Friday, April 29, 2011

Salam Perpisahan

Hari ini adalah hari last bagi rakan sekerjaku Khairani berkhidmat di INSTUN..Hampir 7 tahun beliau disini dan tup-tup dipindahkan ke JUPEM P.Pinang..kerana mengikut arahan, maka berpindahlah dia (ayat setelah ditapis)...perasaan suka duka bercampur baur..duka kerana meninggalkan kawan2 'segerombolan' dan 'kedamaian' kerja di INSTUN dan suka kerana berada dekat dengan isteri tercinta..


Fairuzam pula akan berada di INSTUN sehingga bulan Mei..dan bulan Jun beliau mula berkhidmat di JUPEM KL di bawah Seksyen 3P..akur kepada arahan..maka..beliau juga bakal meninggalkan kami...berulanglah beliau dari Shah Alam ke KL..tabah yer..


Aku enjoy berkerja bersama 2 orang yang bakal meninggalkan INSTUN ini..kedua2nya cemerlang dalam melakukan apa segala kerja. Bagi aku mereka adalah sifu kepada aku..kepada Khai, terima kasih di atas tunjuk ajar, pesanan serta petua2 penjagaan kesihatan yang telah di sharekan sejak aku mula kerja di INSTUN dulu..Kepada Fairuzam, walaupun hanya setahun lebih jer kenal die..tapi aku rasa macam dah lama kenal die..sebab die frenly..kalau mengajar + buat kerja bersungguh-sunguh betul..sampai tak larat nak ikut..hehehe


Memori bekerja bersama korang tetap dalam ingatan..lebih2 lagi bile berkursus di luar..kursus alat HDS+PCL+Mapinfo+bla-bla-bla..hehehe..lepas ni kalau outstation tak tau nak guna kereta siapa..selalu pakai kereta korang berdua..lepas ni?? En mann ler jawabnyer..hehehe



makan -makan untuk kali terakhir..orang yang nak pindah belanjer :p..tenkiu kepada Fairuzam & Khai


tinggal aku bersama En Mann..dan menunggu orang baru yang bakal menggantikan mereka..


makan kfc yang cepat muak..kalau McD ader kat sini kan best..



Salam Perpisahan...untuk my colleaques...


Khairani & Fairuzam..


Semoga korang lebih success di tempat kerja baru..


Jangan lupa kami di sini..terutama geng-geng Seksyen Pemetaan..


*Bulan Jun nanti jangan tak dtg farewell party untuk korang..kt wat lagi grand..tak best betul buat time korang dah pindah..hmm..tapi masa tak der..semua sebok..

Wednesday, April 27, 2011

VCO Sudah Sampai ke Tanganku

Naik Office Lepas Lunch Hour aku lihat ada kotak berpos laju..yahoo..barang yang aku order sudah sampai..15 packs Virgin Coconut Oil (VCO)..So aku edarkan kepada colleagues aku dulu..4 orang yang beli..ada yang beli dua..harap2 berkesanlah yer..untuk adik2 aku & kawannya mungkin aku akan sampaikan hujung minggu ni..harap bersabar..tapi aku yang tak sabar nak start semula makan malam ni bersama mak..


Dengan ini..bermula Cabaran 30 Hari bersama VCO..akan aku update testimonial mereka yang mengambil VCO ni..Goodluck! Semoga perubahan yang diimpikan berjaya..asalkan berdisiplin! :)

*makan jangan skip

*minum bersama air masak, jgn dengan susu & lebih baik air bervitamin C (mudah serap)


My Hope : kulit tidak berminyak + tona kulit sekata +rekahan & kering kulit di kaki hilang + berat badan seimbang (nak 52kg but now 57kg) errkkk!!

