Monday, February 28, 2011

Kelahiran Anak Pertama : Episod 5

27.5.2010:Khamis

Pagi tu aku didatangi nurse untuk explain mengenai Breasfeeding...Ya Allah mengantuknya aku mendengar explaination diaorg..tp aku tabah je buat-buat dengar...nasib baik aku tidak mempunyai masalah untuk menyusukan bayi..kesian rakan di sebelah katilku tiada puting..anaknya menangis kehausan dan tercari-cari puting..nurse lebihkan masa mengajar dia..dapatlah aku berehat semula...

Sebelum tengahari aku mendapat berita yang menggembirakan.."Semua yang ada kat bilik ni boleh balik"..Alhamdulillah...perkataan ini yang kutunggu-tunggu..Apalagi aku terus call suamiku suruh datang bawa kami pulang..lalalaa..

Sampai je suami dan mak abahku, waktu juga perut aku terasa ingin membuang air besar..almaklumlah sejak aku duduk di hospital, aku tak membuang lagi..aduhai..cuaknyer la hai..bayangkan..ngerinya + sembelit + luka jahitan sampai tempat tuttt..mane tak cuak nak membuang...dalam setengah jam aku tak keluar-keluar dari toilet...last-last..berjaya juga..hilang segala berat di kepala..fuhhh..Suami ku terkejut lihat mataku tiba-tiba merah selepas membuang..mungkin sebab meneran @ tak cukup tidur? merah macam luka berdarah..
aku pun dah risau..nasib baiklah keesokan harinya dah nampak pudar..

Aku pun bersiap-siaplah balik lepas itu..bersalam-salam dengan rakan-rakan sebelah katil..sempat juga aku makan bubur kacang panas-panas..yang hospital sediakan..Aku naik dengan suamiku sambil memangku baby..abah & emakku naik kereta lagi satu..

Begitulah corat-coret kisah aku melahirkan irsyad di hospital..lama betul duduk hospital..lepas ni duduk berpantang di rumah...startlah berurut + pilis + param + bertungku dan sebagainya...
Sekian berakhirlah kisah ini..
Terima kasih kerana mengikuti episod ini sampai habis :)

Friday, February 25, 2011

Irsyad demam

Demam lagi..makin panas malam tadi..pukul 3am dia dah bangun merengek-rengek..badan pun panas..sebelum tidur tadi ok je...kali ni agak memang agak panas..biasanya kalau demam dia still lagi boleh ketawa & bergurau senda..tapi kali ni agak serius..nak marah ajer..dalam pukul berapa entah aku masukkan dalam buai dan tidur semula..siannya anak ibu ni..kira-kira pukul 5.3o dia terbangun lagi..rupanya pampers dia dah penuh..abis basah semua..aik!! baru je salin pukul 3am tadi..sekarang kuat betul buang air...jenuhla kena cepat-cepat salin pampers..kalau tak lencun..

Aku hantar gak irsyad ke taska..sebab ubat dah ada dah..harap-harap balik ni dah oklah demam dia..tengahari tadi tanya pengasuh dia kata dah ok sikit cuma meragam masa nak tidur..Demam je Irsyad ni..bila tiba ujung bulan..mesti demam..cuma bulan 12 & 1 hari tu tak demam..beralih bulan la kot..Semoga anak ibu cepatla sembuh..

