Thursday, March 31, 2011

Tahniah Kepada Sahabatku

Tahniah kepada sahabatku Faizah Binti Abdul Rahman kerana.....bakal menjadi ibu tak lama lagi..kalau mengikut kiraan mungkin hujung tahun ni akan menimang cahaya mata..seronoknya..pesanan aku untuk dia :-

- jangan buat kerja berat-berat

- jangan tension-tension

- jangan lupa makan ubat


    Mesti En Firdaus (suaminya) orang yang paling gembira sekali..alhamdulillah setelah setahun menanti, akhirnya berjaya juga..bersyukur kepada Allah Yang Esa di atas berita yang gembira ini..


    Wednesday, March 30, 2011

    Menghantar Ayah Irsyad ke LCCT

    Susahnyer nak start mula entry ni...tapi cerita ni keluar setelah ditapis dan diringkaskan supaya menjadi padat dan senang nak baca..


    23.3.2011Rabu

    Aku kerja macam biasa, abang pergi Putrajaya lapor diri..sebelum pergi aku dah pesan.."abang trylah cari orang Sabah yang dapat kat semenanjung..boleh tukar suka sama suka"..dengan harapan bolehla suamiku tak payah pergi ke Sabah nun..tapi bila kat sana suamiku kol bagitahu susah nak cari orang tukar suka sama suka, sebab kena cari fakulti yang sama..aduhai..kadang-kadang geram pulak aku dengan KPTM & SPP yang menguruskan bahagian pengambilan ni..kan dah tau profile seseorang tu samaada dah berkahwin ke bujang ke..be rasional la kalau nak letak diaorang..lagi-lagi suami aku yang dapat kat Sabah tu..

    Masa taklimat suamiku bgtahu diaorang dah mention awal-awal bagi siapa-siapa yang ingin membuat pertukaran, automatik namanya akan jadi calon simpanan..tak ke naya tu seakan menggugut pun ada..nak kata malas buat kerja pun ada..

    Malam tu aku packing barang-barang suami dan juga sedikit barang-barang aku & irsyad sebab rancang nak tidur rumah along (akak suami)..Dekat sikit nak ke LCCT sebab rumah along dekat Meru, Klang..Malam kami bertolak dengan menaiki keretaku..sebab senang aku nak bawa balik.


    irsyad sebok tolong packing barang ayah


    24.3.2011Khamis

    Aku cuti hari ini. Kami bercadang bertolak pukul 5.30am sebab Air Asia kena datang awal, kalau tak kena tinggallah jawabnya. Mak mertuaku banguan paling awal pagi tu, dia buat sarapan kuewtiow goreng..manakala kami bersiap-siap..nasib baik irsyad mood baik..aku just lap-lap je badan irsyad dalam dia nagnatuk-ngantuk tu..

    Kami bertolak pukul 5.45am..agak lewat jugalah..kebetulan hujan lebat..aku dapat agak lewat sampai ni..cuak pun ada..suamiku drive agak laju..kami pergi dengan dua kereta..satu lagi kereta pakcu. Mak & ayah mertua naik kereta dengan pakcu. Bila dah sampai ke simpang Terminal LCC tu suami ku tak masuk lorong dan terus ke KLIA..masa tu dah pukul 7.10am..nak u-turn semula dah jauh..kami redha je kalau terlepas..Bila dah u-turn semula, sampailah kami di LCCT..tapi seperti yang dijangka..terlepas sudah..last pukul 7.15am..kami sampai di LCCT pukul 7.30am..

    So, burn sajalah ticket yang dah dibooking..RM250++ Suamiku beli ticket baru..RM401 jam 9.20am..terbang macam tu jelah duit..bila nak tambah barang kena lagi RM100..Total RM500..Nak jadikan cerita malang hari itu..bila dah check in & simpan luggage, timbang-timbang terlebih berat 13kg..bila dah kat belah dalam tu dia cas 1 kg=RM30..so kalau 13kg x30 = RM390..duit lagi..hish..biar betul Air Asia ni..nak keluar balik tambah duit kat kaunter dah tak boleh..suamiku puas tanya kaunter takda cara lain ke?lepas tu carier bag tak boleh 2, kebetulan suamiku bawa beg laptop sandang tepi dan beg blakang..pihak Air Asia tak benarkan..kalau letak lagi 1 beg bertambah lagi berat yang terlebih..aduhai...nak tak nak bayar jelah abang..

