

Apa itu GIS? GIS adalah Geographic Information System atau dalam Bahasa Malaysia adalah Sistem Maklumat Geografi...mana2 jabatan & agensi berlumba-lumba untuk mengetahui keupayaan, cara gune GIS ni dan membeli perisian GIS ni utk diaplikasikan di tempat kerja mereka...tp apa tu GIS? Untuk tidak memeningkan kepala diterangkan sikit mengenai GIS ni..GIS adalah satu sistem komputer yang berkeupayaan menerima (input), menyimpan (store), mengeluarkan (retrieve), menganalisa (analyse) serta memaparkan (display) kembali data reruang (spatial). Bermakna GIS ini adalah satu sistem perkomputeran di mana ia ade komponen-komponen untuk menyokong sistem ini. Komponen-komponen GIS adalah terdiri daripada 1) Personel 2) Perisian 3) Perkakasan 4) Data 5) Kaedah.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GIS ni korang bleh lawat laman web www.malaysiagis.com xpun search je GIS dengan sekelip mata keluarlah info mengenainya. paling bagus skali korang lawat laman web www.instun.gov.my dan lepastu join kursus GIS di INSTUN. Yang bestnyer otai GIS (MaCGDI) dijemput untuk mengajar subjek ni. Kebanyakan jabatan seperti JUPEM, MacGDI, JPBD, JPPH, PBT & byk lg menggunakan GIS ni.Mase aku blaja dulu, tajuk tesis aku adalah analisis aksessibiliti perkhidmatan bas di Shah Alam. Mase tu tahun 2005. Aku gune perisian ArcView 3.2.Tp skang dah Version 9.2..dah banyak upgred function dlm tu. Keupayaan GIS yang dapat aku tunjuk mase tu adalah 1) Kawasan yang tidak mendapat perkhidmatan bus (melalui konsep buffering) 2) Bustop yang tidak digunakan 3) Jalan alternative sekiranya jalan jam (konsep shortest path) ape lagi ye..aku pun dah luper..tp byk lagi keupayaan GIS ni dan yang paling aku suke adalah paparan yang menarik dan user friendly untuk pengguna2 baru.





0 kata-kata perangsang:
Post a Comment