Thursday, February 24, 2011

Kelahiran Anak Pertama : Episod 4

26.5.2010:Rabu

Aku bangun lewat hari ini..dek tiada gangguan tangisan baby yang ingin disusukan..aku mendapat tidur yang cukup berkualiti..hehehe..tapi lepas tu aku kelam kabut mandi sebab tak sabar-sabar nak lihat Irsyad dan mengetahui keputusan bacaan jaundisnya....
Sebelum pergi tu akak disebelah katilku bgtau dia dah boleh keluar..bacaan jaundis anaknya dah ok...dan..aku dapat geng baru..rupa-rupanya aku bersalin same time ng dia pada pagi 24.5.2010 lepas...
Hampa..bacaan Irsyad masih lagi tidak melepasi graf yang membolehkan kami balik rumah..Oh tidak..bermalam di hospital lagi nampaknya...Petang tu kami pindah wad lagi..Wad 1 kalau tak silap..kali ini, baby bersama ibu duduk sekali dan ada inkubator..so, ibu pulak kena take part jaga baby time kena jemur..so senanglah nak bagi susu ke ape ke..Katil kat wad ni kecil sikit..agak tidak selesa..duduk pun beramai-ramai..kiranya dalam wad tu adalah untuk ibu-ibu bersama bayi yang ada jaundis..ibu yang bersalinkan bayi pramatang pun duduk sekali..tapi bayinya kat bilik lain..Dah 3 Wad aku duduk..hebatkan..huhuhu

Bermalam di Wad 1...Irsyad susah nak tidur..baru aje nak letakkan dalam inkubator dia menangis..bila angkat dan dodoi die tertidur semula..bila nak letak lagi die terus menangis..aduhai anakku..mata ibu dah mengantuk...lepas tu kalau Irsyad tak dijemurkan bilalah nak elok..lamalah kita dok hospital..rintih hatiku..dah dekat nak pagi..barulah Irsyad betul-betul lena...dan aku jemurkan dia...sekali dengan aku terjemur dan tertidur..zzzzZZZZ
Continue Episod 5 (last episod aku di hospital)
Yang terlepas Episod 1, Episod 2, Episod 3..klik lah yer.. :)

Wednesday, February 23, 2011

Kelahiran Anak Pertama : Episod 3

25.5.2010 : Selasa

1st time bersama baby sangat mengujakan..perasaan takut + gembira + risau bercampur baur..almaklumlah nak jaga baby yang masih kecil..apa aku nak buat kalau dia nangis? berak? aku tak tenang memikirkan tu semua..badan dan tulang masih lembut..aku try ajak adik teman..tapi nurse tak bagi..dia nak ibu berdikari jaga baby..aduhai..aku dah lah tak larat dengan sakit luka jahitan tu..nak naik katil..turun katil..angkat baby..semuanya memerlukan pergerakan yang menyebabkan rasa ngilu..sakitnya..lepas ni kalau bersalin lagi harap-harap tak teruk macam ni lagi..(ada lagi rasa teringin nak bersalin..hehehe)

Dalam pukul 8.00am kot..aku pun dah lupa..pelatih-pelatih nurse akan ambil baby untuk mandikan..dan pagi tu juga irsyad kena ambil darah untuk memastikan ada kuning atau tak..sebelum itu, salah seorang pelatih ada bagitau kalau ibu berdarah O, maybe baby kena jaundis (sakit kuning) kebarangkaliannya tinggi..alamak!!! aku berdarah O..tak boleh balik rumah la jawabnya hari ni..
Sementara menunggu irsyad mandi dan menunggu result darahnya, aku cepat-cepat ke toilet membersihkan diri..semasa di hospital..aku sering lapar dan haus..bekalan minuman yang aku bawa hanyalah air anmum..memang nikmat masa tu minum air anmum panas-panas..muka aku ajelah yang selalu minta air panas dari nurse setiap pagi..hehehe..aku tak pasti pukul berapa dapat result yang memang Irsyad ada jaundis..dia dipindahkan ke wad lain dan duduk di bawah inkubator (dibawah cahaya lampu biru)..terpaksalah aku berulang alik ke wad irsyad yang bagi aku jauh nak berulang alik untuk menyusukannya..Aku lupa nak cerita yang akak sebelah katil aku pun anak dia ada jaundis dan dalam wad yang sama dengan Irsyad.

