ni dia tumpahkan susu, then aku cakaplah "ambil tisu..lap"..dia pun ambil tisu & lap..bila balik kampung, susu tumpah lagi..automatik dia cakap.."lap..lap"..dan terus ambil kain kat dapur..hehe..seronok sangat tengok gelagat dia time ni..

kalau dalam telefon pun dah pandai gaya ckp macam orang besar...cakap sambil bawa jalan sana sini henphone tu..kalau cakap hello tu kemain kuat, "LO! LO!..sebijik gaya abah aku bila cakap Hello!..hehehe..lepas cakap LO! tu dia akan berceritalah macam2..ntah apa2 aku pun layan jer..



sabtu insya'allah kita jumpa yer ucuk ibu ni...

*xsabar nak tunggu taska bawah rumah aku tu siap...aku tengok grill dah pasang...

Carpet Shaggy

Ahad lepas aku singgah Nilai masa on the way hantar en abg pergi airport..akhirnya aku dapat merembat carpet shaggy ni di kedai Carpet Naeem..ni antara carpet murahlah bg aku...tuan kedai tu muka garang..aku takut nak minta murah lagi...bila aku tanya ni brapa? dia kata RM200 saya bagi RM150....kalau bulu yang kasar sikit dapat RM100..aku tanye boleh kata semua saiz jenis shaggy ni..hehehe..mesti tension pak pakistan tu..oklah tu kot..jenis yang selain shaggy ni mahal sikit..aku pilih simple2 je..saiz kecik je ni 110cm x 150cm untuk letak dalam bilik...



ok tak kaler ni..en abg yang pilih..kalau aku nak coklat @ oren..tapi die kata biarlah bilik warna lain...tapi kedai ni takde jual shaggy yang plain kaler..

aku ada rembat lagi satu alas kaki untuk depan pintu..dia kata RM45 saya bagi RM40..aku terus cakap RM30 xdapat ke?..then dia kata boleh..so total dalam RM180..time nak bayar tu aku minta tawar lagi..die bagi RM170...(senang pulak dapat murah..tau tadi carpet hijau tu aku mintak lagi murah awal2 lagi)..kalau siapa2 tahu ada tempat lagi murah bgtaulah yer..

Impian lepas ni nak beli yang saiz paling besar untuk ruang tamu..dah tanya hari tu dalam RM350 untuk shaggy A-1 bulu halus..kalau kasar sikit RM300...tapi kena beli kaler coklat...biar match dengan langsir & sofa..sedap sikit irsyad nak berguling2 lepas ni...yang ada ni sekarang buluh..keras..tapi yang bestnya kalau air tumpah senang nak lap & keringkan..tapi takpelah..nak cuba yang lain sikit..

kalau nak beli online aku suggest kat carpetsindustry.blogspot.com

Wednesday, January 25, 2012

Yeh!yeh! Ayah Icad Balik..


Malam ni ayah sampai dalam pukul 9 lebih...irsyad datang jemput ayah kat airport..;-)

Tuesday, January 24, 2012

CNY Holiday

Cuti CNY....pantang ade cuti lebih....ofcozler blk kg...tp kali ni punya prjlnn aderla citer sedih sikit...kete aku xboleh start...nnti ade masa aku story mory entry lain...

Sempat mlawat anak buah baru...sepupu aku bersalin awal dec 2011...lg 10 hari nk abis pantang baru aku bkesempatan nk p mlawat...:iqbal darwish yg tombam bam:
Ini adalah hobi terkini irsyad...malalak..mngamuk...mberontak...nk mintak dukung jer...mungkin takut aku tinggalkn die...pity him...
Irsyad bersama sepupu nya...anak2 abg aku yg no.2...kbetulan semua pakai tanpa plan...irsyad mcm biaserlah gah dgn beskalnya...abis marah semua org yg usik2 barang2 dia...Ukail yg tecik tu abis berapa kali kena cepuk muka ng irsyad...
Blogging via smartphone! Sbb tu lagu ni...x pandai lg nk setting bg centre lagu mane...xsempat nak godeh2...
**esok ayah icad blk...lalala...dh abis cuti CNY br blk...dan aku...sambung cuti...

