Wednesday, December 16, 2009

Aku dah start masak 

Macam x sesuai je tajuk ni..tp inilah hakikatnyer..aku dah start masak setelah kian lama aku x memasak dan suami ku x makan masakan aku…akhirnya sabtu aritu aku bertekad utk masak. Aku dah boleh dengan bau2an..start minggu ke-14 aku dah ok..alhamdulillah…aku masak sotong sambal & kobis masak lemak campur udang sikit..hehehe..oklah..aku pun dah lama tak uweekkk..so dah oklah kot..kadang2 je cume loya sikit2…Makan kat kedai pun dah boley...bestnyer... :)

Thursday, November 12, 2009

Cerita Situ Sana Sini

Dah bulan 11 dah...masa berlalu begitu pantas..tahun 2009 hanya tinggal beberapa hari lagi untuk melabuhkan tirainya..sudah hampir 2 tahun aku di sini..di pelusuk Behrang Ulu..perkahwinanku pun dah nak masuk 6 bulan pada hujung bulan 11 ni..kandunganku pun sudah masuk 10 minggu..dengan harapan semoga semuanya selamat..

Minggu depan aku terlibat sama untuk program 'GIS Day 2009' di NRE, Putrajaya. Aku terlibat untuk slot 'Kerjaya Dalam Bidang GIS'..So, aku kena bersedia untuk menyediakan slide & pamplet utk slot tersebut..

Minggu seterusnya dah nak menyambut Hari Raya Haji..bestnyer balik kampung..tapi sangat meletihkan sebab badan aku tengah xbest..takut jadi macam hari tu je..perjalanan pulang dari kampung yang byk berhenti disebabkan aku yang keje nak termuntah..harap2 perjalanan kali ni ok..

Naik je cuti Raya Haji kami di bahagian pemetaan ada kursus tambahan untuk PBT Perak..Kursus MapInfo..so, kena bersedia gak nota2 dari sekarang..kerja En. Othman pun aku xbuat lagi..untuk registration map dalam MapInfo..bile agaknya aku nak start..lagi2lah sekarang waktu malam je aku jadi lemah..badan panas & alergik dgn bau2an..

Hmm...nasib baiklah hari ini aku ade peneman..adik aku yang di UiTM cuti semester dan aku minta die datang teman aku di rumah..jadi bibik sementara..hehehe..tapi Raya Haji die terus balik kampung..isk!isk!.Ni pun aku pinjam laptop die jap..dah lama tak wat entry baru..huhuhu..

Hmm..lepas tu dah masuk 2010..apakah episod seterusnya??

Monday, November 2, 2009

Kenapa dengan aku ni???

Pagi ni aku rasa xde mood sangat2. Nak makan xde selera..bau-bauan pun aku xtahan dan meloyakan….oh tidak..aku dah start loya2… :( ..harap2 sekejap jer…perkara yang paling aku xtahan ialah pergi ke dapur..xtaulah kenapa… 1st time aku muntah haritu pun sbb g dapur…dah lama aku xmasak…sungguh meloyakan..pantry kat opis ni pun aku xtahan bau…makanan yang paling aku suka sekarang ni pun jadi kembang tekak bile tengok..telur mata, ayam goreng…nasib baik telur rebus ok…Aku kena cari asam gak untuk menghilangkan rase xbest kat tekak aku ni..isk!isk!isk!

Monday, October 26, 2009

7eventh weeks

Dah lama tak menulis kat sini…just nak tulis.. aku dah pregnant..alhamdulillah..detect masa 9.10.2009..aku check sendiri sbb period lambat..masa tu dah 5 minggu ..lepas tu buat buku merah kat Klinik Desa Behrang Ulu..