Jadi, tengahari tu Irsyad di bawa oleh pelatih ke wad 12 kalau aku tak silap..di mana baby yang jaundis diletakkan dalam inkubator di situ..sebelahnya pula inkubator baby yang dilahirkan tak cukup bulan (pramatang)...kecil sangat..Subhanallah..lagi rumit menjaga baby pramatang ni..sangat sensitif..Dalam sebelah petang aku pergi melawat Irsyad untuk menyusukannya..dia diam aje kat dalam tu..kejap-kejap menguit-nguit..paling takut bila cermin matanya tu tanggal..bila hampir tertanggal, aku betul-betulkan..nampak cute je irsyad..ada pelatih kat situ ingatkan Irsyad anak mamak..hehehe..sebab banyak bulu..memang banyak bulu pun Irsyad..lambut pun nampak lebat..hehehe..
Kesian tgk irsyad dengan hanya memakai pampers dia dijemur dibawah cahaya lampu biru tu..aku mengharapkan bacaan jaundisnya menurunla besok..boleh cepat balik rumah.. kelihatan tali pusatnya pun jadi kering..mungkin panas dan kering duduk bawah cahaya lampu biru tu. Tak lama aku di situ sebab Irsyad tidur aje..so aku pun balik ke bilik semula..

Keadaan Irsyad di bawah inkubator

Kemudian, sebelah malam aku pergi lagi..kesian bila teringatkan Irsyad mesti lapar nak menyusu..Suka sangat bila lihat die menyusu..tapi tak lama dia mudah tidur..agak lewat, nurse di situ suruh aku balik ke bilik dan rehat..aku pun baliklah dan tidur sangat nyenyak malam tu..Sehinggakan keesokan harinya aku bangun lewat..huhu..

Kita sambung Episod 4..Bagi yang belum baca Episod 1 dan Episod 2, sila klik pada perkataan yang berwarna tu..

Kelahiran Anak Pertama : Episod 2

Aku telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama pada 24.5.2011. Bersalin awal 2 minggu lebih dari due date iaitu 11.6.2011..tapi kalau ikut kiraan cukup-cukup 9 bulan 10 hari..

Wajah-wajah irsyad pada hari pertamanya melihat dunia :)

24.5.2010 (Isnin) : Selepas selesai di bilik pembedahan..aku dihantar ke wad 2 bersama baby..pagi tu memang aku tak larat nak bangun langsung..selepas suami ku pulang ke rumah, aku tidur sehingga pelatih-pelatih datang nak cek kesihatan ibu-ibu & baby..barulah aku bangun..aduhh..terasa sakit sangat di kawasan luka jahitan..semasa aku tidur pun macam masuk dalam mimpi ngeri..terngiang-ngiang dan ngilu sakitnya..habis lencun katil bila aku bangun dari pembaringan..sisa-sisa darah ada lagi..aku pergi ke toilet membersihkan diri..dan aku minta tolong pelatih-pelatih tengokkan baby..

Semasa dalam toilet baru aku perasan perutku agak kempis sedikit kelihatan seperti belon berisi air tapi kendurrr...kalau dulu semasa mengandung seperti belon yang tegang dan padat..tapi sekarang kendur..aku berjalan pun slow..takut tergelincir ke ape ke..rahim ku pun tak kuat lagi..

Aku mandi ala kadar aje..1st time aku mandi baru perasan aku mandi air sejuk..aduhai..aku tak perasan ada air panas..huhuhu..nasib baik aku tak apa2..

Lepas aku mandi, pelatih-pelatih mengajar aku cara menyusukan bayi..buat pertama kali memang terasa kekok..aku bukak semua butang baju..hahaha..lawak betullah..amazing sebab baby terus menghisap..tak pelu di ajar..kebesaran Allah..walaupun susu tak keluar lagi..tapi, kena bagi juga sebab di awalan pengeluaran susu tu ada kolostrum..baik untuk antibodi baby..Hari ke4 kalau tak silap baru susu keluar..
Tengahari tu ramai gak yang datang melawat..mak & abah, mak & ayah mertua, famili maklang, famili pakitam...