    Tapi...last-last..nasib baik ada hamba Allah yang baik hati..caranya begini : suami cari penumpang yang nak ke Sabah tanpa luggage, so tumpang luggage atas nama dia..aku pun tak berapa faham macamane diaorang arrange kan bende tu..yang penting dah settle..tak payahla nak bayar RM390++ tu..bila pikir-pikir geram pulak dengan Air Asia ni..nama jer tambang murah..tapi yang lebih cas nyer kita tak nampak..cas barang terutamanya..ini kali pertama..lepas ni pilih MAS jelah lagi puas hati..kalau banyak barangla..tp kalau takde luggage better amik Air Asia & booking awal & datanglah awal sejam..kalau tak kena tinggalla macam suamiku..

    Bila dah settle semua, kami ambil gambar sekejap..salam-salam..lepas tu suamiku terus ke balai berlepas..isk!isk! sodehnyer...nak babai dah tak nampak..jadi, aku mengambil keputusan untuk terus balik..Kami singgah rumah along dulu dan lepas zohor baru pulang semula ke tanjung malim...the end


    *Kalau ikutkan banyak lagi onak & ranjau berduri cerita di hari kejadian..tapi biarlah disimpan jadi kenangan..kalau dah tak ingat pun takpe..

    gambar irsyad bersama ayah sebelum ayah berangkat ke Sabah


    famili mertua turut sama menghantar suamiku


    irsyad & sepupunya qalesya


    famili mertua dah nak balik..dari Tg malim ke Klang dan Felda Keratong


    gambar terbaru irsyad ni ayah!!

    Monday, March 28, 2011

    Irsyad with his train



    Irsyad memang teruja dengan benda-benda bergerak..automatik tangan dan kakinya akan turut bergerak sama..Jadi ayahnya membelikan train untuk irsyad sebab nak tengok reaksi dia..1 st time bukak, inilah reaksi die, macam dalam video tu..suka tapi takut..macam tengok kucing..suka tengok sampai menjerit-jerit..tapi bila kucing tu datang dia lari balik pada kita..hehehe..


    Tapi lama-lama main dengan train tu irsyad dah tak takut..train tu datang je kat die, irsyad terus tolak & tergoleklah train tu..tak taulah berapa lama boleh bertahan..

    Kembalilah Wahai Semangat

    Insya'Allah 2 3 minggu lagi aku oklah kot...tapi mood masih lagi merundum kesunyian, kerinduan, kesedihan...lebih-lebih lagi kalau tinggal berdua je dengan irsyad..selepas hantar suamiku di LCCT ibu mertuaku duduk sekejap rumahku dalam 2 hari..sabtu dah balik..kemudian sabtu & ahad adikku nong dan kawannya alifah datang..terhibur sikit hati kami..kalau kami tinggal berdua (aku & irsyad),dia tak mau tinggal sorang-sorang..pantang aku angkat punggung mesti nak ikut & merengek..aduhai..


    Ayah irsyad kat sane lagilah kesian..dengan suasana baru..kawan-kawan pun tak jumpa lagi..mungkin bile ayah dah sibuk dan jumpa kawan-kawan baru semua ok kot..Almaklumlah kat Politeknik sekarang musim study week..lepas tu semester break..ramailah yang cuti agaknya..nasib baiklah ada En Zan yang pinjamkan motor pada suamiku..terima kasih En Zan..walaupun aku tak kenal beliau..hehehe


    Apapun aku nak masukkan gambar ni supaya ayah irsyad dapat tengok dan lepas rindu.. :)








    Harap abang kerja memolek ye kat sana..cuti semester break ni bolehla balik ..hehehe..rajin-rajinkanlah tengok air asia..hehehe..hujung bulan 4 ni ada tiket promo..

