Friday, August 28, 2009

Berbuka bersama keluarga di kampung

Bestnyer...esok balik kampung..berbuka bersama famili..adik-beradik semua balik..paling best jumpa anak2 buah...:)

Wednesday, August 26, 2009

Happy Birthday ---> Mak

Semalam adalah Hari Lahir Mak yang ke-56 tahun..Semoga hidup mak sentiasa diberkati Allah selalu..

Saya & Mak

MySpace Codes


Sajak Untuk Ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Lahir Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...









Dipetik dari sajak;-
~Sulaiman~

Monday, August 24, 2009

Fasting @ Workplace

Hari pertama berpuasa di tempat kerja.....suasana mcm biasa tapi agak mendung & sayu..Almaklumlah sekarang ni pun musim hujan. So, mata mengantuk + boring + perut kosong + nak makan tak boleh....Walaubagaimanapun Seksyen Hal Ehwal Islam INSTUN menyediakan pelbagai aktiviti yang sangat berfaedah di bulan yang mulia ini. Antaranya bertadarus Al-Quran & at the end ada khatam Al Quran, Wacana Minda, Kutipan Sumbangan Kepada Org Miskin, Penyediaan Bubur Lambuk, Majlis Berbuka Puasa dan banyak lagi..Tinggal kita sahaja samaada nak join @ tak..semestinya yang paling wajib aku join ialah Majlis Berbuka Puasa itu..hehehe

Kuih-muih raya pun dah start dijual..geram betul aku tengok kuih2 yang cantik2..lagi2 kalu kuih Almond London..tak tahulah tahun ni dapat buat ke tidak..rasa2nya beli kat kedai je kot..

# Klik di sini untuk---->100 Resepi Kuih-Muih Malaysia

Dedikasi lagu Pertama Ramadhan untuk pembaca blog jiejah :)

# Klik di sini untuk---->Download lagu Pertama Ramadan_Fotograf

Makan-makan sebelum Ramadhan 1430H

Murah rezeki kami kerana ada orang belanja Nasi Beriani Gam sempena hadiah yang beliau dapat sempena APc 2009..Alhamdulillah rezeki yang diperolehi telah dikongsi bersama rakan-rakan sekerja :)

menikmati & menjamu selera

seronok apabila dibelanja

Kepada yang tidak dapat bersama-sama insya'Allah tahun depan turn orang lain pula belanja dan pastikan diri anda tidak kemana-mana supaya tidak terlepas peluang dibelanja :)

Thursday, August 20, 2009

Kurma Yusuf Taiyoob

Ramadhan bakal menjelma sehari sahaja lagi..bulan yang ditunggu-tungu oleh seluruh umat islam untuk melipat gandakan lagi amal ibadah..Bersesuaian dengan itu juga, hari ini kakitangan ukur semua dihadiahkan sekotak Kurma Yusuf Taiyoob...pemberian salah seorang penerima APC di Bahagian Ukur...terima kasih diucapkan...Bolehlah kami berbuka & sahur dengan kurma Yuta ni..hehehe.

# Klik di sini -----> Jadual Waktu berbuka Puasa Tahun 1430H/2009M Bagi Negeri Perak ( Zon 1)

Kurma Yusuf Taiyoob

Semoga pada bulan Ramadhan 1430H ini kita dapat sama-sama menghayati dan meningkatkan amal ibadah kita..

Wednesday, August 19, 2009

Software GPS Map Edit Training

Seharian aku & 7 orang lagi geng2 ukur menjalani Latihan Penggunaan Perisian GPS Map Edit di Lab PKGIS..

Icon Perisian Map Edit & Icon Data dari Alat Garmin 76CXs

Paparan dalam Perisian GPS Map Edit

#cgpsmapper shareware mesti ada..untuk eksport data dari Perisian MapEdit ke dalam Handheld GPS Garmin

Pada sebelah petang, cuaca di INSTUN agak mendung...hujan....kami turut mengantuk di dalam kelas...huhuhu..Ditambah pula dengan perut yang kekenyangan dengan santapan Nasi Beriani Ayam Masak Merah tengahari tadi..Lagilah bertambah layu mata kami...

Walaubagaimanapun..kami gagahi juga untuk menghabiskan training yang satu hari ni...walaupun pickupnya agak slow..hehehe :)

Tuesday, August 18, 2009

Lawatan Timbalan Menteri NRE

Ini post lama..baru sekarang aku nak letak dalam blog ni..

