Monday, February 28, 2011

Kelahiran Anak Pertama : Episod 5

27.5.2010:Khamis

Pagi tu aku didatangi nurse untuk explain mengenai Breasfeeding...Ya Allah mengantuknya aku mendengar explaination diaorg..tp aku tabah je buat-buat dengar...nasib baik aku tidak mempunyai masalah untuk menyusukan bayi..kesian rakan di sebelah katilku tiada puting..anaknya menangis kehausan dan tercari-cari puting..nurse lebihkan masa mengajar dia..dapatlah aku berehat semula...

Sebelum tengahari aku mendapat berita yang menggembirakan.."Semua yang ada kat bilik ni boleh balik"..Alhamdulillah...perkataan ini yang kutunggu-tunggu..Apalagi aku terus call suamiku suruh datang bawa kami pulang..lalalaa..

Sampai je suami dan mak abahku, waktu juga perut aku terasa ingin membuang air besar..almaklumlah sejak aku duduk di hospital, aku tak membuang lagi..aduhai..cuaknyer la hai..bayangkan..ngerinya + sembelit + luka jahitan sampai tempat tuttt..mane tak cuak nak membuang...dalam setengah jam aku tak keluar-keluar dari toilet...last-last..berjaya juga..hilang segala berat di kepala..fuhhh..Suami ku terkejut lihat mataku tiba-tiba merah selepas membuang..mungkin sebab meneran @ tak cukup tidur? merah macam luka berdarah..
aku pun dah risau..nasib baiklah keesokan harinya dah nampak pudar..

Aku pun bersiap-siaplah balik lepas itu..bersalam-salam dengan rakan-rakan sebelah katil..sempat juga aku makan bubur kacang panas-panas..yang hospital sediakan..Aku naik dengan suamiku sambil memangku baby..abah & emakku naik kereta lagi satu..

Begitulah corat-coret kisah aku melahirkan irsyad di hospital..lama betul duduk hospital..lepas ni duduk berpantang di rumah...startlah berurut + pilis + param + bertungku dan sebagainya...
Sekian berakhirlah kisah ini..
Terima kasih kerana mengikuti episod ini sampai habis :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width