    Friday, March 25, 2011

    Kepala ku Weng-weng


    Kepala ku weng-weng sekarang ni..nak buat kerja memang dah takde mood..asyik memikirkan keadaan suami di Sabah...kesian kat dia sorang-sorang kat sana...kenderaan tak de..tempat tinggal tercari-cari lagi..harap-haraplah ada orang yang sudi membantu..rasanya nak je terbang pergi teman dia kat sana..

    Kesian kat diri aku gak..seorang diri menjaga irsyad dan menguruskan hal keluarga..kenapalah kami berjauhan..bilalah agaknya dapat tinggal sama..

    Lagi kesian kat irsyad...mungkin sekarang dia masih tak faham..dan nasib baik jugalah dia tak pandai lagi bercakap dan meminta-minta..kalau tak, sure lagi meleleh kalau dia tercari-cari ayahnya...

    Tambahan pula 2 orang rakan seksyen ku akan bertukar dari INSTUN..mood suasana kerja bertukar menjadi sedikit hiba..sob!sob!


    *Entry menghantar ayah irsyad ke KK akan di update lepas ini..

    Wednesday, March 23, 2011

    Untuk Tatapan Ayah Irsyad

    Sajer tempek gambar irsyad ni..bila ayah dia rindu nanti...biar dia buka blog ibu dia..dan tengok gambar-gambar irsyad...

    Untuk tatapan ayah irsyad :)

    Esok Cuti Rehat Lagi

    Esok aku ambil cuti rehat lagi..So bulan ni 2 kali cuti rehat..esok aku nak hantar suami ke LCCT..dia akan berangkat ke Politeknik Kota Kinabalu naik Air Asia..Hari ini dia pergi lapor diri ke Putrajaya sebagai DH41..ye ker ni nak jadi penjawat awam??try ur bestlah yer suamiku..1st time mengajar orang...jauh pulak tu dari keluarga..tapi takpelah..internet ada..handphone ada..calling2lah yer nanti..jangan sedih-sedih..yang penting tiap-tiap bulan balik..hehehe

    Tapi..nampak gayanya susah nak dapat tukar..tunggu 3 hingga 5 tahun baru boleh..hmm...perlu tak aku ikut g sana??aduhai..dilema dibuatnya..dah syok kerja di sini...aman..tenang sekali.. :)

    Tahun ni macam-macam benda tak dirancang berlaku..mungkin juga aku akan mengikuti suami pindah ke sana..best jugak sesekali ke tempat orang..kata orang jauh perjalanan luas pandangan..memang susah nak lepaskan tempat duduk yang dah selesa..apatah lagi bila dapat tahu bakal bos di Sabah jenis straight orangnya..hmmm..tak kisahlah..belum cuba belum tahu....Aku just ikut flow jer dulu..layankan jer apa yang berlaku..bila dah suami bagi kata putus pindah..jeng-jeng-jeng..waktu tu lah baru buat surat..huhuhu..

    Bila agaknya kita dapat betul-betul duduk sama-sama..tempat kerja pun dekat..

    Saturday, March 19, 2011

    Man Menang Raja Lawak Musim Ke-5

    Raja Lawak Musim ke-5 telah di menangi oleh..Man..baru puas hati..aku memang vote Man..tapi vote feveret sebagai penonton..tak sms pun..hehehe..Tempat ke-2 jatuh kepada R2 dan ke-3 BALAS...Juara dapat 100 ribu tu...bestnyer...tahniahla kepada Man..lepas ni glemerlah...show sana sini...muka man memang lawak..tengok muka pun dah nak gelak apatah lagi lawaknye...paling aku suke dia tiru gaya eric tu..


    Aku tak tau pun siaran langsung Raja Lawak di SACC Mall..Padahal kami di area Shah Alam semalam..aduhai...lagipun terlaksa balik cepat sebelum pukul 5..anak kat Taska..hehe..