Pada 21 Mei 2009 bersamaan dengan hari Khamis..INSTUN dilawati oleh Timbalan Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup. Kami di Bahagian Ukur terlibat sama untuk memberi serba sedikit penerangan mengenai peralatan ukur yang kami gunakan di sini.

En. Khairani memberi penerangan mengenai alat Total Station

Tan Sri Joseph Kurup cuba melihat target dari alat Total Station

Memberi Penerangan kepada Tan Sri Joseph Kurup

Penerangan mengenai penggunaan Alat Handheld GPS Garmin

Penerangan mengenai penggunaan Alat Handheld GPS Garmin

Penerangan mengenai penggunaan Alat Densitometer

En. Yeap memberi penerangan mengenai alat GPS Trimble

Kalau ikutkan..orang lain yang conduct untuk memberi penerangan tersebut..Disebabkan mereka terlibat dengan kursus , jadi aku menjadi bidang terjun untuk mengambil alih tempat mereka yang berkenaan...

# Klik di sini untuk maklumat mengenai peralatan ukur di atas :- (belum update)

---> Total Station

---> Handheld GPS Garmin 76CXs
---> Densitometer
---> GPS jenis Trimble

Monday, August 17, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Hmmm..baru je abis Majlis APC 2009..makan nasi beriani + kambing panggang..fuyoooh..aku tak makan pun daging panggang tu..sbb mmg xleh nak telan..huhu..bau kambing kuat..pastu makan cendol yang terlebih manis..aduhai...semuanya ditempah dari Kedai Karim Corner..ala yang depan UPSI tu...

Bersama Hummidah

Bersama Kak Bayah

Walaubagaimanapun Majlis APC 2009 berjalan dengan lancar & ditambah seri lagi dengan nyanyian Koir INSTUN yang sangat mengasyikkan..mengasyikkan??hehehe..aku kata macam tu sebab pasukan koir INSTUN ada conductor baru yang sgt2 berjiwa conductor koir..bukan conductor bas tau...sambutan dari kakitangan INSTUN kurang menggalakkan kerana ramai yang terlibat dengan aktiviti luar.

Pasukan Koir INSTUN

Penerima APC bersama Pengarah INSTUN

Makan-makan..lalalalala

Aku harap, untuk tahun akan datang majlis2 seperti ini akan dapat di lakukan penambahbaikan dari segi penyertaan dari seluruh kakitangan INSTUN & susunan pengisian yang lebih bermakna. Tahniah untuk penerima APC INSTUN 2009 & syabas diucapkan.

Tuesday, August 11, 2009

Pengenalan Kepada GPS

Pengenalan Kepada Global Positioning System (GPS)....itulah tajuk yang aku mengajar pagi ni..nasib baik sejam je... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..Apa yang membuat aku semangat mengajar pagi ni adalah aku menggunakan slide & nota yang susun sendiri..Tapi sumber dalam slide ni aku perolehi dari slide2 sebelum ini dan drpd internet..Sebelum ini, aku hanya menggunakan slide orang lain & mungkin sebab itu aku jadi macam blur nak mengajar..huhuhu..kalu aku rajin & ada masa nanti aku akan masukkan nota Pengenalan Kepada GPS ni. Buat masa ni aku tak sempat nak letak lagi..Aku just tunjuk 1st & 2nd slide saje..hehehe.

Front Page

Isi Kandungan

Jadi, lepas ni aku kena buat slide & susun sendiri topik yang aku nak ajar untuk memudahkan aku mengajar. Caiyuk2!! :)

Sunday, August 9, 2009

Floria Festival 2009

Floria Festival 2009...kami pergi tanpa dirancang..kebetulan kami mencari kedai makan sementara menunggu waktu zohor & hubby masuk kembali exam PTD pd pukul 2.00pm. Cari punya cari..kami tengok dari jauh di banyak booth2 yang dipenuhi dgn bunga2 yang cantik2 & orang yang sangat ramai. Kami pun singgahla manela tau ada kedai2 makan..Rupa2nya inilah Festival Floria 2009 yang keluar di berita tv & surat khabar..Aku x ambil tahu pun..

Terasa sangat bertuah kerana pameran landskap & hiasan rekaan yang ditunjukkan sangatlah cantik & menarik. Kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar di situ..

Pintu masuk Floria 2009

Buah2 yang original..tp nampak dah kering & lebam

Peace!