Hari ini 1st day aku checkup kat Klinik Kesihatan Tg malim..tercari2 aku tempat ibu dan anak..last2 aku kol Humidah mane tempatnyer..kat cni just check darah je..lepas tu jupe doctor & buat scan perut gak td..tp xnampak ape2 lagi..sbb baru 7 minggu 3hari…last skali check gigi..alhamdulillah semua ok..Setakat ni aku tak mengalami apa2 alahan lagi..loya2 & pening2 pun x..pelik gak..tp syukur..Cuma malam2 je suhu aku naik..aku rase mcm demam..huhuhu..isk!isk!..tapi xpelah..mungkin ni gejala2 berbadan dua..apa yang aku harap kandungan ini selamat & sihat..

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETUJUH (7)
-Saiz janin hanya sebesar sebiji beras tetapi otaknya sedang berkembang pesat. Dalam sehari janin akan membesar pada purata 1 MM. Alis mata janin yang kecil mula terbentuk bagi melindungi matanya.

Tuesday, September 29, 2009

Hari Raya Aidil Fitri 2009

Habis dah cuti hari raya...kembali berkerja mcm biasa..alhamdulillah raya tahun ni adalah pengalaman pertama berhari raya bersama suami & keluarga mertua..mula2 mmg rase sedih tapi buat2 cool. kadang2 bergenang gak airmata..boleh pulak suami menyakat nyanyi lagu"ooOO..ooOO.. balik Keratong"..sabar je lah..Lepas tu lauk 1st day Raya tu mmg lain..rumah mertua masak bihun sup + nasi minyak + rendang ayam hutan + ketupat pulut..itu yang terasa sgt..xde Ketupat biasa + kuah lodeh + sambal kacang + kari ayam + rendang daging yang biasa mak wat...tp ok jer..aku bedal je...tapi rendang ayam hutan tu mmg betul2 sedap..sampai naik balik 2kg aku makan time raya ni..hehehe

Inilah gambar-gambar semasa Hari Raya telah diedit untuk nampak best ckit.

bersama suamiku..

bersama mertua sebelum balik beraya ke Kg Lakai & Simpang Pelangai, Negeri Sembilan

bersama adik2 ipar & anak buah

beraya di rumah Maklang

Feena makan kueh raya kat rumah Tok De

bersama adik2 di rumah Ude kat Felda Maokil 1

bersama sepupu di kg abah di Kg Kuala Paya, Segamat


bergambar bersama famili semula keluar berjln malam raya ke berapa ntah.

along (akak suami) bertunang pada hari raya ke-5


mak, akak ipar & anak2 buah dtg semasa majlis pertunangan along

Raya ke-6 hantar suami balik ke Shah Alam. Nasib baik tahun ni dapat beraya dengan suami tercinta. Kalu x, hampir-hampir aku tak dapat beraya bersamanya sbb die kena g job kat Penang. Then, job tu tunda & raya ke 6 baru die pergi..Alhamdulillah...Puas hati gak berhari raya tahun ni..makan-makan, jalan-jalan, bagi duit raya, salam bersalaman..bla-bla..tapi ader gak rumah2 makcik pakcik yang xsempat kami datang...ader masa nanti kami dtglah nanti..



Sekarang episod berhari raya di tempat kerja pulak..sementara Syawal belum habis lagi..masing2 ada yang puasa 6 dan kami merancang nak buat Jamuan Hari Raya Bahagian Ukur & Pemetaan pada Isnin depan..harap2 berjalan lancar..aku turut take part dlm masak memasak ni..kt tunggu gambar2 jamuan Hari Raya Isnin nanti... :)

Tuesday, September 15, 2009

cuci mata sebelum raya

Ahad lepas kami berjalan ke Shah Alam..saja2 cuci mata...rasanya mmg dah takde ape yang nak dibeli..tapi aku bosan dok umah..So abg bw aku g jalan2..Mulanya nak g ke KL..tapi bile pikir2 kompom jem sebab hari Ahad semua orang keluar membeli persiapan raya. So, kami mengambil keputusan jalan2 kat Shah Alam je..itupun dah sampai tak larat nak berjalan..abg sampai tertido kat satu kedai baju kat Plaza Masalam..hehehe