Friday, January 20, 2012

Xinnian Kuaile

Selamat tahun Baru Cina

Esok balik kampung..lalalala..

en abgku pun balik..tapi Rabu baru sampai..takpelah..asalkan balik..

semua cuti..sure jem jalan...huhuhu

Semoga semua selamat balik kampung halaman & bercuti bersama keluarga.. :)

**selamat menikmati limau cina banyak2..blog orenjus belanja limau ni..
nah amikkkk kat sini

sodap tak?hehehe

Perbincangan dengan Seksyen Utiliti JUPEM

Tarikh : 11 Januari 2012

Lokasi : Seksyen Utiliti, JUPEM HQ

Tujuan : Perbincangan spesifikasi alat pemetaan utiliti - GPR & PCL

*GPR:Ground Penetrating Radar

*PCL:Precise Cable Locater

Aku snap dari papan kenyataan office Seksyen Utiliti..melibatkan pendigitan dari ortophoto, data kutipan di padang dan data dari agensi luar..

Sesi perbincangan..diketua oleh Penolong Pengarah Pemetaan Utiliti, En Saiful Wazlan..kami membincangkan jenis peralatan yang digunakan di JUPEM supaya pihak INSTUN mengambil kira dalam aspek pembelian peralatan baru akan datang untuk memudahkan proses pembelajaran semasa kursus menjadi mudah kerana spek alat yang sama..Selain itu pihak JUPEM turut memberi nasihat & pandangan mengenai kelebihan & kekurangan sesuatu alat itu..

Salah satu pemprosesan hasil kerja di Seksyen Utiliti

Penerangan daripada En saiful kepada pihak INSTUN


Hasil data daripada GPR


hasil data dari GPR di atas Tapak Ujian Pemetaan Utiliti JUPEM




hasil akhir...make sense?

kerja-kerja pemetaan utiliti ini lebih kepada pengalaman dan ilmu kepada apa yang ada di bawah tanah tu..bukan sebarangan orang yang boleh menjalankan kerja-kerja ini. Ilmu mengenai konsep penggunaan alat, ilmu medan magnet, isu2 keselamatan banyak diterapkan dalam Pemetaan Utiliti. Ini menunjukkan kerja ukur bukanlah hanya menjurus kepada satu arah..tapi banyak cabang sebenarnya..Di Malaysia boleh dikatakan ia masih baru dalam mengaplikasikan kerja2 ini berbanding dengan negara luar..


* Nak tengok alat GPR dan PCL boleh klik sini masa training di UTM Skudai tahun lepas..

Thursday, January 12, 2012

Pecah Rekod


ibu bersama irsyad yang tak cukup tidur


Uwa!!! irsyad nak tidur lagilah ibu...


Pecah rekod irsyad bersama atok + nenek & acik bila dok umah aku 10 hari 9 malam...hehe...pagi tadi blk...sodehnyer..sunyi kembali rumahku...:'-( Bolehla aku berdiet kembali...effectnya bila makabah datang ni berat ku makin bertambah hehe...petang ni boleh start bersenam...jom midah!! "nak main bola tampar ke nk berjogging??"

masa makabah datang sini takde g jalan mana2 pun sebab aku bukan kakai jalan..kalau en abg ada boleh dia tolong bawakan...aku bgtau je nak kemana..ni nak suruh abah drive pun kesian pulak kat dia..takpelah..jalan2 g rumah adik aku jer..hehehe

sesi urutan otot2..


irsyad. "apa yang nenek buat tu??", "irsyad nak duduk juga"....

tenkiu makabah bw irsyad ke sini...datanglah lagi.. :)

Lawatan Ybhg. Dato' TKSU 1 NRE ke INSTUN


Tepek gambar ni dulu...story mory will cont. later...



alat HDS (High Denfinition Surveying) bersama perisian Cyclone v 7.3

aku kena present tentang alat scanstation2 ni...


