Friday, June 13, 2008

:: lagu yang x paham maknenye ::

Tengah aku duduk2 ni teringat pada 3 lagu ni yang tiade tajuk tapi aku still ingat sampai hari ini...Lagu 1 ni kalau xsilap, abanglong aku yang ajar mase kecik2..berbunyi :-

"aci
kadewa
duku daka
wanena
cikole kole
cikena
cikedut
dangdut"

Lagu ke-2 pula aku kenal mase sekolah rendah, kawan aku bernama Kharmee Nadia @ nicknamenye Kemek telah mengajar aku lagu ni:-

"jang jongket
bok naek
nambol kacang
kro ka'e
tersepak cine gondol
melayut ontol2"

Lagu ke-3 pula telah diajar oleh rakan sekolah menengah yang bernama Intan Jaliah atau nicknamenyer Be'e. Aku telah mengajar kedua2 lagu di atas kepadanya dan die telah menambah lagi satu lagu pelik yang berbunyi:-

"dam dum
tarema
dapakana rajatuh
ring ring
auw plus
kichi"

Itulah ketiga2 lagu yang pelik & xdiketahui maksudnya sampai kini..walaupun aku mengenali lagu2 ini pada waktu yang berbeza2 tp aku masih ingat hingga kini..Aku xpasti tuan yang mengajar aku ketiga2 lagu di atas masih ingat @ x lirik2 lagu tu..Mungkin ada sesiapa yang mengetahui lirik lagu di atas selain aku...bolehlah kt share bersama asal usul mcmane lirik lagu seperti dia atas boleh wujud..~:)

Sunday, June 8, 2008

:: Trip to Sungai Bil ::







SABTU, 7 Jun 2008 – aku, eja & carol pergi ke Sungai Bil..rasenyer die dalam kawasan Kg Slim kalau x silap. Kami plan g petang tp memandangkan kami bosan dan takut2 petang tersebut hujan so kami bertolak awal ckit dalam pukul 11 pagi. Aku just prepare bekal nasi goreng je sebab pagi tu mmg aku nak buat breakfast nasi goreng..ieja pulak goreng sosej, carol buat meehun goreng ng roti jem marmalade ng peanut..






Kami bertiga x pernah lagi ke Sungai Bil tp kawan kate tempat die dekat & senang je so kami main redaahh aje..akhirnya kami sampai gak di Sungai Bil dengan mengambil mase 19 minit, sejauh 12.6 km dengan kelajuan 60km/j dari rumah. Die terletak dalam kawasan perkampungan Kg.Sungai Bil. Bestnyerlah diaorang yang dok kawasan ni..Depan umah je sungai tu…hari-hari boleh mandi sungai…Kami masuk dalam ckit untuk park kerete..kami cari tempat yang ramai orang sebab kami ni anak dara so bahaya kalau mandi tempat sunyi..
Tempatnyer cantik tp yang x best nyer xde tempat persalinan yang sesuai..huhu..ramai gakla yang datang kat situ especially famili..siap masak2 lagi kat situ…ktorang park bekal n beg bersebelahan ng satu famili dari Sungai Besar..sampai je ktorang mkn dulu bekal yang sangat best tu..pastu main2 air..aku xmandi pun disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan..ieja ng carol je yang mandi..tu pun xlama sebab ramai sgt ahli famili tu yang mandi..macam malu pun ader..so ktorg just main-main air & gosok2 kaki ng tangan ng pasir air sungai kat situ..lepastu ktorang makan lagi….sampai satu tahap, kami semua rase nak balik…so ktorang kemas2lah..bile nak salin pakaian..hmmm…bilik psalinan macam xbest..aku bg idea blk umah dgn xyah salin baju tp seat tu kena alas ng plastik kalu xabis seat aku....hehe..so kami pun blk dgn baju yang x bsalin..::

Thursday, June 5, 2008

Apa itu GIS?



Apa itu GIS? GIS adalah Geographic Information System atau dalam Bahasa Malaysia adalah Sistem Maklumat Geografi...mana2 jabatan & agensi berlumba-lumba untuk mengetahui keupayaan, cara gune GIS ni dan membeli perisian GIS ni utk diaplikasikan di tempat kerja mereka...tp apa tu GIS? Untuk tidak memeningkan kepala diterangkan sikit mengenai GIS ni..GIS adalah satu sistem komputer yang berkeupayaan menerima (input), menyimpan (store), mengeluarkan (retrieve), menganalisa (analyse) serta memaparkan (display) kembali data reruang (spatial). Bermakna GIS ini adalah satu sistem perkomputeran di mana ia ade komponen-komponen untuk menyokong sistem ini. Komponen-komponen GIS adalah terdiri daripada 1) Personel 2) Perisian 3) Perkakasan 4) Data 5) Kaedah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GIS ni korang bleh lawat laman web www.malaysiagis.com xpun search je GIS dengan sekelip mata keluarlah info mengenainya. paling bagus skali korang lawat laman web www.instun.gov.my dan lepastu join kursus GIS di INSTUN. Yang bestnyer otai GIS (MaCGDI) dijemput untuk mengajar subjek ni. Kebanyakan jabatan seperti JUPEM, MacGDI, JPBD, JPPH, PBT & byk lg menggunakan GIS ni.Mase aku blaja dulu, tajuk tesis aku adalah analisis aksessibiliti perkhidmatan bas di Shah Alam. Mase tu tahun 2005. Aku gune perisian ArcView 3.2.Tp skang dah Version 9.2..dah banyak upgred function dlm tu. Keupayaan GIS yang dapat aku tunjuk mase tu adalah 1) Kawasan yang tidak mendapat perkhidmatan bus (melalui konsep buffering) 2) Bustop yang tidak digunakan 3) Jalan alternative sekiranya jalan jam (konsep shortest path) ape lagi ye..aku pun dah luper..tp byk lagi keupayaan GIS ni dan yang paling aku suke adalah paparan yang menarik dan user friendly untuk pengguna2 baru.

:: feena ::







Faqiha Afreena namenye. Belum cukup setahun lagi.so, xpandai cakap..tp dah berlari laju...Mmg rindu bangat kat die kalu blk kg die ader kat kg...Sebab skang ni die dok ng atuk n nenek die (abah n mak aku). Tp abg aku baru dapat bibik baru. So, lepas ni feena dah x tinggal kat kg lagi...hmm..mesti rindu atuk ng nenek kat kg...Die anak bongsu abg aku yang 1st..xtauler kalau lepas ni ade adik lagi.x jadila die anak bongsu.




Aduh..rindu betullah..Feena suke buat lawak..suke buat org sekeliling hepi je ng die..tp aritu sian die..demam mase kenduri kawen...sampai aku pu turut demam..huhuhu.





:: jadi pengapit ::







Hmmm...2 kali aku jd pengapit kenduri kahwin kali nih, sebelah lelaki n perempuan...sronok gak jadi pengapit...yang bestnyer bile time makan..4sure pengapit dok sblh pengantin..makan pun yang sodap2..lain dari yang lain...org lain tgk pun kecuh je...hehehe.




Tapi yang x brape bestnyer cuace time tu x menentu...panas terik...abis je kenduri tu badan aku terus jadi x sedap..so, aku mengambil langkah berjaga2 dengan membeli sepapan panadol dan 2 botol air badak cap kaki tiga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width