Wednesday, January 27, 2010

Gubahan Sireh Junjung

Post kali ni lain sikit..Gubahan Sireh Junjung? hehehe..saja je aku nak masukkan post ni..nak tunjuk gubahan sireh junjung yang aku gubah untuk perkahwinan akak iparku pada pertengahan bulan 2 ni. Aku pun tak kisah sebab aku memang minat buat benda2 ni tapi kadang2 tgk mood juga..Masa perkahwinanku pun aku gubah sendiri hantaran tema oren begitu juga hantaran semasa adikku bertunang..Tapi semuanya simple aje..tak boleh setanding dengan kedai..hanya untuk kepuasan hati sendiri..hehehe..hati orang lain tak taulah puas ke tak..mesti macam2 nak komen.. :p
Sireh junjung : daun plastik + ferero roshew + lolipop dengan bertemakan oren

Pandangan dari sudut lain pula : tiada kapur & pinang


Kamar beraduku.. : 30 Mei 2009


Aku nak interprem juga..hehehe : mlm pernikahan 30Mei 2009
bersama barang hantaran untuk pihak lelaki


Majlis pertunangan adikku : 09 jan 2010 bertemakan merah gold (guna bilik yang sama) :) nampak x sireh junjung kat tengah2 tu..(di edit oleh kak iparku)

Disebabkan akak ipar (along) aku pun nak aku tolong buatkan so, aku pun dengan rela hati tolong lah buat..gaji je aritu aku terus bli barang2 di Tg Malim..kat sini kedai brg2 pengantin tak byk pilihan..satu tu je yg ok..kedai depan GrandBuy tu..total barang2 semua dalam anggaran RM50.

Step pertama...barang2 yang perlu disediakan

Step terakhir..ok ke?tp hubby aku kata x brape ok...huhuhu

Inilah hasilnya..kalau ramai yang tak berpuas hati mungkin aku akan buang tingkat yang atas tu...reben pink tu hanya sementara sebab belum dapat reben yang ikut tema dari along

Petang smlm aku mms along tunjuk gmbr sireh junjung yang aku dah wat..tapi rupa2nya along dah bli barang utk sireh junjungnya..adus..napela aku tak tanyer die dulu sblm membeli barang2...Lepas tu along minta nuat dua..satu utk najib (bakal suami) dan utk dia skali..sbb membazir barang2 dah beli..aku kata oklah..sbb aku pun takde wat ape2 keje waktu malam..lagi satu along tmbh lg permintaan iaitu gubahan coklat..aku ok jer..mood tgh seronok buat bende2 ni semua..so, yang aku kena buatkan gubahan utk along ialah= sireh junjung (2) + buah2an + coklat + kueh bepang (tempahan dengan mak saudara)..so bersiap sedia..kalau boleh minggu ini juga nak siap..lalalala..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width