contoh hasil proses dalam perisian cyclone dan pendigitan & mendapatkan ukuran dalam perisian autoCAD


eh mahruzzaman...bersama alat kesayangannya..teleskop astronomi..lepas ni eh mahruz dah pindah ke JUPEM HQ Seksyen 3P sebab kenaikan pangkat...tahniah yer.. :)


**Gambar time Dato' TKSU datang aku tak dapat lagi..nanti aku masukkan lagi..

Monday, January 9, 2012

Projek Pemantauan Pergerakan Tanah di INSTUN


seksyen aku iaitu seksyen pemetaan menggunakan alat Scanstation2 LEICA untuk projek ini.



Lokasi Projek : Kawasan Tangki Air INSTUN

Tarikh : 9-10 Januari 2012 (dijangka kena tambah hari sebab masalah bateri alat & workstation yang cepat kong)

Tarikh Proses : sejurus lepas habis kerja dilapangan (1 hari)


Pemasangan target point..di bangunan


en shahriman sedang menerangkan sesuatu kepada bos aku..



buat kerja dengan happy..belakang aku tu En Zahir..student master UTP yang join dengan projek ini (untuk paper research dia)

inilah bateri alat yang problem itu..cepatlah beli baru...cepat sikit buat kerja..huhu
*harap2 menjadilah hasil projek ni..amin..

Friday, January 6, 2012

Dilema

Camne nak mula cerita ye...

terdetik selepas sahabat dari JUPEM HQ kol..Puan Nawi..dari seksyen EP..

1st call tu terputus..then aku fikir..Nawi kol sebab ape yer??

mayb pasal en abg aku kot...sbb haritu try apply kerja di office suami dia..

then aku terfikir gak pasal sebelum ni dia ada ajak join masuk seksyen EP...hehehe..

Then aku call dia balik..sah jangkaan tu..1st thing yang dia tanya,

"suami faizah dah kena panggil interview?"

aku terlupa nak bgtau yang bos kepada company suami dia tu ada call & tanya macam ala2 interview n kalau dipanggil kerja dia tanya berapa bulan?...

dia pun cakap try apply kerja lain juga..ada gak apply kerja2 lain tapi..itu tak pasti dapat sebab umur pun dah 30!..tua dah rupanya..hehehe


dan...2nd thing yg dia bgtau..."seksyen EP ni ada 1 tempat kosong...sebab sorang yang jaga bahagian darat naik pangkat.." hehehe..berdebar aku tau..."just nak bgtau kalau nak tranfer KL seksyen EP ni ada kosong"...

aku just bgtau dia balik.."kalau suami dapat kerja KL mungkin baru terfikir nak apply ke sane"..dan b4 ni pun aku memang dah plan dengan husband..kalau betul2 nak dok sama..if dia dapat kerja KL, aku transfer KL..kalau dapat JB, aku transfer JB...just planning jer...

kalau ke JUPEM KL tu xkisahlah seksyen mane as long as aku boleh belajar + bkerja dgn happy + bergumbira dgn famili....tapilah kan..kalaulah ke seksyen EP tu..debaran jantung aku memanglah sangat laju..mane taknya..aku tengok Puan nawi tu bizi sokmo...meeting sano sini..dan PnP yang duduk di situ memang terserlah kebiziannya...


Misallah aku kena dihantar ke sana...memang cara kerja aku automatik bertukar 270 darjah..fuhhh...sebab kena study dari awal..sebab ilmu2 sempadan ni cetek..hmm...apapun terima kasih pada Nawi sebab bgtau info pasal kekosongan tu...dan tolong bg adress office husband dia untuk suamiku cari kegheja....


