Thursday, February 24, 2011

Kelahiran Anak Pertama : Episod 4

26.5.2010:Rabu

Aku bangun lewat hari ini..dek tiada gangguan tangisan baby yang ingin disusukan..aku mendapat tidur yang cukup berkualiti..hehehe..tapi lepas tu aku kelam kabut mandi sebab tak sabar-sabar nak lihat Irsyad dan mengetahui keputusan bacaan jaundisnya....
Sebelum pergi tu akak disebelah katilku bgtau dia dah boleh keluar..bacaan jaundis anaknya dah ok...dan..aku dapat geng baru..rupa-rupanya aku bersalin same time ng dia pada pagi 24.5.2010 lepas...
Hampa..bacaan Irsyad masih lagi tidak melepasi graf yang membolehkan kami balik rumah..Oh tidak..bermalam di hospital lagi nampaknya...Petang tu kami pindah wad lagi..Wad 1 kalau tak silap..kali ini, baby bersama ibu duduk sekali dan ada inkubator..so, ibu pulak kena take part jaga baby time kena jemur..so senanglah nak bagi susu ke ape ke..Katil kat wad ni kecil sikit..agak tidak selesa..duduk pun beramai-ramai..kiranya dalam wad tu adalah untuk ibu-ibu bersama bayi yang ada jaundis..ibu yang bersalinkan bayi pramatang pun duduk sekali..tapi bayinya kat bilik lain..Dah 3 Wad aku duduk..hebatkan..huhuhu

Bermalam di Wad 1...Irsyad susah nak tidur..baru aje nak letakkan dalam inkubator dia menangis..bila angkat dan dodoi die tertidur semula..bila nak letak lagi die terus menangis..aduhai anakku..mata ibu dah mengantuk...lepas tu kalau Irsyad tak dijemurkan bilalah nak elok..lamalah kita dok hospital..rintih hatiku..dah dekat nak pagi..barulah Irsyad betul-betul lena...dan aku jemurkan dia...sekali dengan aku terjemur dan tertidur..zzzzZZZZ
Continue Episod 5 (last episod aku di hospital)
Yang terlepas Episod 1, Episod 2, Episod 3..klik lah yer.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width