Monday, January 31, 2011

BANJIR vs UNDI DUN TENANG

Banjir kembali...banjir yang melanda seperti Disember 2006 berulang lagi....malah lebih dahsyat...dahsyat 13!!! Hanya dalam masa kurang daripada 24jam sahaja..air di bandar Labis sudah meningkat sehingga ke paras pinggang. Sedangkan sewaktu aku tiba di tempat kejadian petang semalam..keadaan masih lagi stabil. Orang ramai berkeliaran di segenap pelusuk celah-celah bandar labis sehinggakan Dataran Labis pun tidak kelihatan dek kibaran jalur-jalur gemilang pihak-pihak parti yang bertanding...Tidak kurang juga pihak peniaga dan juga penyewa-penyewa rumah yang turut mendapat manfaat daripada kemelut ombak tsunami Pilihanraya Kecil Dun Tenang..Hanya seminggu sahaja diperlukan untuk mengaut pendapatan RM2000.00..yang menyamai pendapatan kakitangan kerajaan untuk sebulan. Wahhh..kayo..kayo....
*Boleh klik di blog warga marhaen untuk melihat keadaan banjir di Jalan masuk ke Felda Tenang, Kampung Tenang, Kampung Air Panas & Kampung Sawah Baru

Namun begitu, semangat juang yang ditunjukkan oleh para pengundi DUN Tenang sememangnya mendapat pujian yang tidak putus-putus. Ini kerana, pada hari pembuangan undi yang dibuka kira-kira jam 8:00 pagi..DUN Tenang menghadapi cabaran yang paling getir..Hujan yang turun melimpah-ruah tidak berhenti-henti dan tidak mengenal individu yang bertanding..baik bekas ahli ADO mahupun bekas GURU..semuanya diberikan layanan yang sama rata daripada-Nya (hujan selebat-lebatnya)..Dan di sinilah kita lihat betapa bersungguh-sungguhnya pihak yang bertanding di mana setiap pengundi diberikan layanan yang paling istimewa dalam hidup mereka..jentera-jentera pihak bertanding amat komited mengunjungi setiap satu rumah pengundi menyediakan kemudahan pengangkutan untuk ke tempat pembuangan undi..Complete set pergi dan balik. Tidak cukup dengan itu sahaja, ada pula pasukan peninjau yang follow-up bertanyakan sama ada kesemua ahli keluarga yang layak membuang undi sudah menunaikan tanggungjawab mereka ataupun tidak. memang tabik lentik laa..

Penat lelah jentera-jentera pihak bertanding akhirnya sampai kepada kemuncaknya di mana pengumuman keputusan undi secara rasminya diumumkan pada jam kira-kira 10:00 malam, 2jam terlewat daripada jadual asal pengumuman keputusan tersebut disebabkan kenaikan paras air yang tidak diduga di kawasan-kawasan tanah rendah. Akhirnya, dengan rasminya keputusan memihak kepada Parti BN dengan mejoriti 3ribu lebih..Tahniah kepada pemenang kerana memenangi kerusi DUN Tenang dan juga tahniah kepada pihak yang kalah kerana kekalahan diterima secara terbuka di mana tiada perkara-perkara yang tidak diingini yang berlaku...

Tetapi ucapan tahniah selayaknya diberikan kepada pengundi-pengundi kerana dalam keadaan serba kebasahan..peratusan yang keluar membuang undi adalah kira-kira 71%..bukan senang untuk mencapai angka tersebut dengan situasi banjir sebegini. Walaubagaimanapun..takziah kepada anggota keluarga Felda Keratong Lima kerana didapati meninggal dunia dihanyutkan arus banjir..Al-Fatihah....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width