Rupa-rupanya sama je kat Shah Alam pun sesak dengan org bershopping...lagi-lagi kat Kompleks PKNS..nak jalan pun berhimpit2..tak selesa untuk memilih barang..so sekejap je aku kat situ & terus ke PAS...aku jalan2 kat Kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral, SACC Mall & last skali Plaza Masalam...Aku tak beli ape pun..just beli t-shirt & seluar slack abg...lepas tu bli serunding daging sikit..

kuih raya di Kompleks PKNS..cantik-cantik belaka

kuih raya & serunding

singgah solat & berehat di Masjid Shah Alam

kat Masjid pun ader jualan raya rupanya

menu kedai makan re_done

Inilah menu berbuka kami...:)

Kami berbuka di Shah Alam juga. Aku ajak adik aku yang belajar di Shah Alam berbuka sekali bersama kawannya..Setelah itu aku terus pulang ke rumah..sok nak keje..huhuhu..

Tuesday, September 8, 2009

Tips Kurangkan Berat Badan!

Berat badan aku mula menurun pada awal tahun 2009..Pada Januari 2009, berat badanku ialah 57.4kg...dan sehingga ke hari ini (bulan September 2009) berat badanku ialah 49.5kg..telah berlaku penurunan sebanyak 7.9kg selama 8 bulan..Ok ke tu?? Bagi aku oklah..tanpa bantuan mana-mana pusat pelangsingan badan..hehehe. BMI pun pada tahap normal.

Pada mulanya aku langsung tidak ambil peduli pasal berat badanku dan ianya sentiasa maintain dalam lingkungan 55-57kg. Tetapi dalam pada masa yang sama aku juga berazam untuk mengurangkan lagi berat badanku kepada yang lebih ideal. Dulu aku pernah cek dekat satu booth kesihatan di Plaza Masalam dan bila die cek berat badan aku yang paling ideal ialah 48kg. Mulalah diaorg promote makan ubat-ubat untuk dapatkan berat ideal.. Tapi aku rasa mustahil untuk turun sampai ke tahap itu. Mungkin saja die nak promote barang die! (apa yang aku pikir masa tu).

Kesedaran ini bermula apabila rancangan majlis perkahwinanku akan diadakan pada tahun ini iaitu pada Mei 2009. Pada waktu itu aku mula berazam untuk mengurangkan berat badan. Walaupun aku tidak nampak gemuk tapi aku nampak sedikit berisi dengan berat badanku yang sebegitu dan ketinggian dalam 153cm.

Walaubagaimanapun aku dah selesa dengan berat badan sekarang. Pakai baju & seluar pun dah banyak yang longgar..hehehe. Ramai juga yang menegur badan ku makin kurus..Suami aku pun lagi suka kalau aku kurus..Tapi kadang-kadang cuak juga bila kena tegur sebab takut orang cakap aku sakit..dan aku pun tak nak berat aku kurang lagi..cukuplah setakat ini.... ~_~

Oklah, kat sini aku bgtau ape yang aku lakukan sehingga berat badan aku menurun...Tips diet ala2 sempoi :--->

# Untuk permulaan tu aku mmg bersenam setiap petang. Balik dari kerja, aku akan ke gym ataupun buat senaman aerobik sendiri kat rumah. Di samping tu aku dapatkan tips2 dan cara senaman yang betul dari Majalah Rapi. Senaman yang paling banyak keluar peluh --> ketuk ketampi. Sebelah pagi iaitu selepas solat subuh pun aku akan buat senaman ringan. Perkara ini berlarutan sehingga bulan 4. Kemudian aku dah jarang lakukan cuma senaman ringan-ringan sahaja.