    Thursday, March 17, 2011

    Esok Cuti Rehat

    Esok aku mengambil cuti rehat..bukan sebab nak pergi bercuti membawa anak-anak berjalan..almaklumlah cuti sekolah..tapi bercuti sebab nak membeli barang-barang suamiku untuk ke Kota Kinabalu next week..


    Kami pergi pada hari bekerja kerana tidak perlu membawa irsyad..bukan kerana dia menyebok atau mengganggu kami membeli..tapi kami kena beli kesemua barang dalam list pada hari esok..jadi, kami mengejar masa untuk membeli kesemua barang-barang keperluan hanya dalam beberapa jam....dan balik sebelum pukul 5.oopm..next week dah tak sempat sebab aku dah sebok dengan kursusku..

    Irsyad duduk baik-baik kat taska ye...anggap je ibu pergi kerja macam biasa..sabtu dan ahad ibu ngan ayah bawa irsyad pergi jalan-jalan pulak.. :)

    Antara barang yang nak beli:-
    kemeja long & short sleeves, singlet, tie, kasut kerja, sport shoes, seluar slack & track, stokin, & bla-bla-bla...botol susu irsyad termasuk sekali..hehehe..
    Hope planning menjadilah...

    Kursus UP05/11 Pengenalan Kepada GIS

    Kursus Up05/11 akan bermula Selasa minggu depan (22.3.2011 hingga 25.3.2011)..bermulalah kursus pertama untuk tahun ini..persedian macam biasa..inilah tugas hakiki sejak aku masuk kerja di sini..mengendalikan kursus..memberi ceramah + latihamal...paling best kalau dapat mengajar di luar kawasan INSTUN..sambil mengajar dapat jalan-jalan sekali..biasanya kursus yang ada latihamal kitaorang akan buat amali di luar kawasan INSTUN.

    senarai peserta yang dah register menggunakan espek

    Peserta kursus semua dah cukup..penceramah semua..penceramah terdiri darpada penceramah INSTUN, MaCGDI, JUPEM dan termasuk daripada Institut Integriti Malaysia..Hope semuanya berjalan lancar..

    Wednesday, March 16, 2011

    Menu Nasi Ayam Penyet

    Dah lama aku teringin nak merasa makan nasi ayam penyet...kalau nampak iklan kat kedai-kedai mesti aku rasa nak try makan..macamana rupa menu dia..bahan-bahan dia..apa yang dinamakan penyet tu..akhirnya..dapatlah aku makan nasi ayam penyet tanpa dirancang...

    Kami tersinggah di kedai Arafat kalau tak silap..iklan nasi ayam penyet memang besar terpampang kat kedai ni..so, nama kedai ni pun aku panggil nasi ayam penyet je lah..Kebetulan aku beli ubat demam irsyad aritu dekat-dekat lunch hour..so, aku dan suami terus singgah makan di situ..

    jemput makan semua...

    Setelah makanan dihidangkan...jeng-jeng-jeng...oOOOOO macam tu rupanya nasi ayam penyet...dia macam nasi ayam biasa jer..cuma ada tambahan menu sikit..kalau macam kat kedai ni die ada tempe + tauhu + ala-ala sambal belacan..yang lain-lain tu macam biasa salad, tomato..nasi dia kita boleh pilih, nak nasi goreng atau putih...ayam dia pulak ayam berempah..dan lagi satu sup..bagi aku oklah..menyelerakan juga..licin aku makan..hehehe..

    So, bolehlah makan lagi lepas ni..sebab best..siapa yang nak try bolehla try..kedai dia sebaris Poliklinik Shifa, Tanjung Malim.

