Tuesday, February 23, 2010

Minum Air Gula

Tak tau nak cerita ape..tp disebabkan dah lama gak xde post baru..so aku cerita pasal minum air gula..Semalam aku kena minum air gula (MGTT) di Klinik Tg Malim..sepatutnya tarikh minum tu pd 26/3/2010 skali dengan scan perut...tapi disebabkan berat aku naik mendadak lg iaitu dr 56.5kg ke 59kg dlm masa 2 minggu, so aku di awalkan minum air gula..takut2 suspek kencing manis..xtaulah napelah berat ni naik mendadak..mungkin masa kenduri kawen aku mkn byk..then makanan bergula aku bedal pun banyak..acar buah, kueh bepang, coklat...

Sebelum g klinik tu aku kena puasa dr pukul 10mlm..Then pukul 8pg kena sampai di klinik..1st dia ambil darah kali pertama, baru minum air gula..Selepas 2jam pergi ambil darah lg sekali..2 kali kena cucuk ambil darah..isk!isk!xpelah..asalkan baby dalam perut ni sihat..harap2lah aku xkena kencing manis..

Hari tu seperti biasa cek antenatal kali keberapa ntah..HB aku semakin menurun iaitu 10.0 ..kadang2 rase fedup nak mkn apa2..tp aku kuat kan semangan demi baby..mulai aritu aku insaf dgn makan sayur bayam tiap2 hari..Pagi2 aku start makan telur separuh masak..kerang kat sini susah nak cari..lgpun aku dok sorang2 nak keluar g pasar pun rasa malas..aku try nak minum HIGOAT pulak..harap2 lps ni darah ok..

Baby pulak dah sangat aktif bergerak..suka sgt..kdg2 tibe2 die mengeras rasa perut ni..cuak pulak bile rasa mcm tu..Rasa khayal tgk baby bergerak sebab sampai terangkat2 perut aku..die menendang kot..hubby suke sgt tgk.. :) Tak sangka ada sesuatu yang bernyawa dlm perut ni..besar sungguh kekuasaan Allah..

Apa yang aku harapkan semuanya ok lepas ni..berdebar nak juga bile dah jd mcm ni..almaklumlah anak 1st..pengalaman pun xde lg..

Tuesday, February 16, 2010

Xinnian Kuaile...

Esok dah start keje...letih gak perjalanan hari ni..jalan jam dr senawang ke seremban tp ok lagi..masih bergerak walaupun slow..maklumlah arini sume pulun balik ke tempat keje...sebaek hubby yg drive..so, aku letih sebab duduk je kot..hehehe..walaupun mata dah ngantuk tapi sempat lg aku nak post sesuatu kat sini..kami sampai awal ke Tg Malim sbb hubby ader keje yang nak dibuatnya..oklah tu..aku pun mmg suke sampai awal..x letih sgt..

Cuti kali ni ktorg balik Keratong sbb akak ipar kahwin..sempat gak blk Kg Labis shari.. :) Kalu sempat nanti aku upload gambar kahwin & gmbr hantaran yang aku buat..Hmm..nak sidai baju jap..pastu nak tdo...lalalalala..zzZZZZZ..(sambil menoleh hubby yg tgh tekun memutar kabel)..hehehe

Info yang aku copy dr website --> Mengandung.com

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width