Kadang2..sayang pulak nak dia tinggalkan kerja dia sekarang..impiannya nak dia sambung master & apply lecturer universiti..tapi kenalah tabah menunggu..tapi minta dia aplly master area2 semenanjung best sikit...adush...semuanya kena bersabar...sungguh dalam dilemma episod drama kali ini..huhuhu...kita tunggu dan lihat episod seterusnya...jeng!jeng!


semuanya pasal kegheja.... :')

Thursday, January 5, 2012

Jom Ngeteh Di Restoran JariR, Tg Malim

Semalam petang lepas balik dr TF market..kami p singgah ngeteh di Restoran JariR..ala dekat dengan blok kedai makan MBest Cafee tu...mak abah aku suka kedai ni sebab mee goreng mamak dia sedap..tapi aku order makan nasi goreng kampung..sebab tak puaslah makan mee ni..(bagi akuler)...lagi satu kedai yang diaorang suka ialah kedai makan di stesen komuter tu..lupe pulak namanya ape ek..


Kat JariR ni style order die akan bagi pensel & kertas..so, kt just tick je list senarai menu yang kita nak order..macam main tanda2 paper exam gitu...hehehe..dah habis tick bolehla panggil waiter tu..oklah kedai ni..xlah lama sangat mnunggu...dan ada jual satay...



mak & bila (my cousin) sedang menunggu makanan sambil control cun..hehe



mak yang masih control ayu..



irsyad bersama bekalannya (air ribena & lori) supaya dia tak bosan..tapi macam biasa akan berakhir dengan hiruk pikuk..hampir separuh teh ais mak aku dia bedal..huhu



mak & abah menikmati mee goreng mamak yang disukainya..

.

.

.

.

.

.

gambar last ni ialah gambar anak bujang aku yang kuat sangat melalak sekarang ni...aduhai...


Testing Edit Gambar

Ok tak...gmbar mcm mimpi2 gitu... Aku guna application Photoshop express baru donlod kat android market... Amik gambar ni pulak guna app Camera360...best..sebab leh buat gmbr jadi ayu jelita n muka flawless gitu...


Wednesday, January 4, 2012

My Suggestion - Psyllium Husk

Psyllium Husk...pernah dengar tak? bagi sesiapa yang susah nak buang air besar..& nak mudahkan pembuangan air besar..silalah cuba Psyllium Husk ini...dulu masa nak diet tahun 2009 aku dah try ni..memang amat membantu..pembuangan akan menjadi lancar dan smooth jer..takyahlah nak teran2 & buat sound effect sambil melelehkan air mata..hehehe..aik macam pernah mngalami je ni?




harga dia RM24 for 500gram di famasi BOND MEGA Tg Malim..kalau di farmasi SRISAI murah sikit..sebab die packing kecil sikit..


cara makan dia : ambil satu sudu Psyllium Husk dan campurkn dengan air suam @ jus buah..better minum dengan air manislah..macam aku, minum dengan ribena suam pagi2 sebelum pergi kerja..kena minum cepat2 sebab ia akan mengembang..dan bila mengembang dikhuatiri anda akan rasa tak selera nak minum sebab dia rasa macam gel bila dah kembang tu..hehehe..so minum pantas bila dah kacau dengan air tu...lepas tu jangan lupa kena minum air banyak2... :)


Selamat Mencuba!

Majlis Perkahwinan Khairy Kamarudin

Lokasi : Felda Sg. Behrang, Perak

Tarikh : 31 Disember 2012


Akhirnya dah kahwin classmate aku ni..dari diploma sampai degree satu kelas..sama ng kakchah yang tudung purple...dan suaminya zahid yang berbaju merah tu..zahid sekelas masa degree..tinggal lagi 3 orang kot classmate aku yang masih bujang..apapun layan jelah gambar nih..


semangat2 anak kachah...yang lelaki tu tua dari irsyad 2 bulan jer tapi berat dia 17kg...irsyad baru 10kg...hehehe..baby dia yang baru 2 bulan tu dah 7kg...kuss semangat...



dah nak balik masa ni...


famili kakchah & pasangan pengantin..


kakchah dan baby chenta a.k.a kaseh nurbatrisya..

last masa aku jumpa kakchah masa anak dia yang sulung baby lagi..sekarang dah ada 2 adik..hebat...harap lepas ni boleh jumpa lagi.. :)

Jom berfesbuk!

saje tepek gambar anak bujang ni main netbook acik nana...ntah ape2 yang ditekannya..

keje replay main lagu awimbawe!

dah silap tekan mula cari kita suruh mainkan lagi lagu tu...


macam pro jer..


ewah-ewah...

