Tuesday, September 29, 2009

Hari Raya Aidil Fitri 2009

Habis dah cuti hari raya...kembali berkerja mcm biasa..alhamdulillah raya tahun ni adalah pengalaman pertama berhari raya bersama suami & keluarga mertua..mula2 mmg rase sedih tapi buat2 cool. kadang2 bergenang gak airmata..boleh pulak suami menyakat nyanyi lagu"ooOO..ooOO.. balik Keratong"..sabar je lah..Lepas tu lauk 1st day Raya tu mmg lain..rumah mertua masak bihun sup + nasi minyak + rendang ayam hutan + ketupat pulut..itu yang terasa sgt..xde Ketupat biasa + kuah lodeh + sambal kacang + kari ayam + rendang daging yang biasa mak wat...tp ok jer..aku bedal je...tapi rendang ayam hutan tu mmg betul2 sedap..sampai naik balik 2kg aku makan time raya ni..hehehe

Inilah gambar-gambar semasa Hari Raya telah diedit untuk nampak best ckit.

bersama suamiku..

bersama mertua sebelum balik beraya ke Kg Lakai & Simpang Pelangai, Negeri Sembilan

bersama adik2 ipar & anak buah

beraya di rumah Maklang

Feena makan kueh raya kat rumah Tok De

bersama adik2 di rumah Ude kat Felda Maokil 1

bersama sepupu di kg abah di Kg Kuala Paya, Segamat


bergambar bersama famili semula keluar berjln malam raya ke berapa ntah.

along (akak suami) bertunang pada hari raya ke-5


mak, akak ipar & anak2 buah dtg semasa majlis pertunangan along

Raya ke-6 hantar suami balik ke Shah Alam. Nasib baik tahun ni dapat beraya dengan suami tercinta. Kalu x, hampir-hampir aku tak dapat beraya bersamanya sbb die kena g job kat Penang. Then, job tu tunda & raya ke 6 baru die pergi..Alhamdulillah...Puas hati gak berhari raya tahun ni..makan-makan, jalan-jalan, bagi duit raya, salam bersalaman..bla-bla..tapi ader gak rumah2 makcik pakcik yang xsempat kami datang...ader masa nanti kami dtglah nanti..



Sekarang episod berhari raya di tempat kerja pulak..sementara Syawal belum habis lagi..masing2 ada yang puasa 6 dan kami merancang nak buat Jamuan Hari Raya Bahagian Ukur & Pemetaan pada Isnin depan..harap2 berjalan lancar..aku turut take part dlm masak memasak ni..kt tunggu gambar2 jamuan Hari Raya Isnin nanti... :)

1 comment:

bagaikanputeri said...

assalamualaikum...kait, fidah sharif ni.. selamat hari raya.aku selalu gak baca blog ko ni.eh,husband ko ada sedara kat simpang pelangai ke? rumah mertua aku kat simpang pelangai,n9. orang panggil pak ngah husin. pastu selalu datang sh alam ker? plaza massalam tu jiran je dengan aku. sesenang jemputler datang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width