Tuesday, September 29, 2009

Hari Raya Aidil Fitri 2009

Habis dah cuti hari raya...kembali berkerja mcm biasa..alhamdulillah raya tahun ni adalah pengalaman pertama berhari raya bersama suami & keluarga mertua..mula2 mmg rase sedih tapi buat2 cool. kadang2 bergenang gak airmata..boleh pulak suami menyakat nyanyi lagu"ooOO..ooOO.. balik Keratong"..sabar je lah..Lepas tu lauk 1st day Raya tu mmg lain..rumah mertua masak bihun sup + nasi minyak + rendang ayam hutan + ketupat pulut..itu yang terasa sgt..xde Ketupat biasa + kuah lodeh + sambal kacang + kari ayam + rendang daging yang biasa mak wat...tp ok jer..aku bedal je...tapi rendang ayam hutan tu mmg betul2 sedap..sampai naik balik 2kg aku makan time raya ni..hehehe

Inilah gambar-gambar semasa Hari Raya telah diedit untuk nampak best ckit.

bersama suamiku..

bersama mertua sebelum balik beraya ke Kg Lakai & Simpang Pelangai, Negeri Sembilan

bersama adik2 ipar & anak buah

beraya di rumah Maklang

Feena makan kueh raya kat rumah Tok De

bersama adik2 di rumah Ude kat Felda Maokil 1

bersama sepupu di kg abah di Kg Kuala Paya, Segamat


bergambar bersama famili semula keluar berjln malam raya ke berapa ntah.

along (akak suami) bertunang pada hari raya ke-5


mak, akak ipar & anak2 buah dtg semasa majlis pertunangan along

Raya ke-6 hantar suami balik ke Shah Alam. Nasib baik tahun ni dapat beraya dengan suami tercinta. Kalu x, hampir-hampir aku tak dapat beraya bersamanya sbb die kena g job kat Penang. Then, job tu tunda & raya ke 6 baru die pergi..Alhamdulillah...Puas hati gak berhari raya tahun ni..makan-makan, jalan-jalan, bagi duit raya, salam bersalaman..bla-bla..tapi ader gak rumah2 makcik pakcik yang xsempat kami datang...ader masa nanti kami dtglah nanti..



Sekarang episod berhari raya di tempat kerja pulak..sementara Syawal belum habis lagi..masing2 ada yang puasa 6 dan kami merancang nak buat Jamuan Hari Raya Bahagian Ukur & Pemetaan pada Isnin depan..harap2 berjalan lancar..aku turut take part dlm masak memasak ni..kt tunggu gambar2 jamuan Hari Raya Isnin nanti... :)

Tuesday, September 15, 2009

cuci mata sebelum raya

Ahad lepas kami berjalan ke Shah Alam..saja2 cuci mata...rasanya mmg dah takde ape yang nak dibeli..tapi aku bosan dok umah..So abg bw aku g jalan2..Mulanya nak g ke KL..tapi bile pikir2 kompom jem sebab hari Ahad semua orang keluar membeli persiapan raya. So, kami mengambil keputusan jalan2 kat Shah Alam je..itupun dah sampai tak larat nak berjalan..abg sampai tertido kat satu kedai baju kat Plaza Masalam..hehehe

Rupa-rupanya sama je kat Shah Alam pun sesak dengan org bershopping...lagi-lagi kat Kompleks PKNS..nak jalan pun berhimpit2..tak selesa untuk memilih barang..so sekejap je aku kat situ & terus ke PAS...aku jalan2 kat Kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral, SACC Mall & last skali Plaza Masalam...Aku tak beli ape pun..just beli t-shirt & seluar slack abg...lepas tu bli serunding daging sikit..

kuih raya di Kompleks PKNS..cantik-cantik belaka

kuih raya & serunding

singgah solat & berehat di Masjid Shah Alam

kat Masjid pun ader jualan raya rupanya

menu kedai makan re_done

Inilah menu berbuka kami...:)

Kami berbuka di Shah Alam juga. Aku ajak adik aku yang belajar di Shah Alam berbuka sekali bersama kawannya..Setelah itu aku terus pulang ke rumah..sok nak keje..huhuhu..

Tuesday, September 8, 2009

Tips Kurangkan Berat Badan!

Berat badan aku mula menurun pada awal tahun 2009..Pada Januari 2009, berat badanku ialah 57.4kg...dan sehingga ke hari ini (bulan September 2009) berat badanku ialah 49.5kg..telah berlaku penurunan sebanyak 7.9kg selama 8 bulan..Ok ke tu?? Bagi aku oklah..tanpa bantuan mana-mana pusat pelangsingan badan..hehehe. BMI pun pada tahap normal.