Friday, December 30, 2011

Hampa

Malam tadi berborak dengan en abg via phone...aku bagitaulah berat aku dah turun mencecah 56 kg..dia gelakkan ajer..dia kata jangan percaya pada timbang yang baru beli tu..so aku bgtau pada dia yang aku akan buktikan betul dengan compare pada timbang di Billion...


macam best je alat penimbang ni kan??

So,tengahari tadi aku ke Billion..bila dah masukkan duit 20sen...alamak..betullah..tak boleh caya timbang aku tu...uwa!!! tau tak berat aku berapa?? 57.6kg...maksudnya baru turun sikit jelah...huhuhuhu...kena beli alat penimbang lain ni...tapi kalau dalam area minggu ni bila aku timbang paling tinggi pun akan cecah 57.5kg..waktu pagi akan ke 56.9kg ke 57.0kg...mana satu aku nak ikut ni...

Layan Ombak Rindulah

Malam ni biasanya aku on the way balik kampung...
tapi malam ni aku di sini...

jadi bolehlah layan Ombak Rindu di Astro 1st...

banyak komen2 negatif dari cerita ni..apapun aku nak tgk gak..

bersedia untuk subscribe Astro 1st..

RM15 melayang...

tgklah 48jam sampai lebam..

aku sure tgk skali jer..hehehe

2011 Berakhir

Tinggal esok je tahun 2011...lepas tu dah nak masuk tahun 2012...apa yang berlaku dalam tahun 2011 dalam hidup korang?..banyak kenangan manis?pahit?..mungkin 2011 memberi makna kepada sesorang..seperti menuju ke alam perkahwinan..pertunangan..deliver baby..pergi haji...dan sebagainya...kalau ada yang pahit tak maulah tulis kat sini...banyak gak tarikh2 yang cantik pada tahun 2011 ni..1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, 11/11/11..sbb semuanya 1...siapa yang bertuah dapatlah dia simpankan kenangan pada tarikh2 tersebut...

Bagi aku tahun 2011 sedikit sebanyak mengubah kehidupan aku sebagai isteri & ibu kepada seorang anak..still lagi duduk berjauhan dengan suami..dan semakin jauh bila masuk tahun 2011..dari KL-Tg Malim ke Sabah-Tg Malim..since ktorang berkahwin tak pernah lagi tinggal bersama..irsyad pula tinggal dengan mak abah di kampung since umur 10 bulan...sekarang dah 1 tahun 7 bulan..hampir setahun...dari tak pandai berjalan dah berlari2 tinggal dengan atuk & neneknya..alhamdulillah dapat juga aku menjenguknya dan melihat sendiri proses tumbesaran irsyad...kesian ayahnya yang banyak tertinggal..almaklumlah balik pun sebulan sekali..dalam pada masa ni aku berkira2 nak bawa irsyad tinggal bersama..dah ajar sikit2 irsyad duduk diam bila aku tengah driving..

Dari segi kerja..bagi aku tak banyak perubahan..cuma 2011 aku kehilangan sahabat2 yang best..dan mungkin akan berlaku lagi pada tahun depan..biasalah..job rotation & pertukaran tempat kerja & kenaikan pangkat ni memang perlu untuk meningkatkan lagi produktiviti & kualiti jabatan..skema pulak ayat aku nih..mungkin nasib aku pun sama macam sahabat2 yang dah pergi dari sini..tak siapa yang tahu..hanya kroni2 tertinggi yang mengatur strategi masing2..kami hanyalah "yang menurut perintah" aje...

Pasal sambung belajar..angan dah ada..tapi tak taulah bila..bila dengar taklimat terus cancel sebab masa, waktu & keadaan mengekang untuk aku sambung belajar sekarang ni...