Nasib baik aku ada kawan disebelah katil..aku takut duduk sorang-sorang..dia sehari awal masuk dari aku..tapi yang peliknya akak tu (aku bahasakan dia akak) jalan steady je..aku tryla tanya.."akak tak sakit ke?? laju je akak jalan??"...lepas tu akak tu menjawab.."akak bersalin anak ke 9..tak kena jahit, melicit sikit je"..oOOO patutlah..bestnyer kalau tak jahit..hebat akak tu dah anak ke 9..Aku bernasib baik akak tu ada, experience pun banyak..so, banyak gaklah tips-tips yang dia beri..tips rumahtangga, jaga anak,..akak tu memang suka bercerita..sampai terkebil-kebil mata aku yang tak cukup tidur mendengar ceritanya...Rupa-rupanya akak tu seorang tukang jahit profesional..die ada kedai jahitan sendiri..blazer pun die boleh buat..memang hebat akak ni..

Akak tu aku dah lupa namanya..dia jugalah yang menolong membersihkan najis Irsyad semasa dia b**rak kali pertama..memang susah nak bersihkan najis bayi yang baru lahir..sebab dia likat dan melekat pada kulit baby..aku tak larat nak bangun akibat luka jahitan yang terlampau (bagi aku)..Masa nak angkat baby ke pangkuan pun aku minta tolong akak tu angkatkan
ke atas pangkuan untuk menyusukan baby..terima kasih banyak akak.mane tau panjang umur kita berjumpa lagi..
Continue Episod 3

Klik Episod 1 bagi yang terlepas membacanya.. :)

Tuesday, February 22, 2011

Irsyad menuju ke 9 bulan

Tup-tup lagi 2 hari Irsyad masuk 9 bulan..tapi kesian Irsyad..pipi dia naik lagi merah-merah...apa yang Irsyad alah ni...kesian aku tengok tergaru-garu time tidur..aku risau kat taska irsyad alah dengan air dan condition udara kat situ...bilalah agaknya kulit irsyad nak kuat ni..huhuhu..masak bubur pun dah tak letak ayam lagi..takut punca-punca dari makan ayam..aku letak sayur brokoli & carrot je..tambah kismis sikit..

Tapi dalam dia gatal-gatal tu, Irsyad makin aktif..dah cuba-cuba merangkak..tapi tak bergerak lagi..just angkat-angkat punggung jer..bile penat sambung meniarap semula..duduk pun dah boleh..tapi kena letak bantal sekeliling die takut tiba-tiba je dia landing kepala dia kat lantai..mulut pun dah semakin bising merengek..eteh..eteh..bila nak sesuatu..

Lepas tu suka berpaut kat mana-mana ajer..kat badan ibu..ayah..walker..meja...tapi kena jaga-jaga belakang dia..sebab tak kukuh lagi dia berdiri. pernah sekali tu terjatuh masa berpaut pada walker..aduh..siannya..takpe..Irsyad tengah banyak belajar..semoga Irsyad cepat berjalan ye nak..mesti ibu lagi letih mengejar Irsyad pulak lepas ni.. :)

Sunday, February 20, 2011

Majlis Perkahwinan Fawwaz & Rifhan

Sabtu lepas...selepas Majlis Makan Malam Kelab INSTUN aku pergi jemputan kenduri kahwin rakan suamiku di Bangunan PKPS, Shah Alam..sian jugak kat Irsyad..sbb dia tak sihat..dah lah malam tadi tidur lewat...takpelah..mane tau pergi kenduri kawan ayah ni terus baik...
Sampai je di Grand Ballroom Wisma PKPS pengantin dah pun ada..Sangat handsome & cantik pasangan pengantin Fawwaz & Rifhan...Semoga jodoh korang berpanjangan....Paling best part makan sebab meriah sangat makanan dia..almaklumlah dari kuzie catering..Dato' Siti & Ning Baizura dulu menggunakan khidmat catering dari pak Engku ni..perjalanan majlis nampak tersusun dan cantik bertemakan hijau pucuk pisang...