Design yang colorful menarik dr Lim Kok Wing

bersama hubby

Pic yang paling aku suke

Aku x sempat nak membaca artikel @ notes yang diletakkan disebelah landskap kerana kami mengejar waktu. Hanya setengah jam je kami di situ. Kami terus mengambil gambar mana2 tempat yang menambat hati kami. Walaupun keadaan agak panas terik & kesuntukan masa, namun kami tetap berpuas hati kerana dapat menikmati keindahan & keunikan pelbagai jenis rekaan bunga-bungaan, herba-herba, buah-buahan dan juga sayur-sayuran..

Friday, August 7, 2009

Melawat ahli baru famili Ijan & Kenidi

2 hari lepas, Hummidah a.k.a ummi @ midah (officemate aku) ajak aku melawat baby baru Ijan & Kenidi di Proton City. aku tgh tidur mase dia call aku ajak pergi tu..tidur kepenatan lepas balik dari Putrajaya..Dengan sepantas yang tak berapa nak pantas aku menyiapkan diri untuk follow dia & husband & juga Adam Qharimi (baby midah)..sebab aku pikir bila lagi aku nak g kalau bukan sekarang..kalu ada geng ok gak..Lebih kurang pukul 6pm macam tu kami bertolak..

Sampai2 je kami disambut oleh si kembar (anak sulung Ijan & Kenidi) Batrisyah & Balqish..mereka kembar x seiras..Mereka tersangatlah aktif..berlari2 di sekitar rumahnya... sangat peramah & pelat pulak tuh :) ..Seolah-olah aku melawat kembar dari melawat baby baru tu...sebab dok asyik melayan kembar je..

Balqish & Batrisyah

Smile...tunjuk gigi semua.. :)

Gaya sebijik macam ayahnya.. :p

Mia Rania Iman...rupa sape ek?

Baby baru Ijan diberi nama Mia Rania Iman Binti Mohd Kenidi..3 patah perkataan. Nasib baik pendek2 satu perkataan tu..Ada kawan aku nama dia Maisarah Hajar Aisyah Binti Esa. 3 patah perkataan juga...tapi nasib baiklah nama ayahnya 3 huruf saja. Apa ada pada nama? Yang penting mempunyai maksud yang baik dan sedap di dengar..Faizah bermaksud--> kejayaan :)

Klik ---> Di sini untuk mengetahui maksud nama anda.

Cerita pasal budak2 @ kanak2 sekarang ni memang kebanyakan yang aku lihat lingkungan umur 1 hingga 5 tahun sangat aktif berbanding dengan zaman kanak2 kami dulu. Lihat sahaja anak buah aku sendiri yang 5 orang tu..aktif sungguh..kadang2 sampai tak terlayan..lagi2 yang bernama Faresh Adam..nakal dia lain macam...sangat hyperaktif..Seingat aku waktu baby dulu dia tak banyak meragam..letak je atas tilam, terus tidur..tapi bila dah besar..panjat sana sini, terjun...main & kawan dengan orang yang besar..dan tak takut orang..yang paling aku geram dia melawan cakap ibu ayahnya..Sekarang dia dah berumur 5 tahun dan dah pun bersekolah. Alhamdulillah nampak slow sikit sejak sekolah ni. maksudnya tak nakal sangat. Jenis budak2 macam ni kena cakap baik2 + puji2 sikit baru dia ikut cakap kita. Kalu kita cakap dengan nada marah & memaksa die akan mmberontak & melawan balik..jenis panas baran gak ni..Harap2 dah besar nanti Adam jadi budak baik, tolong ibu & ayah...:)

Abah aku dulu ada juga memberitahu dengan nada melawak..Budak2 sekarang ni degil diaorang lain macam sebab sekarang ni produk susu tepung kat kedai dah macam2 ada..mahal2 pulak tuh..Minum terlebih susu!..Kami dulu2 minum susu Dumex je..hehehe..Tapi aku ada terbaca kat mana aku lupa dah..mungkin juga aku terdengar di radio @ ceramah di tv..Pesanan kepada ibu bapa jangan makan lebihan makanan anak2 mereka..untuk mengelakkan die melawan cakap ibu bapa & xmendengar kata. Selalunya ibu bapa akan habiskan lebihan makanan anak2 mereka yang tak habis makan sebab nak elak pembaziran..tapi aku pun tak tahu betul ke tak maklumat ni. Lagi satu..semasa anak2 tidur..pergi di ubun kepalanya dan baca selawat..dengan harapan dia menjadi budak baik dan berguna..Ini melibatkan teori2 2 alam..mungkin masa mereka tidur mesej yang baik itu lebih mudah diterima..Wallahualam..