Tuesday, April 26, 2011

Mari Beli Virgin Coconut Oil (VCO)

Hari ini aku order 15 packs Virgin Coconut Oil (VCO) Catalyst. Mula-mula aku ajak adik2 aku & kawannya beli, kot-kot manela tau dapat murah lagi..dapatlah free postage sebab masa tu aku nak beli 6 packs (untuk aku, suami, mak,adik2 aku & kwn adik aku)..lepas tu aku promote dengan kengkawan kat office..ramai gak berminat..last-last aku beli 15 packs terus..Total keseluruhan 13 packs yang nak order..mungkin esok sampai..Ada baki lagi 2 packs tu siapa nak bagitau yer..hehehe..harga = RM39.90 jer

source : google

So lepas ni aku nak jadi ejen yang aktif..tapi aku nak jadikan diri aku, adik2 aku dan officemate sebagai testimoni dulu..harap-harap berkesanlah..sebab ramai yang dah guna dan kesannya positif sekali..Aku order dengan kawan aku Ieja (kawan masa sama-sama belajar di UiTM Arau dulu)..harap2lah berkesan.. :)

Info tentang VCO boleh klik Sini


*tak sabar menunggu ketibaan VCO & next aku nak try VCO Collagen Catalyst..

Monday, April 25, 2011

Ayah Irsyad Balik KK

Pukul 10.00 pagi kami bertolak dari Tanjung Malim ke bandar saujana Putra (dah jadi tempat persinggahan rumah adik aku nih..hehehe). Terima kasihla dengan lauk tengahari semalam..ayam kari & bayam goreng..tak lupa dengan coklat2 yang best2 dari langkawi dan jeruk asam dari penang..

Pukul 12.30 petang kami ke LCCT..takut tertinggal kami bertolak awal sikit..Tapi tak awal mana pun..sampai LCCT dalam 1.10petang..then parking penuh..Suamiku dah masuk dulu untuk check in...cari-cari parking semua jauh & cuaca panas pula tu..last-last aku perking tepi jalan jer sebab tak lama dan kebetulan memang ramai parking tepi..kenalah menapak juga tengok ayah irsyad, jenuh aku dukung irsyad..sian irsyad panas..tabah jer muka dia..

Dalam 1.30 petang suamiku dah masuk ke balai berlepas..sampai situ ajelah..salam & kiss2..terus kami balik...singgah lagi rumah adik aku..rehat2 + tidur + solat...Pukul 6.00petang kami bertolak semula ke Tanjung Malim..

*Photos will upload later...camera now with Siti Gemuk..heheh..cepat pulangkan..huhuhu

*pukul 1250 petang tadi hantar abah aku balik Labis naik train express..dia tak nak bawa kereta kalau sorang2..bosan..harap selamat tiba..terima kasih atok irsyad sebab teman irsyad kat sini.. :)

padahal ayah nak tinggalkan dia..tapi tetap ceria..irsyad tak tau lagi...huhu

Ayah irsyad selamat berlepas ke KK pada pukul 2.10 petang semalam..Aku, abah, mak & irsyad yang ikut untuk hantar ayah irsyad...

Happy Weekend!

Happy weekend sebab ayah irsyad ada bersama-sama weekend lepas..tapi paling best dapat jalan-jalan dengan ayah irsyad+irsyad+atok & nenek irsyad kat KL Jumaat lepas..


** Setelah Sebulan Iryad Tak Jumpa Ayah **



Pagi-pagi bangun tidur die tak perasan lagi ayah dia baring sebelah dia..sedar-sedar jer die tengok je muka ayah..lepas pergi ke arahku dan terus peluk..tersengih-sengih + macam malu-malu tengok ayah die..siapalah agaknye ni..lama tak nampak


bisik hati irsyad kot..lepas lama-lama ayah dia agah & agah-agah baru dia nak..dan terus peluk..irsyad kalau peluk orang memang kuat..dan die jarang menangis kalau jumpa stranger..cuma dia akan tenung muka stranger yang dukung dia..