# Start bulan 3 aku ade mengambil Herba Kencana dari Kedai kak Chik. Mungkin sedikit sebanyak herba ni telah meningkatkan kadar metabolisma aku kerana hari2 aku membuang dengan baik sekali! So, sistem pencernaan aku lancar & teratur. Tujuan sebenar aku mengambil HB ni adalah untuk mengurangkan masalah jerawat di muka tapi ia juga telah membantu aku mengurangkan berat badan..Alhamdulillah..

# Sebelah malamnya pula aku tak makan nasi, aku tukar kepada makan roti ke, mee ke dan kadang-kadang tak makan langsung. Cuma minum air milo @ susu HL. tapi skang aku dah makan nasi macam biasa semula (tapi tak banyak & makan awal)..hehehe

# waktu sarapan aku sarapan macam biasa..nasi lemak & roti canai pun aku makan juga. Cuma untuk makan tengahari aku kurangkan kuantiti nasi.

# Selepas makan aku jarakkan masa untuk minum air. Aku kurangkan minum air manis & banyakkan minum air suam..kadang2 sehari berpuluh kali pergi ke toilet!. Ais jarang sekali aku minum dan sampai sekarang aku jarang minum minuman berais. Apatah lagi minuman bergas! (minuman bikarbonat)

# Kalu boleh jangan makan sehingga kenyang..makan sekadar yang perlu..Tapi kalu teragak apa2 makanan yang diingini tu makan je (walaupun makanan tu berkolestrol tinggi)..jangan tahan2.. takut kempunan.hehehe..tp jgn selalu!

Aku rase itu saja yang aku buat..dan ape yang terkesan sehingga sekarang ialah aku tak makan banyak sebab perut tak selesa bila tersangat kenyang, minum banyak air masak dan kurang minum minuman berais..Itu sahaja.. :) hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih!!

Monday, September 7, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di sini Jiejah ingin mengucapkan...

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir & Batin


Klik Di sini untuk dapatkan Kad Raya Digital secara percuma!

Pesanan dari Jiejah......

# Hati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman..pandu cermat, jiwa selamat!

# Jangan makan berlebih-lebihan menjelang Hari Raya nanti..takut terlebih kolestrol!

# Kepada sahabat handai yang mengenali diri ini..sekali lagi mohon ampun & maaf dipinta..

::Raikan Aidil Fitri dengan penuh kegembiraan & kesyukuran::

Friday, August 28, 2009

Berbuka bersama keluarga di kampung

Bestnyer...esok balik kampung..berbuka bersama famili..adik-beradik semua balik..paling best jumpa anak2 buah...:)

Wednesday, August 26, 2009

Happy Birthday ---> Mak

Semalam adalah Hari Lahir Mak yang ke-56 tahun..Semoga hidup mak sentiasa diberkati Allah selalu..

Saya & Mak

MySpace Codes


Sajak Untuk Ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Lahir Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...









Dipetik dari sajak;-
~Sulaiman~

Monday, August 24, 2009

Fasting @ Workplace

Hari pertama berpuasa di tempat kerja.....suasana mcm biasa tapi agak mendung & sayu..Almaklumlah sekarang ni pun musim hujan. So, mata mengantuk + boring + perut kosong + nak makan tak boleh....Walaubagaimanapun Seksyen Hal Ehwal Islam INSTUN menyediakan pelbagai aktiviti yang sangat berfaedah di bulan yang mulia ini. Antaranya bertadarus Al-Quran & at the end ada khatam Al Quran, Wacana Minda, Kutipan Sumbangan Kepada Org Miskin, Penyediaan Bubur Lambuk, Majlis Berbuka Puasa dan banyak lagi..Tinggal kita sahaja samaada nak join @ tak..semestinya yang paling wajib aku join ialah Majlis Berbuka Puasa itu..hehehe

Kuih-muih raya pun dah start dijual..geram betul aku tengok kuih2 yang cantik2..lagi2 kalu kuih Almond London..tak tahulah tahun ni dapat buat ke tidak..rasa2nya beli kat kedai je kot..