Apa yang aku harap pada tahun 2012?? Aku berharap sangat2 yang aku dapat tinggal bersama dengan suami & anakku..itu yang utama..harap2lah ada perubahan..harap usaha aku & suamiku itu berhasil..dan berharap 2012 akan memberi lebih banyak kenangan manis dalam hidupku...dari segi kerja, insya'Allah selagi tiada apa halangan, aku akan terus bekerja di sini..tempat kerja yang aman damai...kalau ada peluang untuk aku sambung belajar, aku akan usahakan...

....happy family....

Psssssstt...pada 12.00 tgh mlm 31/12/2011 nanti korang jangan masuk toilet tau!!

nak tau sebab ape? sebabnya...

.

.

.

.

.

.

.

.

korang akan keluar tahun depannnnn!!!!

hehehe

tu lawak dr suami aku..huhu..masa dia cakap tu berdebar gak aku..bunyi mcm suspen jer...

Thursday, December 29, 2011

Minggu ni Tak Balik Kampung??



Oh noo..apa aku nak buat bila hujung minggu aku tak balik kampung?? Pulak tu plus lagi satu cuti hari Isnin sempena Tahun Baru...nak buat ape ni..(ligat cari plan)..nak g rumah adik aku kat saujana putra tu macam tak sesuai pulak sebab famili mertua dia nak datang...erm...dah terbayang2 aku yang akan kebosanan + kerinduan irsyad...

Dah terbiasa setiap Jumaat mesti aku dah packing barang untuk balik kampung..dan Ahad pula masa untuk balik Tg Malim semula..nasib baiklah ada transit rumah adik aku tu..bolehla pagi Isnin baru aku bertolak pagi2 dari rumah dia ke Tg Malim..taklah letih sangat..kalau ikutkan...makabah aku plan nak datang sini..aku pun dah letih nak balik kampung...tapi..adik2 aku yang belajar di Poli Kuantan & Merlimau pula nak balik kampung...lepas tu nak uruskan rumah sewa diaorg...erm..aku cubalah tabah tak balik minggu ni..letih gak..harap2 mak abah & irsyad datang sini lepas settlekan hal2 adik2 aku tu...

List yang aku plan:-

1. Sabtu-pergi kenduri classmate aku masa belajar di UiTM dulu...Khairy Kamarudin..di Felda Sungai Behrang..tapi mcm janggal je pergi sorang2...hmm.redah jelah...dah jadi lecturer kwn aku ni..master pun dah ada..jelesnya...

2.Balik dari kenduri pergi meronda pasar malam..tapi macam awal lagi jer time tu..singgah TF Marketlah..petang baru pergi pasar malam....lepas tu jenguk2 carpet..kat mane yang murah agaknya...aku target di sebelah restoran JARI tu..taktaulah kat mane lagi lokasi kedai carpet yang murah kat Tg Malim ni...

3.Ahad-kemasla rumah tu...bagi susun2 barang yang dalam kotak tu..kemas barang dalam stor..bagi berkilat sikit rumah tu...petang kalau bosan round2 tg malim ajelah..

4.Isnin-kalau tahap bosan dah melampau & kalau famili mertua adik aku dah balik bolehlah aku shoot ke rumah adik aku...nak ajak diarg jalan2 KL ke..Shah alam ke..cuci2 mata ajer...

5.Selasa-macam biasa aku pergi kerja bertolak dari rumahnya...berdesyummm...

Planning je ni..mana tau tiba2 mak abah aku jadi datang sini... :)

Wednesday, December 28, 2011

Testing Post By Using Blog It!

Testing post blog guna application Blog It!..very easy la rupenyer...alang2 ade smartphone ni kenalah guna sebaiknya..free ajer upload application ni kat android market...nk upload gmbr direct pun sonang...best 300x..selama ni aku guna web version & xtau nak upload gambar mcmane..slow gak den ni..hehehe


sajer tepek gmbr irsyad utk testing upload gmbr dr handphone...huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width