** Ke Bangunan KWSP & Sogo **


Jumaat pagi tu kami bertolak dari Bandar Saujana Putra ke Bangunan KWSP Jalan Raja Laut. Tujuannya aku nak keluarkan duit (PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN)..jeng-jeng-jeng..makcik kayo sekejap pasni..tak kayo mano pun..kerja swasta 2 tahun..kerja gomen 3 tahun..tolak-tolak tinggal ciput jer..tapi alhamdulillah..adalah sikit simpanan..aku dah plan nak buat apa duit tu..yang penting untuk melabur pasti ada.. :)



Proses permohonan di kaunter sekejap ajer..(asalkan borang dah lengkap di isi & dokumen yang diperlukan telah dibuat salinan dan disahkan)..Tempatnye besar..kaunternyer pula banyak..baru ambil nombor dah dipanggil nombornya..pegawai yang incharge pulak tu so sweet dan softly spoken..Nadia namanya :) Sekejap ajer..dan dalam 21 hari bekerja aku dah boleh cek duit dah masuk atau belum..lalala


Kemudian kami ke Sogo..kebetulan dekat je dari Bangunan KWSP..Hmm.tak der ape yang dibeli..kebetulan gaji hari Isnin..huhuhu..tapi memang tak rancang nak beli apa-apa pun. Round-round ala kadar jer..lepas tu husband ajak jalan-jalan kat Suria KLCC..ktorang follow jela..

** Ke Suria KLCC **


Paling seronok waktu tu irsyadlah..menjerit-jerit suka bila terkena air pancutan kat depan Menara Berkembar tu..just jalan-jalan je kat sana..tercapai la gak sepasang kasut irsyad..hehehe..kemudian makan-makan kat food court dalam tu..tak tau nak makan apa sebab perut kenyang lagi..aku bile lasagna ayam & daging..muaknyer.. :p


** Pulang ke Tanjung Malim **


Tak sampai tengahari kami dah berangkat pulang ke Tanjung Malim..macam sekejap pulak berjalan-jalan..tapi puas hati..





Saturday, April 23, 2011

Irsyad 11 Bulan

Dah masuk sebelas (11) bulan dah anak bujang aku ni (24.4.2011)..bulan depan dah masuk setahun setahun..Irsyad yang semakin lasak sekarang sukar nak dikawal..ada saja aktiviti yang nak dilakukan..selagi tak tidur selagi itu tangan, kaki, badan, mata dia ligat bergerak-gerak..payah juga nak tidur sekarang ni..Kadang-kadang tu kesian kita tengok mata dia dah merah tapi die tetap tahan sebab nak bermain..Apepun seronok tengok anak ibu ni sihat, cergas..ayah irsyad pun gembira dapat tengok telatah irsyad yang dah pandai & seakan dah matang ni..

Kat bawah ni list of perkembangan irsyad sekarang ni :

*Dah ada 2 batang gigi yang sangat comel belah bawah...belum tumbuh abis lagi.

*Dah faham bila kita suruh beratib "la'ilahaillallah" dia kan gerakkan badan ke kiri ke kanan..tapi kena kawal badan dia masa ni..sebab dia buat over sangat sampai nak terjatuh..hehehe

*Pandai waving..bila kita cakap "babai"...

*Pandai geleng kepala kalau taknak..

*Pandai nangis nak ikut aku atau sesiapa nak keluar rumah

*Pandai amin bila lepas baca doa makan...die akan serkup muka dia lama-lama dengan dua tapak tangan yang comel tu..

*Nak tidur bila betul-betul mengantuk..selagi tak ngantuk dia x nak masuk buaian..dan akan keluarkan kaki untuk keluar sendiri..hish..aksi bahaya irsyad ni..

*Yang terbaru..dah pandai salam dan cium tangan..hehehe..tapi bukan die cium tangan, dia buat macam nak makan..siapa yang salam kenalah air liur die sikit..hehe

*Bila kita nyanyi lagi 'hentak kaki sebelah'..beriya-iya dia akan hentak kaki dia.

*kalau lambat dapat susu..mengamuk satu alam..

*Dah boleh berdiri lepas tangan tapi masih takut nak melangkah lagi..kalau nak melangkah kena ada bantuan..