Pada mulanya aku langsung tidak ambil peduli pasal berat badanku dan ianya sentiasa maintain dalam lingkungan 55-57kg. Tetapi dalam pada masa yang sama aku juga berazam untuk mengurangkan lagi berat badanku kepada yang lebih ideal. Dulu aku pernah cek dekat satu booth kesihatan di Plaza Masalam dan bila die cek berat badan aku yang paling ideal ialah 48kg. Mulalah diaorg promote makan ubat-ubat untuk dapatkan berat ideal.. Tapi aku rasa mustahil untuk turun sampai ke tahap itu. Mungkin saja die nak promote barang die! (apa yang aku pikir masa tu).

Kesedaran ini bermula apabila rancangan majlis perkahwinanku akan diadakan pada tahun ini iaitu pada Mei 2009. Pada waktu itu aku mula berazam untuk mengurangkan berat badan. Walaupun aku tidak nampak gemuk tapi aku nampak sedikit berisi dengan berat badanku yang sebegitu dan ketinggian dalam 153cm.

Walaubagaimanapun aku dah selesa dengan berat badan sekarang. Pakai baju & seluar pun dah banyak yang longgar..hehehe. Ramai juga yang menegur badan ku makin kurus..Suami aku pun lagi suka kalau aku kurus..Tapi kadang-kadang cuak juga bila kena tegur sebab takut orang cakap aku sakit..dan aku pun tak nak berat aku kurang lagi..cukuplah setakat ini.... ~_~

Oklah, kat sini aku bgtau ape yang aku lakukan sehingga berat badan aku menurun...Tips diet ala2 sempoi :--->

# Untuk permulaan tu aku mmg bersenam setiap petang. Balik dari kerja, aku akan ke gym ataupun buat senaman aerobik sendiri kat rumah. Di samping tu aku dapatkan tips2 dan cara senaman yang betul dari Majalah Rapi. Senaman yang paling banyak keluar peluh --> ketuk ketampi. Sebelah pagi iaitu selepas solat subuh pun aku akan buat senaman ringan. Perkara ini berlarutan sehingga bulan 4. Kemudian aku dah jarang lakukan cuma senaman ringan-ringan sahaja.

# Start bulan 3 aku ade mengambil Herba Kencana dari Kedai kak Chik. Mungkin sedikit sebanyak herba ni telah meningkatkan kadar metabolisma aku kerana hari2 aku membuang dengan baik sekali! So, sistem pencernaan aku lancar & teratur. Tujuan sebenar aku mengambil HB ni adalah untuk mengurangkan masalah jerawat di muka tapi ia juga telah membantu aku mengurangkan berat badan..Alhamdulillah..

# Sebelah malamnya pula aku tak makan nasi, aku tukar kepada makan roti ke, mee ke dan kadang-kadang tak makan langsung. Cuma minum air milo @ susu HL. tapi skang aku dah makan nasi macam biasa semula (tapi tak banyak & makan awal)..hehehe

# waktu sarapan aku sarapan macam biasa..nasi lemak & roti canai pun aku makan juga. Cuma untuk makan tengahari aku kurangkan kuantiti nasi.

# Selepas makan aku jarakkan masa untuk minum air. Aku kurangkan minum air manis & banyakkan minum air suam..kadang2 sehari berpuluh kali pergi ke toilet!. Ais jarang sekali aku minum dan sampai sekarang aku jarang minum minuman berais. Apatah lagi minuman bergas! (minuman bikarbonat)

# Kalu boleh jangan makan sehingga kenyang..makan sekadar yang perlu..Tapi kalu teragak apa2 makanan yang diingini tu makan je (walaupun makanan tu berkolestrol tinggi)..jangan tahan2.. takut kempunan.hehehe..tp jgn selalu!

Aku rase itu saja yang aku buat..dan ape yang terkesan sehingga sekarang ialah aku tak makan banyak sebab perut tak selesa bila tersangat kenyang, minum banyak air masak dan kurang minum minuman berais..Itu sahaja.. :) hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih!!

Monday, September 7, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di sini Jiejah ingin mengucapkan...

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir & Batin


Klik Di sini untuk dapatkan Kad Raya Digital secara percuma!

Pesanan dari Jiejah......

# Hati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman..pandu cermat, jiwa selamat!

# Jangan makan berlebih-lebihan menjelang Hari Raya nanti..takut terlebih kolestrol!

# Kepada sahabat handai yang mengenali diri ini..sekali lagi mohon ampun & maaf dipinta..

::Raikan Aidil Fitri dengan penuh kegembiraan & kesyukuran::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width