Monday, January 31, 2011

Birthday Adam

Selamat Hari Ulangtahun yang ke 7 kepada anak buah ku Adam...nakal budak sorang ni..dengan harapan --> jadi anak yang baik + budak yang pandai + tidak melawan cakap orang tua... :)

sedap gak kek tu..nyum2!!

Lihat gambar berwarna itu..my lil irsyad

Hmm..banyak lagi gmbr..tapi semuanya "open air" hehe...
buat kat dalam rumah..
biasalah..
kebetulan aku baru samapi dari Tanjung Malim..memang langkah kananlah..
makan ringan-ringan aje..bihun goreng + nugget + satay + cupcake + kek yg sodap..

BANJIR vs UNDI DUN TENANG

Banjir kembali...banjir yang melanda seperti Disember 2006 berulang lagi....malah lebih dahsyat...dahsyat 13!!! Hanya dalam masa kurang daripada 24jam sahaja..air di bandar Labis sudah meningkat sehingga ke paras pinggang. Sedangkan sewaktu aku tiba di tempat kejadian petang semalam..keadaan masih lagi stabil. Orang ramai berkeliaran di segenap pelusuk celah-celah bandar labis sehinggakan Dataran Labis pun tidak kelihatan dek kibaran jalur-jalur gemilang pihak-pihak parti yang bertanding...Tidak kurang juga pihak peniaga dan juga penyewa-penyewa rumah yang turut mendapat manfaat daripada kemelut ombak tsunami Pilihanraya Kecil Dun Tenang..Hanya seminggu sahaja diperlukan untuk mengaut pendapatan RM2000.00..yang menyamai pendapatan kakitangan kerajaan untuk sebulan. Wahhh..kayo..kayo....
*Boleh klik di blog warga marhaen untuk melihat keadaan banjir di Jalan masuk ke Felda Tenang, Kampung Tenang, Kampung Air Panas & Kampung Sawah Baru

Namun begitu, semangat juang yang ditunjukkan oleh para pengundi DUN Tenang sememangnya mendapat pujian yang tidak putus-putus. Ini kerana, pada hari pembuangan undi yang dibuka kira-kira jam 8:00 pagi..DUN Tenang menghadapi cabaran yang paling getir..Hujan yang turun melimpah-ruah tidak berhenti-henti dan tidak mengenal individu yang bertanding..baik bekas ahli ADO mahupun bekas GURU..semuanya diberikan layanan yang sama rata daripada-Nya (hujan selebat-lebatnya)..Dan di sinilah kita lihat betapa bersungguh-sungguhnya pihak yang bertanding di mana setiap pengundi diberikan layanan yang paling istimewa dalam hidup mereka..jentera-jentera pihak bertanding amat komited mengunjungi setiap satu rumah pengundi menyediakan kemudahan pengangkutan untuk ke tempat pembuangan undi..Complete set pergi dan balik. Tidak cukup dengan itu sahaja, ada pula pasukan peninjau yang follow-up bertanyakan sama ada kesemua ahli keluarga yang layak membuang undi sudah menunaikan tanggungjawab mereka ataupun tidak. memang tabik lentik laa..

Penat lelah jentera-jentera pihak bertanding akhirnya sampai kepada kemuncaknya di mana pengumuman keputusan undi secara rasminya diumumkan pada jam kira-kira 10:00 malam, 2jam terlewat daripada jadual asal pengumuman keputusan tersebut disebabkan kenaikan paras air yang tidak diduga di kawasan-kawasan tanah rendah. Akhirnya, dengan rasminya keputusan memihak kepada Parti BN dengan mejoriti 3ribu lebih..Tahniah kepada pemenang kerana memenangi kerusi DUN Tenang dan juga tahniah kepada pihak yang kalah kerana kekalahan diterima secara terbuka di mana tiada perkara-perkara yang tidak diingini yang berlaku...

Tetapi ucapan tahniah selayaknya diberikan kepada pengundi-pengundi kerana dalam keadaan serba kebasahan..peratusan yang keluar membuang undi adalah kira-kira 71%..bukan senang untuk mencapai angka tersebut dengan situasi banjir sebegini. Walaubagaimanapun..takziah kepada anggota keluarga Felda Keratong Lima kerana didapati meninggal dunia dihanyutkan arus banjir..Al-Fatihah....

Friday, January 28, 2011

Balik Kampung + Mari Mengundi

Esok aku balik kampung..turut serta adik aku + kawan adik aku + sepupu aku di UPSI..muatkah kereta Myvi suami ku itu?? kena kurangkan barang2 Irsyad ni..huhuhu..barang ibu pun selalu banyak..main angkut je selagi muat..tapi kali ni oleh kerana ramai penumpang kena bawa sikit aje..Harap-harap perjalanan esok lancar..dan tak sesak lagi-lagi kawasan Labis..almaklumlah kemuncak kempen adalah besok..