# Klik di sini untuk---->100 Resepi Kuih-Muih Malaysia

Dedikasi lagu Pertama Ramadhan untuk pembaca blog jiejah :)

# Klik di sini untuk---->Download lagu Pertama Ramadan_Fotograf

Makan-makan sebelum Ramadhan 1430H

Murah rezeki kami kerana ada orang belanja Nasi Beriani Gam sempena hadiah yang beliau dapat sempena APc 2009..Alhamdulillah rezeki yang diperolehi telah dikongsi bersama rakan-rakan sekerja :)

menikmati & menjamu selera

seronok apabila dibelanja

Kepada yang tidak dapat bersama-sama insya'Allah tahun depan turn orang lain pula belanja dan pastikan diri anda tidak kemana-mana supaya tidak terlepas peluang dibelanja :)

Thursday, August 20, 2009

Kurma Yusuf Taiyoob

Ramadhan bakal menjelma sehari sahaja lagi..bulan yang ditunggu-tungu oleh seluruh umat islam untuk melipat gandakan lagi amal ibadah..Bersesuaian dengan itu juga, hari ini kakitangan ukur semua dihadiahkan sekotak Kurma Yusuf Taiyoob...pemberian salah seorang penerima APC di Bahagian Ukur...terima kasih diucapkan...Bolehlah kami berbuka & sahur dengan kurma Yuta ni..hehehe.

# Klik di sini -----> Jadual Waktu berbuka Puasa Tahun 1430H/2009M Bagi Negeri Perak ( Zon 1)

Kurma Yusuf Taiyoob

Semoga pada bulan Ramadhan 1430H ini kita dapat sama-sama menghayati dan meningkatkan amal ibadah kita..

Wednesday, August 19, 2009

Software GPS Map Edit Training

Seharian aku & 7 orang lagi geng2 ukur menjalani Latihan Penggunaan Perisian GPS Map Edit di Lab PKGIS..

Icon Perisian Map Edit & Icon Data dari Alat Garmin 76CXs

Paparan dalam Perisian GPS Map Edit

#cgpsmapper shareware mesti ada..untuk eksport data dari Perisian MapEdit ke dalam Handheld GPS Garmin

Pada sebelah petang, cuaca di INSTUN agak mendung...hujan....kami turut mengantuk di dalam kelas...huhuhu..Ditambah pula dengan perut yang kekenyangan dengan santapan Nasi Beriani Ayam Masak Merah tengahari tadi..Lagilah bertambah layu mata kami...

Walaubagaimanapun..kami gagahi juga untuk menghabiskan training yang satu hari ni...walaupun pickupnya agak slow..hehehe :)

Tuesday, August 18, 2009

Lawatan Timbalan Menteri NRE

Ini post lama..baru sekarang aku nak letak dalam blog ni..

Pada 21 Mei 2009 bersamaan dengan hari Khamis..INSTUN dilawati oleh Timbalan Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup. Kami di Bahagian Ukur terlibat sama untuk memberi serba sedikit penerangan mengenai peralatan ukur yang kami gunakan di sini.

En. Khairani memberi penerangan mengenai alat Total Station

Tan Sri Joseph Kurup cuba melihat target dari alat Total Station

Memberi Penerangan kepada Tan Sri Joseph Kurup

Penerangan mengenai penggunaan Alat Handheld GPS Garmin

Penerangan mengenai penggunaan Alat Handheld GPS Garmin

Penerangan mengenai penggunaan Alat Densitometer

En. Yeap memberi penerangan mengenai alat GPS Trimble

Kalau ikutkan..orang lain yang conduct untuk memberi penerangan tersebut..Disebabkan mereka terlibat dengan kursus , jadi aku menjadi bidang terjun untuk mengambil alih tempat mereka yang berkenaan...