    Tuesday, March 15, 2011

    Check up bulanan Irsyad

    14/3/2011 (isnin) lepas pergi ke Klinik Desa Behrang Ulu for Irsyad monthly checkup..his weight is 8.2kg..oklah..kira semangat jugalah nak dukung..hehehe..kebetulan irsyad demam + batuk + selsema hari tu..aku pun tumbang timbang sekali..mak aiii..56kg..heheh..makin naik oiii..lepas ni kena la work harder untuk menurunkan berat badan..sebab dah bli VCO tu..

    gambar-gambar irsyad dan hawa semasa checkup di klinik..
    kebetulan pergi pada masa yang sama
    Lepas checkup aku hantar irsyad ke taska semula dan ke tanjung malim untuk beli ubat demam+batuk+selsema irsyad..nak bawa dia ke tanjung malim macam kesian sebab cuaca panas..

    Setakat ni irsyad just makan biskut heinz..bubur campur sayur carot + brokoli...susu pula minum enfalac A+..susu badan sudak tarak..huhuhu..dah try susu lain tapi rashes die naik..huhuhu..lepas setahun bertukar enfakid n enfagrow..harga pun dah turun sikit..oklah tu..lagi 9 hari irsyad nak masuk 10 bulan..kejap jer kan..genap irsyad 10 bulan jugaklah ayah irsyad akan berangkat ke Kota Kinabalu..nanti akan aku buat entry khas untuk itu..sekarang cerita pasal irsyad dulu..

    Irsyad semakin aktif dan lincah..dalam kereta pun dah tak reti diam..jenuh bila time balik kampung..dok melayan dia jelah..lega bila time die tidur..sekarang memang panjang akalnyer..ada jer aktiviti nak di buat..tapi ada beberapa perkara irsyad ni aku lihat lain dari bayi seumurnya..die jarang memasukkan barang-barang terus masuk ke mulutnya..die akan main-main dulu..lagi satu irsyad ni kuat menjerit..bila ada sesuatu yang menarik perhatiannya..pasti dia jerit..aduhai..ibu suka itu!! ceria anak ibu ni..irsyad sangat suka senyum..bila hantar kat taska pun dia senyum tersengi-sengih walaupun dia pegang ibu kuat seolah-olah tak mau pergi pada kak wati (pengasuh)..apapun..irsyad memang anak yang baik..puji anak gituww.. :)

    Monday, March 14, 2011

    Virgin Coconut Oil (VCO)

    Aku telah diperkenalkan dengan produk Catalyst VCO ni daripada kawanku Ieja..kawan masa belajar di UiTM Arau dulu..die tag aku dalam facebook untuk gambar-gambar VCO ni..bila aku baca testimoni-testimoni pengguna amat memberangsangkan..antara testimoni yang membuatkan paling aku teruja nak membeli ialah --> muka tidak berminyak setelah beberapa minggu menggunakannya..So, aku trylah order..satu jer..kalau ikutkan sepatutnya dua baru ok sebab sekali untuk makan dan sapu di muka..bulan ni aku kena berbudget..jadi..aku beli satu je dulu..memang banyak kelebihan bila baca pada pamplet yang diberikan..kira bagus produk ni..bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran..


    Aku start makan catalyst VCO ni bermula pada 10/3/2011..Baru je lagi..dalam 5 hari perubahan yang dapat aku rasa ialah..aku tak mudah lapar..kalau sebelum ni, walaupun dah breakfast sebelum masuk office, pukul 9am ataupun pukul 11am mesti aku makan kudap-kudapan..atau mengonyel sesuatu samabil mengadap PC..aku memang sentiasa bawa makanan ke office seperti biskut, coklat & roti..dan sekarang aku rasa kurang bernafsu untuk itu semua...
    Selain daripada itu, aku kurang rasa letih & mengantuk..almaklumlah..bila ada anak kecil ni tidur memang tak cukup..so far, aku nampak perubahan pada diri aku agak cergas dan jarang mengantuk..kalau sebelum ni sempat gak aku terlelap kejap kat office..hihihihi