irsyad dan ayah berposing

bersama pengantin..

bersama pasangan pengantin

sempat bergambar dengan Pak Engku

door gift kotak tu ayah & ibu punya..yang bunga tu irsyad punya..tapi ibu makan semua..hehehe

irsyad yang keletihan..

pengantin dulu jadi pengapit kami :)

Makan Malam Kelab INSTUN 2010/2011

18.2.2011.. Majlis Makan Malam kelab INSTUN 2011...tema 60an..pop yeh yeh gitu..ramai yang sporting mengikut tema..aku n famili gitu-gitu jer..Hmmm..majlis bermula dengan baik..cuma Irsyad tak sihat malam tu..demam + batuk + selsema....Irsyad masuk pertandingan bayi comel..malangnya tak menang..sebab ramai lagi yang comel kiut miut malam tu...tambahan pula pipi Irsyad naik semula dia punya ekzema..huhuhu..dengan hingusnya lagi...juri tak berminatlah..hehehe

Sebelum majlis lagi Irsyad buat spoil..dia b**rak..tapi takpelah..ada anak kecil..macam tulah..tapi Irsyad memang sporting malam tu walaupun dia demam..tapi sportingnya tak bertahan lama..sebab dah melepasi waktu tidurnya..dia terbatuk & muntah dengan banyak sekali...nasib baik aku bawa selimut..kalau tidak mahu satu baju aku dilimpahi dengan muntah Irsyad..mungkin dia tak tahan sejuk duduk dalam dewan tu...

Kami pun berangkat dan duduk di luar dewan...nasib baik ayah Irsyad dukung dan bawa Irsyad jalan-jalan sementara aku menanti keputusan cabutan nombor bertuah dan melihat persembahan bahagian ukur menari tarian naga..persembahan ukur bagi aku sangat sempoi dan menarik + kreatif..tapi juri tak kasi menang pun..huhuhu..sedih..Malam itu memang kurang best bagi aku..sebab..cabutan bertuah pun aku tak dapat..tapi oklah..dapat tengok gelagat semua orang...tapi kesian kat anakanda ku yang tak sihat tu...semoga Irsyad cepat sembuh...

hai..handsome tak saya??

Eh? kenapa tiba-tiba gelap ni??

ibu dan irsyad

ibu dan irsyad lagi


ayah dan irsyad

ayah dan irsyad lagi

Wednesday, February 16, 2011

Kelahiran Anak Pertama : Episod 1

My Due Date : 11.6.2010

21.5.2010
Last day aku bekerja sebelum bersalin sebab bercadang ambil cuti awal 3minggu dr tarikh bersalin
22.5.2010
Balik ke kampung Felda Tenang..sempat singgah ke kampung suami di Felda Keratong

23.5.2010
(pagi)
Pergi ke rumah pak Saudara di Felda Maokil..melawat anak buah cousin yang baru lahir..
Makan asam pedas yang tersangat pedas...

(petang)
Lepas tu singgah Bandar Labis beri barang-barang plastik untuk baby

(malam)
Pukul 11.oo malam selepas solat isyak terasa macam ada sesuatu mengalir keluar..
Cek tengok ada darah macam 1st day period..
Kebetulan ada PakLang & MakLang di rumah..bagitau MakLang & Mak pasal darah tu..
Diaorang cakap itu tanda-tanda nak bersalin
Tanda-tanda kontraksi mula terasa tapi dalam selang masa yang lama
Suami & abah ke klinik desa maklumkan keadaan aku
Jururawat Masyarakat (JM) tu suruh bawa ke hospital..

24.5.2010 : 12.30am
Abah, PakLang & Suami bawa aku ke Hospital Segamat dengan menaiki kereta PakLang.. Dalam kereta dah terasa kontraksi yang agak kerap, rasa macam senggugut..