# Klik di sini untuk maklumat mengenai peralatan ukur di atas :- (belum update)

---> Total Station

---> Handheld GPS Garmin 76CXs
---> Densitometer
---> GPS jenis Trimble

Monday, August 17, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Hmmm..baru je abis Majlis APC 2009..makan nasi beriani + kambing panggang..fuyoooh..aku tak makan pun daging panggang tu..sbb mmg xleh nak telan..huhu..bau kambing kuat..pastu makan cendol yang terlebih manis..aduhai...semuanya ditempah dari Kedai Karim Corner..ala yang depan UPSI tu...

Bersama Hummidah

Bersama Kak Bayah

Walaubagaimanapun Majlis APC 2009 berjalan dengan lancar & ditambah seri lagi dengan nyanyian Koir INSTUN yang sangat mengasyikkan..mengasyikkan??hehehe..aku kata macam tu sebab pasukan koir INSTUN ada conductor baru yang sgt2 berjiwa conductor koir..bukan conductor bas tau...sambutan dari kakitangan INSTUN kurang menggalakkan kerana ramai yang terlibat dengan aktiviti luar.

Pasukan Koir INSTUN

Penerima APC bersama Pengarah INSTUN

Makan-makan..lalalalala

Aku harap, untuk tahun akan datang majlis2 seperti ini akan dapat di lakukan penambahbaikan dari segi penyertaan dari seluruh kakitangan INSTUN & susunan pengisian yang lebih bermakna. Tahniah untuk penerima APC INSTUN 2009 & syabas diucapkan.

Tuesday, August 11, 2009

Pengenalan Kepada GPS

Pengenalan Kepada Global Positioning System (GPS)....itulah tajuk yang aku mengajar pagi ni..nasib baik sejam je... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..Apa yang membuat aku semangat mengajar pagi ni adalah aku menggunakan slide & nota yang susun sendiri..Tapi sumber dalam slide ni aku perolehi dari slide2 sebelum ini dan drpd internet..Sebelum ini, aku hanya menggunakan slide orang lain & mungkin sebab itu aku jadi macam blur nak mengajar..huhuhu..kalu aku rajin & ada masa nanti aku akan masukkan nota Pengenalan Kepada GPS ni. Buat masa ni aku tak sempat nak letak lagi..Aku just tunjuk 1st & 2nd slide saje..hehehe.

Front Page

Isi Kandungan

Jadi, lepas ni aku kena buat slide & susun sendiri topik yang aku nak ajar untuk memudahkan aku mengajar. Caiyuk2!! :)

Sunday, August 9, 2009

Floria Festival 2009

Floria Festival 2009...kami pergi tanpa dirancang..kebetulan kami mencari kedai makan sementara menunggu waktu zohor & hubby masuk kembali exam PTD pd pukul 2.00pm. Cari punya cari..kami tengok dari jauh di banyak booth2 yang dipenuhi dgn bunga2 yang cantik2 & orang yang sangat ramai. Kami pun singgahla manela tau ada kedai2 makan..Rupa2nya inilah Festival Floria 2009 yang keluar di berita tv & surat khabar..Aku x ambil tahu pun..

Terasa sangat bertuah kerana pameran landskap & hiasan rekaan yang ditunjukkan sangatlah cantik & menarik. Kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar di situ..

Pintu masuk Floria 2009

Buah2 yang original..tp nampak dah kering & lebam

Peace!

Design yang colorful menarik dr Lim Kok Wing

bersama hubby

Pic yang paling aku suke

Aku x sempat nak membaca artikel @ notes yang diletakkan disebelah landskap kerana kami mengejar waktu. Hanya setengah jam je kami di situ. Kami terus mengambil gambar mana2 tempat yang menambat hati kami. Walaupun keadaan agak panas terik & kesuntukan masa, namun kami tetap berpuas hati kerana dapat menikmati keindahan & keunikan pelbagai jenis rekaan bunga-bungaan, herba-herba, buah-buahan dan juga sayur-sayuran..