    Apa lagi ek..part yang paling best ialah..proses penyahtinjaan aku berjalan sangat lancar dan smooth..hehehe (buang air besar la..)..boleh dikatakan hari-hari aku membuang dan takder sembelit-sembelit lagi..sebelum ni aku ada gak mengalami kesukaran nak membuang selepas bersalin (najis keras)..sekarang ok..smoothhh jer....hehehe

    Boleh dikatakan promote gak ni...setakat 5 hari dah aku guna, ini ajelah testimoni aku..perubahan di muka mungkin takde lagi..sebab aku belum start lagi sapu di muka..just makan sekali waktu pagi dan sekali pada waktu malam..Hmm..harap-harap wajahku nanati menunjukkan perubahan positif.. :)

    Tsunami di Jepun

    Tsunami lagi!!! kini di Jepun..pada 8.9 skala ricther..harta & nyawa banyak yang hancur musnah..di katakan paling teruk..ombak setinggi 10 meter melanda kawasan tertentu..memang dasyat..Setinggi mana teknologi dan kecanggihan bangunan di negara itu..namun tiada siapa dapat melawat kuasa Allah...

    Semua ini ketentuan Allah..Setiap kejadian yang berlaku adalah ketentuan Allah..seperti ayat di dalam Al-Quran..kun fayakun..apabila Allah mengkehendakkan sesuatu perkata itu berlaku..maka berlakulah..Semuanya perancangan Allah..

    Kita sebagai penghuni bumi Allah ini seharusnya banyak bersyukur keatas nikmat dunia yang Allah berikan..Ya Allah jauhkanlah kami dari kebinasaan...mungkin ini adalah salah satu petunjuk kepada kita agar manusia insaf dan perbaiki kesilapan diri kita..

    klik di sini untuk lihat gambar-gambar tsunami di Jepun.

    Thursday, March 10, 2011

    Seksanya bila tak ada air

    Panik!!! air tak ada...satu-satunya sumber asas yang paling penting tak ada...dah dua malam ni....betapa seksanya...start malam semalam air dah tak ada rupanya..tapi ramai yang tak tahu...pagi tadi terpaksa mandi di toilet office bersama midah..kuarters kami memang terus kering..tanda-tanda air kecil sekejap je..lepas tu terus kering...kuarters lain masih boleh tadah lagi..aduhai...nasib baik cik abang ada..dialah berulang alik ke surau mengangkut air...hantar kat taska sekali untuk irsyad..

    Petang tadi ada announcement mengatakan 6 petang air dah ada..tapi....kering lagi..oh no!!!dah lah aku per**d 1st day..Kursus-kursus di INSTUN pun diarahkan tutup hari ini..kalau ikutkan esok..kesian peserta kursus..terpaksa mandi di surau...yang lelaki ada yang berceboorrr mandi kolam..huhuhu..sadis..

    Nampaknya esok balik kampunglah jawabnyer...harap-harap pagi esok dah ada air..sumber mengatakan tangki tak penuh lagi..sebab itu kat rumah still tak ada air...almaklumlah kawasan tinggi ..lambat air nak naik kot..hehehe..
    Oklah..nak pack barang balik kampung...Felda Tenang & Keratong..lalalala.
    Hope sok dah adolah ayor!!!nak mandi dengan puas...

    Monday, March 7, 2011

    Irsyad berjaya merangkak ke depan

    Akhirnya..berjaya juga irsyad merangkak ke depan..kelepek..kelepek..satu persatu menapak dengan tapak tangan nyer..jatuh-jatuh juga..bila penat..terus meniarap..aku baru perasan bila suamiku pangggil suruh tengok irsyad merangkak..wah..sukernyer...5.3.2011 tarikh irsyad berjaya merangkak ke depan..kira-kira dalam 9 bulan 9 hari...baru leh merangkak..sebelum ni angkat-angkat punggung jer..xpelah irsyad..lambat-lambat pun takper..asalkan ibu dapat lihat perubahan irsyad.. :) gigi irsyad pun tak tumbuh lagi..hehehe..tak sabar nak tengok irsyad tumbuh gigi..hensem ke tak ek??


    kat bawah ni video hari pertama irsyad merangkak :) --->


    Hai semua..inilah tempat yang paling saya suka :)..terima kasih ibu sebab tampal gambar kereta ni..

    sukanyer saya mandi kolam

    Thursday, March 3, 2011

    Sad Mode (~.~)

    ~silent~

    my heart is melting..

    easy to touch..i'm crying..and sometime moody..

    very-very sensitive for this moment

    don't ever asking about some sensitive word

    like wanna eat and pound somebody

    but who? isk!isk!..