24.5.2010 : 1.30am

Sampai je hospital, nurse cek bukaan baru 2cm..cek tekanan darah + cek berat + bla+bla+ last skali cek kontraksi tu paling tak tahan sebab rasa dah sakit sangat...doktor cek pun kontraksi dah kuat bila tengok pada graf..

Kena stay di wad 9 dulu sementara tunggu bukaan besar. JM kata dalam sejam akan terbuka 1 cm..So, kenalah tunggu dulu..

Suami menemani disisi..suasana di wad 9 agak gelap (semua tidur) tinggal aku ajer yang sedang berpeluh-peluh buat pernafasan woof-woof..menahan sakit..suami pun kadang-kadang terlelap..

24.5.2010 : 3.30am

kontraksi semakin kerap..aku dah tak boleh tahan, aku tepuk-tepuk badan suami agar panggil nurse kat depan..(ada ke nurse suruh berjalan ke depan)..then aku cakap dah sakit sangat baru nurse datang dan cek bukaan dan pun besar (aku pun tak tahu berapa cm masa tu)..berguling-guling aku menahan sakit (nasib baik tak menjerit-jerit macam dalam drama)..hehe

2 orang nurse angkat aku naik atas troli dan menyuruh aku mengiring ke sisi untuk mengurangkan rasa sakit..masa tu tuhan je yang tahu memang sakit sangat..mereka bawa aku ke bilik bersalin..suami mengiringi aku ke bilik bersalin

sampai je bilik bersalin semua yang on duty dah pun bersedia..dah tak sempat salin baju, kain batik pun aku bukak cepat-cepat dan redha je ape yang semua orang nak buat ke atas aku..suami turun memegang badanku..

Sampai masa kontraksi mereka menyuruh aku teran..berair-air mata aku teran..tak tahu betul ke tak cara aku meneran..akhirnya keluar kepala..suami aku dan nurse menjerit-jerit "teran lagi..teran lagi..kepala dah keluar"..aku yang agak kepenatan pun teran lagi tapi macam tak teran dan akhirnya keluarlah semua badan babyku itu...terasa panas bila nurse meletakkan baby ke atas perutku.."lelaki..." bisikku sambil tersenyum penat.."ikut muka abg"..kata dalam hatiku..alhamdulillah..selamat..tepat 4.05am anakku selamat di lahirkan..

aku tak nampak masa baby dibersihkan..kemudian suami bawa baby ke tepi untuk diazankan..Kemudian nurse tekan-tekan lagi perutku untuk mengelurkan uri..dan aku rasa macam kena seluk..aduh..tabah jelah..

tibe part paling tak seronok..sesi menjahit luka bersalin..sakitnya..memang tak ada bius..sebab aku rasa sakit dari awal sampai abis..habis lencun selimut hospital aku gigit menahan sakit..nurse tu kata daging aku lembut..susah nak jahit..lepas tu aku kena marah sebab masa jahit tu aku angkat-angkat punggung...yelah..sakit tau..dalam hati aku cepatlah habis..bestnya kalau aku pengsan masa ni..babay masa tu diletakkan dalam troli di sebelahku..untuk mengurangkan rasa sakit, aku tengok je baby kat sebelah..

dalam pukul 6.30am..sesi jahit menjahit dah settle..kemudian nurse yang jahit tu minta maaf kalau di berkasar kat aku..memang pun..tapi dah memang kerja dia..dia bagi aku air milo panas satu cawan dan minum guna straw mcm tiub..pergh..sekaligus je aku habiskan..penat weh mengalahkan lari marathon..lepas tu kena sign macam-macam..aku main sign aja..bahaya betul aku ni tak baca apa-apa..kemudian aku dihantar ke wad 2 kot..aku pun dah lupa..dalam bilik tu ada 2 katil aje..
Gambar aku bersama baby selepas bersalin 6.40am..suami aku yang snap pic ni..

