Friday, August 7, 2009

Melawat ahli baru famili Ijan & Kenidi

2 hari lepas, Hummidah a.k.a ummi @ midah (officemate aku) ajak aku melawat baby baru Ijan & Kenidi di Proton City. aku tgh tidur mase dia call aku ajak pergi tu..tidur kepenatan lepas balik dari Putrajaya..Dengan sepantas yang tak berapa nak pantas aku menyiapkan diri untuk follow dia & husband & juga Adam Qharimi (baby midah)..sebab aku pikir bila lagi aku nak g kalau bukan sekarang..kalu ada geng ok gak..Lebih kurang pukul 6pm macam tu kami bertolak..

Sampai2 je kami disambut oleh si kembar (anak sulung Ijan & Kenidi) Batrisyah & Balqish..mereka kembar x seiras..Mereka tersangatlah aktif..berlari2 di sekitar rumahnya... sangat peramah & pelat pulak tuh :) ..Seolah-olah aku melawat kembar dari melawat baby baru tu...sebab dok asyik melayan kembar je..

Balqish & Batrisyah

Smile...tunjuk gigi semua.. :)

Gaya sebijik macam ayahnya.. :p

Mia Rania Iman...rupa sape ek?

Baby baru Ijan diberi nama Mia Rania Iman Binti Mohd Kenidi..3 patah perkataan. Nasib baik pendek2 satu perkataan tu..Ada kawan aku nama dia Maisarah Hajar Aisyah Binti Esa. 3 patah perkataan juga...tapi nasib baiklah nama ayahnya 3 huruf saja. Apa ada pada nama? Yang penting mempunyai maksud yang baik dan sedap di dengar..Faizah bermaksud--> kejayaan :)

Klik ---> Di sini untuk mengetahui maksud nama anda.

Cerita pasal budak2 @ kanak2 sekarang ni memang kebanyakan yang aku lihat lingkungan umur 1 hingga 5 tahun sangat aktif berbanding dengan zaman kanak2 kami dulu. Lihat sahaja anak buah aku sendiri yang 5 orang tu..aktif sungguh..kadang2 sampai tak terlayan..lagi2 yang bernama Faresh Adam..nakal dia lain macam...sangat hyperaktif..Seingat aku waktu baby dulu dia tak banyak meragam..letak je atas tilam, terus tidur..tapi bila dah besar..panjat sana sini, terjun...main & kawan dengan orang yang besar..dan tak takut orang..yang paling aku geram dia melawan cakap ibu ayahnya..Sekarang dia dah berumur 5 tahun dan dah pun bersekolah. Alhamdulillah nampak slow sikit sejak sekolah ni. maksudnya tak nakal sangat. Jenis budak2 macam ni kena cakap baik2 + puji2 sikit baru dia ikut cakap kita. Kalu kita cakap dengan nada marah & memaksa die akan mmberontak & melawan balik..jenis panas baran gak ni..Harap2 dah besar nanti Adam jadi budak baik, tolong ibu & ayah...:)

Abah aku dulu ada juga memberitahu dengan nada melawak..Budak2 sekarang ni degil diaorang lain macam sebab sekarang ni produk susu tepung kat kedai dah macam2 ada..mahal2 pulak tuh..Minum terlebih susu!..Kami dulu2 minum susu Dumex je..hehehe..Tapi aku ada terbaca kat mana aku lupa dah..mungkin juga aku terdengar di radio @ ceramah di tv..Pesanan kepada ibu bapa jangan makan lebihan makanan anak2 mereka..untuk mengelakkan die melawan cakap ibu bapa & xmendengar kata. Selalunya ibu bapa akan habiskan lebihan makanan anak2 mereka yang tak habis makan sebab nak elak pembaziran..tapi aku pun tak tahu betul ke tak maklumat ni. Lagi satu..semasa anak2 tidur..pergi di ubun kepalanya dan baca selawat..dengan harapan dia menjadi budak baik dan berguna..Ini melibatkan teori2 2 alam..mungkin masa mereka tidur mesej yang baik itu lebih mudah diterima..Wallahualam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width