Wednesday, March 30, 2011

Menghantar Ayah Irsyad ke LCCT

Susahnyer nak start mula entry ni...tapi cerita ni keluar setelah ditapis dan diringkaskan supaya menjadi padat dan senang nak baca..


23.3.2011Rabu

Aku kerja macam biasa, abang pergi Putrajaya lapor diri..sebelum pergi aku dah pesan.."abang trylah cari orang Sabah yang dapat kat semenanjung..boleh tukar suka sama suka"..dengan harapan bolehla suamiku tak payah pergi ke Sabah nun..tapi bila kat sana suamiku kol bagitahu susah nak cari orang tukar suka sama suka, sebab kena cari fakulti yang sama..aduhai..kadang-kadang geram pulak aku dengan KPTM & SPP yang menguruskan bahagian pengambilan ni..kan dah tau profile seseorang tu samaada dah berkahwin ke bujang ke..be rasional la kalau nak letak diaorang..lagi-lagi suami aku yang dapat kat Sabah tu..

Masa taklimat suamiku bgtahu diaorang dah mention awal-awal bagi siapa-siapa yang ingin membuat pertukaran, automatik namanya akan jadi calon simpanan..tak ke naya tu seakan menggugut pun ada..nak kata malas buat kerja pun ada..

Malam tu aku packing barang-barang suami dan juga sedikit barang-barang aku & irsyad sebab rancang nak tidur rumah along (akak suami)..Dekat sikit nak ke LCCT sebab rumah along dekat Meru, Klang..Malam kami bertolak dengan menaiki keretaku..sebab senang aku nak bawa balik.


irsyad sebok tolong packing barang ayah


24.3.2011Khamis

Aku cuti hari ini. Kami bercadang bertolak pukul 5.30am sebab Air Asia kena datang awal, kalau tak kena tinggallah jawabnya. Mak mertuaku banguan paling awal pagi tu, dia buat sarapan kuewtiow goreng..manakala kami bersiap-siap..nasib baik irsyad mood baik..aku just lap-lap je badan irsyad dalam dia nagnatuk-ngantuk tu..

Kami bertolak pukul 5.45am..agak lewat jugalah..kebetulan hujan lebat..aku dapat agak lewat sampai ni..cuak pun ada..suamiku drive agak laju..kami pergi dengan dua kereta..satu lagi kereta pakcu. Mak & ayah mertua naik kereta dengan pakcu. Bila dah sampai ke simpang Terminal LCC tu suami ku tak masuk lorong dan terus ke KLIA..masa tu dah pukul 7.10am..nak u-turn semula dah jauh..kami redha je kalau terlepas..Bila dah u-turn semula, sampailah kami di LCCT..tapi seperti yang dijangka..terlepas sudah..last pukul 7.15am..kami sampai di LCCT pukul 7.30am..

So, burn sajalah ticket yang dah dibooking..RM250++ Suamiku beli ticket baru..RM401 jam 9.20am..terbang macam tu jelah duit..bila nak tambah barang kena lagi RM100..Total RM500..Nak jadikan cerita malang hari itu..bila dah check in & simpan luggage, timbang-timbang terlebih berat 13kg..bila dah kat belah dalam tu dia cas 1 kg=RM30..so kalau 13kg x30 = RM390..duit lagi..hish..biar betul Air Asia ni..nak keluar balik tambah duit kat kaunter dah tak boleh..suamiku puas tanya kaunter takda cara lain ke?lepas tu carier bag tak boleh 2, kebetulan suamiku bawa beg laptop sandang tepi dan beg blakang..pihak Air Asia tak benarkan..kalau letak lagi 1 beg bertambah lagi berat yang terlebih..aduhai...nak tak nak bayar jelah abang..

Tapi...last-last..nasib baik ada hamba Allah yang baik hati..caranya begini : suami cari penumpang yang nak ke Sabah tanpa luggage, so tumpang luggage atas nama dia..aku pun tak berapa faham macamane diaorang arrange kan bende tu..yang penting dah settle..tak payahla nak bayar RM390++ tu..bila pikir-pikir geram pulak dengan Air Asia ni..nama jer tambang murah..tapi yang lebih cas nyer kita tak nampak..cas barang terutamanya..ini kali pertama..lepas ni pilih MAS jelah lagi puas hati..kalau banyak barangla..tp kalau takde luggage better amik Air Asia & booking awal & datanglah awal sejam..kalau tak kena tinggalla macam suamiku..

Bila dah settle semua, kami ambil gambar sekejap..salam-salam..lepas tu suamiku terus ke balai berlepas..isk!isk! sodehnyer...nak babai dah tak nampak..jadi, aku mengambil keputusan untuk terus balik..Kami singgah rumah along dulu dan lepas zohor baru pulang semula ke tanjung malim...the end


*Kalau ikutkan banyak lagi onak & ranjau berduri cerita di hari kejadian..tapi biarlah disimpan jadi kenangan..kalau dah tak ingat pun takpe..

gambar irsyad bersama ayah sebelum ayah berangkat ke Sabah


famili mertua turut sama menghantar suamiku


irsyad & sepupunya qalesya


famili mertua dah nak balik..dari Tg malim ke Klang dan Felda Keratong


gambar terbaru irsyad ni ayah!!

2 comments:

Halen said...

sabar yer jiejah.. kejap je tu nnt ok la tu bila dh biasa. lg pun rasanya x lama jgk tu. ur husb keje kt mana?

jiejah said...

itulah..harap2 oklah pasni..die pun mcm dh dpt sesuaikn diri kat sane..husben keje kat politeknik kota kinabalu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width