Ok..stop setakat ini dulu..kita continue Episod 2

Monday, February 14, 2011

Terabas Ukur

Hari ini ramai cuti sebab esok cuti maulidurasul...So, ramailah yang sambung bercuti..tapi aku tak bercuti..sebab..kena mengajar untuk kursus penolong pegawai tanah di INSTUN (KPPT siri 1 2011). tajuk syarahan ---> Terabas..lamanya tak sentuh topik ni..sejak belajar dulu..nak kira latit dipat, koordinat, keluasan dengan menggunakan kalkulator saintifik..
So far, oklah..perjalanan kelas smooth..cuma aku banyak gak tergagap-gagap..malam tadi buat refreshing sikit sebab banyak benda dah lupa..Peserta kursus pun sporting..bila aku ajak kira guna borang latit dan dipat semua sama-sama kira..sangat cooperate..



Antara paparan slide syarahanku..

Friday, February 11, 2011

Aku bersyukur..alhamdulillah

Alhamdulillah..lega rasanya dan ucapan syukur yang tak sudah..akhirnya Encik Suami berjaya dalam interview SPP untuk jawatan DH41...Dia interview pada 1.12 2010 yang lepas dan result keluar hari ini...alhamdulillah..keputusannya berjaya!! Cuma surat penempatan belum tahu. Harap-haraplah dapat di sekitar Tanjung Malim ni.

Sebelum result ni keluar, hari-hari kami cek tengok samaada dah keluar keputusan atau belum..tak cukup dengan itu, siap call lagi pegawai SPP..pegawai SPP suruh tunggu 2 bulan dari tarikh interview..perghh memang jenuh menunggu..orang kata penantian satu penyeksaan.. Alhamdulillah..keputusannya berjaya.. :)

Tahniah kepada abang..kerja memolek lepas ni ye..

Thursday, February 10, 2011

Cara Mengatasi Stress

Stress bermula..semua orang merasai stress..stress datang pada bila-bila masa..Stress di tempat kerja..di rumah..kadangkala migrain menyerang bagi yang tidak dapat mengawal stress ini..

Ada tak cara untuk mengatasi stress ini??

Perlukah kita.....menjerit??


atau perlukah kita...menangis??

atau dengan makan ape yang kita nak makan akan hilang stress??

atau aku tidur je..tak payah pikir..tapi..bile bangun tidur terasa lagi..huhuhu


Hmmm...boleh selesaikan masalah stress ke kalau aku lakukan semua perkara di atas itu?? Mungkin hilang sekejap aje...sebab..itu bukanlah cara yang terbaik untuk mengatasinya..

Bila kita fikir-fikir semula..fikir baik-baik dengan rasional...mungkin...masalah yang datang itu adalah ujian dari Allah..mungkin selama ini juga kita lalai dan leka kepadaNya..asyik mengejar duniawi...ingat kepadaNya bila waktu solat aje..dan itupun jarang khusyuk...jadi cara terbaik untuk menghilangkan stress ialah -->


mendekatkan diri pada Allah..memohon keampunan kepadaNya..dengan hati yang ikhlas..bersih..

membaca ayat suci Al-Quran...Insya'Allah kita akan merasai ketenangan yang kita cari..jadikanlah ia amalan seharian kita..peringatan untuk diri ini juga..

Tuesday, February 8, 2011

Tips Kurangkan Berat Badan - Part 2

Diet lagi?? Ya aku mesti kembali turunkan berat badan yang semakin naik ini..Selepas Irsyad dah besar sikit ni, aku rasa senang hati sikit..nak makan sempat aje..dulu nak makan macam tak menyempat..di office pun aku akan bawa bekal untuk mengonyel..duduk depan PC kerjanya nak menyumbat aje mulut ni dengan makanan...biskutlah..coklatlah..rotilah..Nah!! berat badan naik semula..Seluar pun banyak yang dah ketat..seluar yang paling aku suka pun dah ketat..uwa!!!!!So, aku kenalah berdiet semula..