30hb Januari 2011 adalah hari mengundi bagi PRK DUN Tenang...Untuk menjalankan tanggungjawab..kenalah aku balik..tapi memang aku nak balik kampung pun waktu itu..Siapa yang akan aku undi???Undi adalah rahsia..hehehe

Ape yang penting..balik kampong..OOoOo..balik kampung..hati riang!!***!!

Ngantuk (~.~) zzzZZZZ

Sejak ada anak ni..tidurku tak pernah lena..bangun salin pampers 2 kali..minum susu dua kali...kalau tiba2 meragam lagi..mahu menjerit dibuatnya...sabar..sabar..Oh tidur....bestnya la kalau dapat tidur yang penuh nikmat..Macam tulah kalau ada anak kecil..cepatlah Irsyad membesar..harap2 tak banyak ragamnya kalau dah besar..bolehla ibu tidur nyenyak sikit..kat office pun aku boleh terlelap..oh noo...malunya kalau ada orang nampak..


zzZZZ..harap-harap takde orang nampak :source dr google :)

Tuesday, January 25, 2011

Imam Muda Irsyad

Sajer tempek gambar ni..bersama imam mude to be..hehehe..Muhammad Irsyad Hanafie..Irsyad tu nama ayah die beri..Hanafie tu atok Mahmud bagi..sebab die kate ramai Ustaz2 nama Hanafi...asyik2 je sebut masa kitaorg nak bagi nama kat Irsyad dulu..last2 suami cakap kita bubuh sekalilah Hanafi dan tambah 'e' kat belakang..moga-moga hasrat atok tercapai..tercapai jadi ala2 Ustaz pun takpe..asalkan jadi anak yang baik..soleh..berpegang teguh pada agama Islam..tidak lalai & leka dengan duniawi..
bersama imam muda irsyad

irsyad turn to 8 month :)

Weeehaaaaa...irsyadku sudah besar...24 Jan semalam masuklah umur die 8 bulan..sekejap jer kan..semakin lasak..lincah..kalu diam time die nak tido jer + laloq..kami perasan sekarang irsyad suke dengan iklan TV3 yang ader keluar gambar macam2 dari bumi bulat tu.. :) bile iklan tu keluar je, automatik kepala die berpusing ke arah tv..kadang2 aku saje je bagi die tgk tempat lain..tapi die beriya2 nak alih pandangan ke tv..kalu dari dalam bilik dengar bunyi iklan tu pun die boleh tertoleh ke arah keluar bilik..irsyad..irsyad.
Kadang tu tengah makan, isap kopek pun boleh je die lepaskan dan berpaling ke arah tv..hebat betul iklan TV3 tu..mungkin juga gambar die berkaler2 & kreatif..aku pun suke iklan tu! tau ke iklan yang mane?iklan bile setiap rancangan tv3 nak beralih ke rancangan lain die akan keluar lagu tv3 dan bumi bulat kelaur macam2 barang sofa ader, anak patung..die ikut tema..memang sangat menarik..

dah nampak matang kan?? :)

so naughty!!..kacau ibu die..nak masuk bakul kain

Thursday, January 13, 2011

Irsyad : berjaya meniarap kedepan

Hehe..akhirnya anak ibu berjaya meniarap kedepan..
perasan isnin aritu (10.1.2011)
kalau sebelum ni asyik2 pusing & ngundur ke belakang jer..
bukan main semangat muka die bile tangan menarik ke depan..
tarik dua2 belah tgn pulak tu..syabas anak ibu..lepas ni ape lagi yg nak tunjuk kat ibu ng ayah..
Bile die bgn tido kena cepat tgk kat buai..sbb alih2 tgk dah meniarap dlm buai n kaki tinggal sparuh je..hish3..
ape2pun..ibu & ayah saaayang irsyad..mmmuah!!!

Friday, January 7, 2011

irsyad : 7 bulan..

++ Irsyad 7 bulan ++
susah nak tdo
nak tdo mesti nangis dulu jap
bg BF br senyap
dah ader walker baru : semakin lincah tgn bersepahkan rumah
tdo xlama pastu bgn..main je lebih
kuat ketawa + sengih2
macam jakun tgk bende2 + environment baru : tgn akan mengapai2 & kaki keatas bwh
dah pandai tepuk bdn kejutkan ayah @ ibu waktu bgn tdo (sbb die akan bgn dulu)
mulut smakin bising (ergh..ergh..kalu nak brg + dukung + susu)
mnangis kalu tinggal sorang2
mungkin dah nak tumbuh gigi
sbb dah nmpk batas 2 btg gigi kat gusi
slalu main2 mulut n hentak2 mulut die kat bdn atau toto
dah laju pusing2 bdn n ngesot kebelakang
ape lagi eh..
nmpk dah perubahan anakku semakin mbesar..
alhamdulillah..
semoga irsyad mbesar dgn sehat :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width