Friday, August 7, 2009

Melawat ahli baru famili Ijan & Kenidi

2 hari lepas, Hummidah a.k.a ummi @ midah (officemate aku) ajak aku melawat baby baru Ijan & Kenidi di Proton City. aku tgh tidur mase dia call aku ajak pergi tu..tidur kepenatan lepas balik dari Putrajaya..Dengan sepantas yang tak berapa nak pantas aku menyiapkan diri untuk follow dia & husband & juga Adam Qharimi (baby midah)..sebab aku pikir bila lagi aku nak g kalau bukan sekarang..kalu ada geng ok gak..Lebih kurang pukul 6pm macam tu kami bertolak..

Sampai2 je kami disambut oleh si kembar (anak sulung Ijan & Kenidi) Batrisyah & Balqish..mereka kembar x seiras..Mereka tersangatlah aktif..berlari2 di sekitar rumahnya... sangat peramah & pelat pulak tuh :) ..Seolah-olah aku melawat kembar dari melawat baby baru tu...sebab dok asyik melayan kembar je..

Balqish & Batrisyah

Smile...tunjuk gigi semua.. :)

Gaya sebijik macam ayahnya.. :p

Mia Rania Iman...rupa sape ek?

Baby baru Ijan diberi nama Mia Rania Iman Binti Mohd Kenidi..3 patah perkataan. Nasib baik pendek2 satu perkataan tu..Ada kawan aku nama dia Maisarah Hajar Aisyah Binti Esa. 3 patah perkataan juga...tapi nasib baiklah nama ayahnya 3 huruf saja. Apa ada pada nama? Yang penting mempunyai maksud yang baik dan sedap di dengar..Faizah bermaksud--> kejayaan :)

Klik ---> Di sini untuk mengetahui maksud nama anda.

Cerita pasal budak2 @ kanak2 sekarang ni memang kebanyakan yang aku lihat lingkungan umur 1 hingga 5 tahun sangat aktif berbanding dengan zaman kanak2 kami dulu. Lihat sahaja anak buah aku sendiri yang 5 orang tu..aktif sungguh..kadang2 sampai tak terlayan..lagi2 yang bernama Faresh Adam..nakal dia lain macam...sangat hyperaktif..Seingat aku waktu baby dulu dia tak banyak meragam..letak je atas tilam, terus tidur..tapi bila dah besar..panjat sana sini, terjun...main & kawan dengan orang yang besar..dan tak takut orang..yang paling aku geram dia melawan cakap ibu ayahnya..Sekarang dia dah berumur 5 tahun dan dah pun bersekolah. Alhamdulillah nampak slow sikit sejak sekolah ni. maksudnya tak nakal sangat. Jenis budak2 macam ni kena cakap baik2 + puji2 sikit baru dia ikut cakap kita. Kalu kita cakap dengan nada marah & memaksa die akan mmberontak & melawan balik..jenis panas baran gak ni..Harap2 dah besar nanti Adam jadi budak baik, tolong ibu & ayah...:)

Abah aku dulu ada juga memberitahu dengan nada melawak..Budak2 sekarang ni degil diaorang lain macam sebab sekarang ni produk susu tepung kat kedai dah macam2 ada..mahal2 pulak tuh..Minum terlebih susu!..Kami dulu2 minum susu Dumex je..hehehe..Tapi aku ada terbaca kat mana aku lupa dah..mungkin juga aku terdengar di radio @ ceramah di tv..Pesanan kepada ibu bapa jangan makan lebihan makanan anak2 mereka..untuk mengelakkan die melawan cakap ibu bapa & xmendengar kata. Selalunya ibu bapa akan habiskan lebihan makanan anak2 mereka yang tak habis makan sebab nak elak pembaziran..tapi aku pun tak tahu betul ke tak maklumat ni. Lagi satu..semasa anak2 tidur..pergi di ubun kepalanya dan baca selawat..dengan harapan dia menjadi budak baik dan berguna..Ini melibatkan teori2 2 alam..mungkin masa mereka tidur mesej yang baik itu lebih mudah diterima..Wallahualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width