Sebelum ini, aku ada post satu tips cara-cara untuk mengurangkan berat badan..boleh ke aku apply semula tips2 yang aku tulis dulu...mungkin ada yang boleh dan ada yang tak boleh..sebab ada sedikit kekangan bila dah ada anak ni..contohnya kalau nak pergi ke gym tu dah tak sempat kot..kalau Irsyad dah pandai jalan tu bolehlah..Herba Kencana pun dah 2 bulan aku tinggalkan..Buat masa terdekat ni apa yang boleh aku buat ialah :-

1) Berpuasa
2) Tidak makan berat pada waktu malam
3) Kurangkan jumlah pengambilan nasi
4) Minum air masak banyak
5) Kurangkan makanan berminyak +berlemak + minuman bergas
6) Buat senaman aerobik kalau sempat bersama-sama Irsyad..hehehe
7) Senaman ketuk ketampi

Harap-harap hujung bulan ni ada perubahan dengan berat badan aku...2/2/2011 hari tu cek 55.5kg...target aku nak 53 kg pun ok..dan yang paling penting...seluar-seluarku tak ketat lagi.. :)

Monday, February 7, 2011

Ganti Puasa

Aku puasa hari ini..target bulan ini nak puasa ganti 5 hari..
(melibatkan hari Isnin & Khamis aje)..hari ini harap2 berjaya..
dugaan sungguh berpuasa di bukan bulan Ramadhan ni..sebab orang di sekeliling semua makan..
kedai-kedai semua memaparkan menu-menu yang cukup menyelerakan..
tengok jajan2 di atas meja rasa nak ambil makan jer..fuhh!! sabar..sabar..sabar..
Lepas tu sambung lagi 3 hari untuk bulan Mac..
bila dah habis ganti legalah aku tak payah kalut2 nak puasa dekat2 Ramadhan nanti..
boleh topup dengan puasa sunat pulak..
Insya'Allah..

Ngantuknya saya..zzzZZZ

Computer Based Training (CBT)

Computer Based Training (CBT)...telah bermula di INSTUN...
bertujuan untuk memudahkan para peserta kursus melihat pengenalan tajuk2 kursus yang akan mereka hadiri di INSTUN.
Pada awalnya wakil setiap bahagian akan diberi kursus bagaimana cara2 untuk membina modul pembelajaran dengan menggunakan perisian Lecture Maker (LM)..
Setelah mahir, kami diberi tugas untuk menyiapkan tugasan satu tajuk berkenaan dengan bidang masing2..
Aku telah memilih tajuk Pengenalan Kepada GIS..
agak sukar bermain dengan LM ni..tapi aku buat juga sekadar mampu..
ia banyak bermain dengan gambar..recording suara..
(terpaksa guna suara aku yang bersuara based ni)..
Actually..assingment ni telah dihantar kepada pakar dalam LM iaitu Mr Kelvin..
kerja2 aku itu sedang dinilai..tak tahulah ia diterima atau tidak..yang penting dah beres...
tapi harap2 diterimalah walaupun tak seberapa..

Ini adalah paramuka Perisian Lecture Maker

Salah satu paparan bile run program..ok ke? ok je lah..

Tuesday, February 1, 2011

Majlis Perkahwinan Azah & Fikri

Hari Krismas yang lalu iaitu 25 Disember 2010 adik aku Azah a.k.a Siti telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Dzulfikri...pernikahan & persandingan diadakan pada hari yang sama..tema warna adalah warna pink..Semoga korang berbahagia dan cepat-cepat menimang cahaya mata :)
and..lets enjoy the photos :---->

kaler Cyan ni tema dari rumah pengantin lelaki

bersama barang hantaran untuk pengantin lelaki

persalinan pengantin

tema pink..

bersama Irsyad pun pakai pink gaks hehe..

tinggal 2 orang lagi yang belum kahwin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width