Wednesday, August 5, 2009

Tips Temuduga

Hari ni aku amik cuti..teman hubby interview kat Putrajaya..Awal gak kami bertolak..sebab surat panggilan temuduga ade dok kat Shah Alam pada akak ipar aku..Jadi, kami turun Shah Alam dulu..

Nasib baik sampai Parcel C (tempat nak interview) awal ckit..Dapatlah hubby memerut dan melepaskan segala guruh gemuruh yang ada dalam badan..hehehe.Sampai2 je tingkat 6 bangunan SPA orang dah ramai..ada yang parents (macam aku gak dulu2) temankan, kakak, abang..mcm kami, isteri temankan suami..hehehe...Banyak jawatan yang ditemuduga hari ni..ada geng2 ustaz + doktor + jururawat + dll..masing2 dengan gelagat tersendiri..ada yang sempoi, smart, cuak, selamber, gelabah, berlagak..hubby pulak macam cuak jer muka dia..kalau dia sorang2 tak taulah dia punya gelabah macamana..nasib baik aku temankan..bagi dia cool sikit.

Kat sini aku nak bagi tips sikit kalu tak nak gelabah dan sesi interview tu jadi best. Seminggu sebelum pergi interview tu kenalah prepare:-

1) Cuci siap2 gambar berukuran pasport
2) Susun dokumen2 original seperti result peperiksaan/transkrip dalam fail (clear holder)
ikut susunan dari sekolah rendah ke peringkat tertinggi kemudian diikuti dengan sijil2
berkaitan.
3) Print out resume terkini (ringkas & padat)
4) photostat dokumen & sijil (telah disahkan)
5) Carilah maklumat berkaitan tentang jawatan yang ditawarkan, diskripsi tugas, tangga gaji, dll.
6) Bawa thesis (standby je)
7) Baca info2 terkini @ isu2 semasa ( nama2 menteri, rukun negara, dll)
8) Biasanya 1st interviewer akan tanya mengenai latarbelakang dan minta ceritakan dalam
Bahasa Inggeris (standby jelah berlatih cakap dengan kawan @ siapa2 saja)
9) 2nd interviewer pula akan tanya berkaitan dengan bidang kita (prepare info dlm bidang
sendiri)

Jadi, bila prepare semua ni, insya'Allah sedikit sebanyak akan menjadikan kita tenang dalam ruangan menunggu untuk di temuduga :)

Muka hubby yang tengah cuak menunggu giliran

Keadaan ruang menunggu di tempat temuduga Tingkat 6

Selesai temuduga aku nampak keceriaan di wajah hubby..Nampaknya dia berpuas hati dengan sesi interview tadi..alhamdulillah..aku tak naklah bagi harapan yang tinggi takut kalau tak berjaya nanti hubby frust..cuma kena teruskan berdoa kepadaNya agar sentiasa dilimpahkan rahmat & rezeki..Tapi kalau dapat..mungkin hidup aku akan berubah episod..hehehe..

Kami sempat jalan2 di Alamanda untuk brunch (breakfast + lunch) dan membeli sesuatu yang cukup menyelerakan.

Kami makan ayam goreng McD..nyum!nyum!

Donut dari BIG APPLE yang colourful.....cedapnye..

Kalau dulu orang kata ramai yang lepas interview SPA ni sebab ada kabel. ya ka?? Sebelum join gomen dulu aku terpercaya sikit fakta tersebut. Tapi bila aku dah mengalaminya sendiri barulah aku tahu yang fakta itu digunakan oleh orang2 yang yang gagal interview dan mungkin tidak dapat menerima kenyataan mereka tidak berjaya.

Ada juga cakap2 yang mengatakan 60% markah dari 1st interviewer & 40% dari 2nd interviewer.. Jadi, pandailah2 tackle hati 1st interviewer tu..Betul @ tak aku pun tak tau % pemarkahan ni. Yang penting semasa sesi interview tu percakapan hendaklah jelas, terang, meyakinkan & tidak teragak2. Kalau banyak info yang kita tahu lagilah interviewer suka (asalkan x over). Kalau boleh selitkan sedikit humor (mengelakkan suasana jadi tegang & kita rasa stress).

Hakikatnya..semua itu bergantung pada rezeki & nasib seseorang itu..doa + usaha + ikhtiar + tawakal jangan dilupakan...Dan yang paling penting qada' & qadar itu telah ditentukan olehNya..Dapat @ tidak dapat sesuatu yang kita inginkan itu terselit suatu hikmah di sebaliknya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width