Wednesday, January 27, 2010

Gubahan Sireh Junjung

Post kali ni lain sikit..Gubahan Sireh Junjung? hehehe..saja je aku nak masukkan post ni..nak tunjuk gubahan sireh junjung yang aku gubah untuk perkahwinan akak iparku pada pertengahan bulan 2 ni. Aku pun tak kisah sebab aku memang minat buat benda2 ni tapi kadang2 tgk mood juga..Masa perkahwinanku pun aku gubah sendiri hantaran tema oren begitu juga hantaran semasa adikku bertunang..Tapi semuanya simple aje..tak boleh setanding dengan kedai..hanya untuk kepuasan hati sendiri..hehehe..hati orang lain tak taulah puas ke tak..mesti macam2 nak komen.. :p
Sireh junjung : daun plastik + ferero roshew + lolipop dengan bertemakan oren

Pandangan dari sudut lain pula : tiada kapur & pinang


Kamar beraduku.. : 30 Mei 2009


Aku nak interprem juga..hehehe : mlm pernikahan 30Mei 2009
bersama barang hantaran untuk pihak lelaki


Majlis pertunangan adikku : 09 jan 2010 bertemakan merah gold (guna bilik yang sama) :) nampak x sireh junjung kat tengah2 tu..(di edit oleh kak iparku)

Disebabkan akak ipar (along) aku pun nak aku tolong buatkan so, aku pun dengan rela hati tolong lah buat..gaji je aritu aku terus bli barang2 di Tg Malim..kat sini kedai brg2 pengantin tak byk pilihan..satu tu je yg ok..kedai depan GrandBuy tu..total barang2 semua dalam anggaran RM50.

Step pertama...barang2 yang perlu disediakan

Step terakhir..ok ke?tp hubby aku kata x brape ok...huhuhu

Inilah hasilnya..kalau ramai yang tak berpuas hati mungkin aku akan buang tingkat yang atas tu...reben pink tu hanya sementara sebab belum dapat reben yang ikut tema dari along

Petang smlm aku mms along tunjuk gmbr sireh junjung yang aku dah wat..tapi rupa2nya along dah bli barang utk sireh junjungnya..adus..napela aku tak tanyer die dulu sblm membeli barang2...Lepas tu along minta nuat dua..satu utk najib (bakal suami) dan utk dia skali..sbb membazir barang2 dah beli..aku kata oklah..sbb aku pun takde wat ape2 keje waktu malam..lagi satu along tmbh lg permintaan iaitu gubahan coklat..aku ok jer..mood tgh seronok buat bende2 ni semua..so, yang aku kena buatkan gubahan utk along ialah= sireh junjung (2) + buah2an + coklat + kueh bepang (tempahan dengan mak saudara)..so bersiap sedia..kalau boleh minggu ini juga nak siap..lalalala..

Tuesday, January 26, 2010

Saya dah nak jadi ibu...ibu 2 be...

Hari ini aku sarapan roti bersama Daisy marjerin & gula…munum air susu Anmum..hari-hari asyik sarapan nasi lemak Kak Mah pun bosan jugak..sesekali pekena roti pun terasa sangat best..Asalkan perutku kenyang dan baby dapat makanan yg berkhasiat..Pukul 11 nanti pasti aku akan terasa lapar lagi..tp aku tak risau sebab aku bw stok makanan..hehehe..
Semenjak mengandung ini mcm2 aku rasa dengan diri aku ni..maklumlah perubahan hormon dalam diri..kandungan pun dah masuk 5 bulan 4 hari..dan perutku pun sudah membesar..hohoho..kadang2 terasa gak denyut2 di perutku..itu menandakan pergerakan baby bermula..huhuhuhu..


Tapi..yang buat aku risau sekarang ialah paras hemoglobin aku rendah (Hb). Paras normal sepatutnya 11.0..tapi dah 2 kali aku check still 10.8..Doktor dah pesan kalau kagi sekali check di bawah paras normal kena masuk hospital..tembah darah..alamak!!aku tak nak..masuk hospital..habis kerja2 kat opis aku nanti..lebih tak best bile kena cucuk2 ni..tak mau!!! Satu lagi masalah berat aku naik mendadak..dari 53.5kg ke 55.5kg dalam masa selang 2 minggu..yang ini aku tak risau sangat..mmg aku sangat berselera dgn makanan sejak akhir2 ini..semuanya hendak makan..tapi still bleh control lg…aku mmg bukan penggemar sayur2an..patutlah darah rendah..huhuhu..tapi nak buat mcmane, sayur tu xsedap..hehehe..lagi2 kalu tergigit taugeh @ sengkuang..mau berair mata aku di buatnya..sayur yang aku boleh makan macam kangkung, bayam, kobis..itupun kalau die telah dimasak dengan perencah yang best sehingga tak rase kmenntahan sayur tu lagi..tapi aku cover balik dengan banyak makan buah..yang menjadi masalahnya pulak buah yang boleh bg tambahd darah susah nak cari kat tg Malim ni -->epal hijau & delima..peliklah..sebelum ni macam banyak..ader masalah ke dengan pengeluaran buah2an ni?? Seluruh Tg malim dah aku cari termasuk Pasar Malam Sabtu..Cuma Pasar TF aku tak pergi lagi..tapi nak order jus epal pun xde..musykil jugak nih..Ape yang boleh aku buat sekarang ni adalah makan pil ajelah + nasi lemak kerang Kak Mah (kerang pun aku tak suke ) + buah2an limau n epal merah…soya pun aku minum tp kadang2…


Hmm..inilah dugaan sewaktu aku mengandung..seronok memang seronok tengok perubahan perut yang semakin membesar..paling best tgk baby masa scan..nampak kepala dia..jantung dia bergerak..tulang belakang dia..best sangat!! Nak buat scan 3Dlah..tp dalam perancangan lagi…Semalam aku dah bli baju mengandung..yang sebelum ni aku pakai baju pemberian mak saudara..Baju2 kurung dah banyak tak muat dan xselesa..tapi xbanyak pilihan sangat..Nak ajak abg (suamiku) pergi Juscolah..mesti baju2 kat sana lagi cantik2..harap2 murahlah..
Tinggal 4 bulan je lagi..dan mungkin peristiwa2 lain pula yang akan aku alami..stretch mark belum berlaku lagi pada perutku..itupun kena bersedia juga utk beli krim takut berparut..dah nak dekat mesti lebih mencabar..


Ya Allah kuatkanlah dan tabahkanlah hatiku dalam mengarungi semuanya ini…
Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Amin.

Tuesday, January 5, 2010

Perutku Membesar

Sejak mengandung ni, x de cerita lain yang nak ditulis melainkan perkara2 yang berkaitan dgn mengandung...hehehe..pagi td masa nak bgn dr tido aku terasa berdenyut2 di perut..aku pegang perut n terasa lg..rasa sungguh teruja..baby aku dah brgerak ke?? :)..tp sekejap je..lps tu dah xde rasa lagi..Tp org kata time2 macam ni baby dah start bergerak..hehehe..x sabarnyer..

Perutku pun dah semakin membesar..dah xleh nak cover2 lagi..pasni terus membesar dan besar lagi...hehehe..kenalah aku standby beli baju ibu mengandung..malasnya la hai nak g membeli..Sekarang kandungan ku berusia 17 minggu 4 hari..ataupun senang kira 4 bulan seminggu...macamanelah agaknya aku nak menghadapi untuk bulan2 seterusnya..harap2 semuanya ok..

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Ini info yang aku amik dr internet.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width