Tuesday, September 8, 2009

Tips Kurangkan Berat Badan!

Berat badan aku mula menurun pada awal tahun 2009..Pada Januari 2009, berat badanku ialah 57.4kg...dan sehingga ke hari ini (bulan September 2009) berat badanku ialah 49.5kg..telah berlaku penurunan sebanyak 7.9kg selama 8 bulan..Ok ke tu?? Bagi aku oklah..tanpa bantuan mana-mana pusat pelangsingan badan..hehehe. BMI pun pada tahap normal.

Pada mulanya aku langsung tidak ambil peduli pasal berat badanku dan ianya sentiasa maintain dalam lingkungan 55-57kg. Tetapi dalam pada masa yang sama aku juga berazam untuk mengurangkan lagi berat badanku kepada yang lebih ideal. Dulu aku pernah cek dekat satu booth kesihatan di Plaza Masalam dan bila die cek berat badan aku yang paling ideal ialah 48kg. Mulalah diaorg promote makan ubat-ubat untuk dapatkan berat ideal.. Tapi aku rasa mustahil untuk turun sampai ke tahap itu. Mungkin saja die nak promote barang die! (apa yang aku pikir masa tu).

Kesedaran ini bermula apabila rancangan majlis perkahwinanku akan diadakan pada tahun ini iaitu pada Mei 2009. Pada waktu itu aku mula berazam untuk mengurangkan berat badan. Walaupun aku tidak nampak gemuk tapi aku nampak sedikit berisi dengan berat badanku yang sebegitu dan ketinggian dalam 153cm.

Walaubagaimanapun aku dah selesa dengan berat badan sekarang. Pakai baju & seluar pun dah banyak yang longgar..hehehe. Ramai juga yang menegur badan ku makin kurus..Suami aku pun lagi suka kalau aku kurus..Tapi kadang-kadang cuak juga bila kena tegur sebab takut orang cakap aku sakit..dan aku pun tak nak berat aku kurang lagi..cukuplah setakat ini.... ~_~

Oklah, kat sini aku bgtau ape yang aku lakukan sehingga berat badan aku menurun...Tips diet ala2 sempoi :--->

# Untuk permulaan tu aku mmg bersenam setiap petang. Balik dari kerja, aku akan ke gym ataupun buat senaman aerobik sendiri kat rumah. Di samping tu aku dapatkan tips2 dan cara senaman yang betul dari Majalah Rapi. Senaman yang paling banyak keluar peluh --> ketuk ketampi. Sebelah pagi iaitu selepas solat subuh pun aku akan buat senaman ringan. Perkara ini berlarutan sehingga bulan 4. Kemudian aku dah jarang lakukan cuma senaman ringan-ringan sahaja.

# Start bulan 3 aku ade mengambil Herba Kencana dari Kedai kak Chik. Mungkin sedikit sebanyak herba ni telah meningkatkan kadar metabolisma aku kerana hari2 aku membuang dengan baik sekali! So, sistem pencernaan aku lancar & teratur. Tujuan sebenar aku mengambil HB ni adalah untuk mengurangkan masalah jerawat di muka tapi ia juga telah membantu aku mengurangkan berat badan..Alhamdulillah..

# Sebelah malamnya pula aku tak makan nasi, aku tukar kepada makan roti ke, mee ke dan kadang-kadang tak makan langsung. Cuma minum air milo @ susu HL. tapi skang aku dah makan nasi macam biasa semula (tapi tak banyak & makan awal)..hehehe

# waktu sarapan aku sarapan macam biasa..nasi lemak & roti canai pun aku makan juga. Cuma untuk makan tengahari aku kurangkan kuantiti nasi.

# Selepas makan aku jarakkan masa untuk minum air. Aku kurangkan minum air manis & banyakkan minum air suam..kadang2 sehari berpuluh kali pergi ke toilet!. Ais jarang sekali aku minum dan sampai sekarang aku jarang minum minuman berais. Apatah lagi minuman bergas! (minuman bikarbonat)

# Kalu boleh jangan makan sehingga kenyang..makan sekadar yang perlu..Tapi kalu teragak apa2 makanan yang diingini tu makan je (walaupun makanan tu berkolestrol tinggi)..jangan tahan2.. takut kempunan.hehehe..tp jgn selalu!

Aku rase itu saja yang aku buat..dan ape yang terkesan sehingga sekarang ialah aku tak makan banyak sebab perut tak selesa bila tersangat kenyang, minum banyak air masak dan kurang minum minuman berais..Itu sahaja.. :) hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih!!

3 comments:

syabie said...

senaman aerobik memang baik untuk kesihatan

syabie said...

senaman aerobik memang baik untuk kesihatan

Kimizo said...

ye saya setuju
senaman aerobik memang salah satu caranya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width