    Tuesday, March 1, 2011

    Seminar "How To Create Interactive Course Rapidly"

    Hari ni aku g Seminar di UPM..bertajuk..(seperti tajuk di atas)..tapi bila dah masuk dewan..lebih kepada promote Software Raptivity..tapi oklah..quiet good 4 those yang mengajar..seperti lecturer & teacher..kebetulan aku pernah menggunakannya sebelum ini semasa berkursus Lecture Maker di INSTUN..

    Sayangnya aku tak apply dalam slide CBT yang aku buat baru-baru ini..rugi betul.. a little bit advance..tapi sayang tak guna..mane tau lepas ni boleh edit..menarik bila apply untuk buat kuiz guna Software Raptivity ni..INSTUN ada 2 licenced Sofware ni...satu dalam Studio dan satu lagi di Bahagian Teknologi Maklumat (TM) ..harap-harap lepas ni TM tambah lagi Sofware ni memandangkan dapat less bagi siapa yang pergi seminar semalam..

    Seminar tu tamat dalam pukul 12.oopm..yang bestnya kami singgah Kilang Coklat Berly's di Seri Kembangan..alang-alang dah dekat...dapatlah beli tiga peket coklat..the best coklat ever is..Tiramisu in blue packaging...dalam die white coklat + almond..lagi 2 aku bli tiramisu milk chocolate ( sampul merah) dan aku bli yang reject coklat + mint..puas hati..yang aku suka dapat dibeli semalam..susah nak dapat coklat ni..di pasaraya besar-besar & borong je ada rasanya..hope dapat pergi ke sini lagi..hehehe..harap-harap juga pihak pengurusan & marketing Beryl's dapat separate coklat-coklat diaorang kat semua kedai..senang aku nak bli..hehehe..
    sempat bergambar..say cheeseeee!!!

    aku jadi addictive coklat sejak 1st time rasa coklat ni..memang kalahlah coklat lain.. ;)

    Surat Daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

    Balik-balik aje dari Seminar di UPM, setibanya di office aku lihat ada sepucuk surat dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM). Memang surat ini yang ditunggu-tunggu..Surat report duty & posting suamiku...bila buka aje..nah!!! Politeknik Kota Kinabalu di Sabah!!! terkedu seketika...hmmm..dalam kepala memang pikir suruh tukar..tapi dalam surat tu dah mention awal-awal "penempatan Tuan/Puan adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran penempatan adalah tidak dibenarkan"...so, how? terpaksalah tabah..again n again..aku pujuk hati..takpelah..pergilah dalam setahun..lepas tu mana tau dapat tukar...officemate pun cakap macam tu..orang kata, jauh perjalanan luas pandangan..mungkin ada hikmahnya suamiku ditempatkan di situ..

    En Rostam (officemate seniorku) ada bagi advice sikit..Begini citernyr..eh! Begini advicenyer.." Jgn sedih..suruh Bullah pegi dulu... jgn buat keputusan yg dipengaruhi emosi....Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang diperlukan hambaNya" itulah yang ditulisnya dalam Skype...

    Tarikh melapor diri lambat lagi..23 Mac 2011 di Putrajaya..banyak benda yang nak kena prepare ni..baju kemeja, tie, seluar slack semua kena beli..kerja sebelum ini just pakai tshirt berkolar biasa je..start from now..kena beli dah sikit-sikit..fuhhh..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    There was an error in this gadget

    TARIKH HARI INI

    Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
    Daisypath - Personal pictureDaisypath width