Tuesday, January 6, 2009

2008..2007..2006 yang berlalu pergi..





Moshi2..hari ni adalah hari kedua aku bekerja untuk tahun 2009..awal2 tahun macam ni semangat kerja lain macam..tapi aku sempat lagi menulis kat blog nih..hehehe (kejap ker)..kejap lagi vendor nak datang untuk upgred software kat lab..

Hari ni jugaklah genap 1 tahun 23 hari aku menjadi warga INSTUN. Biasanya sebelum2 ni tak sampai setahun aku dah bertukar kerja. Habis je blaja dulu aku bekerja di office LS (Land Surveyor) --> JMJ (Juruukur Megah Jaya) di Skudai, Johor...masa tu umur aku 24tahun. Aku start bekerja 2hb Jan 2006 hingga 15hb Dis 2006. Dalam pada masa aku bekerja di JMJ macam2 borang kerja aku apply..terrsangatlah banyak..dan macam2 exam dan interview aku pergi..borang PBT, KPLI, TPM dan macam2 lagilah..semuanya disebabkan desakan diri sendiri yang masih tidak puas mengecapi nikmat bekerja, tak puas hati dengan gaji dan environment kat tempat kerja. Starting gaji aku dapat bekerja kat JMJ ialah RM1000. Sedihkan..tolak2 EPF n SOCSO tinggallah RM800 dan tiada OT. Tapi nasib baik aku ada geng (x classmate aku--> Yath) sama2 bekerja ditempat yang sama. Sama2 bermotivasikan diri sendiri dan sambil2 mencari kerja lain.

Tup2 aku dapat tawaran bekerja di MMHE ( Malaysia Marine & Heavy Engineering) pada 18hb Dis 2006. Sukanya aku waktu tu! Almaklumlah bukan senang nak masuk company ni, interview dekat sejam, gaji yang ditawarkan tu bolehlah dikatakan berbaloilah aku belajar sampai degree..lagi satu anak syarikat Petronas (bonus banyak!!)..tapi bekerja di MMHE aku didedahkan banyak perkara diluar bidang aku. Cara aku berpakaian & bekerja pun ala2 lelaki..Aku banyak buat kerja civil engineering. Aku still tak dapat mencapai tahap aku berpuas hati dengan kerja di sini...Kadang2 aku tertekan dengan karenah orang2 di sini almaklumlah aku di tempatkan di bahagian maintenance.So, paham2 jelah kalu bocor ke, retak ke, kerja lambat siap ke..habis kena bambu. Kerja di sini semuanya nak cepat dan memang tak sempatlah nak mengular..hehehe..Di MMHE aku just pergi interview SPA dan tup2 aku berjaya interview untuk post Juruukur (government)..so, tamatlah episod aku bekerja di swasta pada 13hb Dis 2007.

Now..aku bekerja di INSTUN (Institut Tanah dan Ukur Negara) (post kader di sini).. Start bekerja pada 14hb Dis 2007..Kawan2 kata kerja di sini senang dan relaxx dari bekerja di JUPEM..dan aku mengakuinya sbb dah setahun aku di sini..Walaupun bekerja dengan tenang (orang kate mudah) tapi banyak benda baru yang aku belajar dan buat di sini termasuk menyampaikan ilmu (mengajar) orang yang lebih dewasa dari aku. Akhirnya aku dapat mengaplikasikan apa yang aku belajar selama 5tahun lebih di UiTM di sini..Alhamdulillah, Allah bagi aku ketenangan dan kesenangan..semoga aku menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang dan belajar dari pengalaman yang lepas-lepas.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width