*Baru belikan kasut..tapi macam jakun bila pakai & hentak-hentak kaki nak suruh bukak..dia tak selesa kot..menyesal gak tak ajar dari awal..hmm..


Boleh ke aku jaga seorang diri irsyad ni..lasak dia lain macam..sukar di kawal kalau time die mengamuk tuh..guano..guano..


wajah-wajah irsyad

Thursday, April 21, 2011

Yeay! Ayah Irsyad Pulang

Eh! Eh! ibu irsyad pulak excited ayah irsyad nak balik..hehehe..irsyad tak pandai nak excited lagi..dia pun tak tau ayah dia nak balik malam ni..tak sabar nak tengok expression irsyad bila sebulan tak melihat wajah ayahnya..kenal tak dia ek??

Lepas maghrib aku, mak, abah & irsyad bertolak ke rumah adik dulu (Bandar Saujana Putra)..Dalam pukul 11.00 baru pergi ke LCCT..harap2 flight ayah irsyad tak delay..kalau tak de apa2 hal maybe sampai dalam pukul 12 tengah malam ni..Thats mean..esok aku cuti.. :)



irsyad pun nak ber'skype' ngan ayah :)


*Berat badanku bertambah (57kg) ayoyo!!..uwa!!! macamane ni..mak abah aku ada kat umah memangla aku keje makan jer..huhuhu..pulak tu abah aku kuat 'ngeteh'..aku pun terjoin sama...kena tambah azam lagi..disiplinkan diri.


*mungkinkah akan naik gaji before 1 Jun ni??? i'm hoping......

Tuesday, April 19, 2011

Irsyad Back Home

Lalala..senangnya dalam hati...hari ini Irsyad balik....bersama atok, nenek & paksunyer...So, aku kena kemas-kemas rumah..sapu sampah..dan paling penting mop lantai..nanti irsyad nak merayau satu rumah...semalam ayah aku call bgtau dah pandai merajuk..bila tak bagi barang yang dia nak mesti merengek..lepas tu nak berdukung jer..hish..manja betul dak ni..duduk dengan atok memanglah..perhatian 100%....siaplah duduk dengan ibu semula lepas ni..hehehe..
Semoga selamat sampai.. :)

tengah belajar berpaut pada dinding

ni masa baru-baru nak belajar merangkak :)

*Tak sabar ibu nak gomol-gomol irsyad...hehehe

Sunday, April 17, 2011

Kedai Coklat Beryl's Tutup

Hmm...hampanya..petang Sabtu seperti yang dijanjikan aku dan adik2 ku pergi ke kilang coklat Beryls..yes..setengah jam je dari rumahnya melalui highway South Klang Valley Expressway (SKVE) Bandar Saujana Putra dan keluar Plaza Tol SKVE Ayer Hitam...tol pun dalam RM1.90..kami bergerak lepas zohor dan main terjah jer..rupa2nya...hari Sabtu just bukak dari 8.00am until 3.oopm..kami lewat setengah jam...hampanya..salah kami juga..tak survey waktu kedai coklat tu buka pukul berapa..

source : google

Nak sedapkan hati..kami pergilah ke Jusco Equin Park...dekat je kat situ...bila dah jalan situ mulalah melilau mata cari barang..walaupun duit dah nak kering. tunggu gaji lagi 9 hari. tapi terbelilah jugak..baju ayah irsyad 2 helai, baju ibu satu baju basahan rumah je & alas kaki..(baju irsyad ibu dah blikan awal2 dengan acik midah).. :)

Gambar2 tak sempat nak donlod..sebab adik aku dah ambil kamera yang aku pinjam dari die...kemut betul..hahaha.

*hari ini irsyad balik ke kampung ibu..atok & nenek ambil irsyad kat Keratong tadi..

Friday, April 15, 2011

Aku Rindu

Aku rindu...

salin pampers irsyad
basuh botol irsyad
sterilize botol irsyad
masak bubur irsyad
buat susu irsyad
ambil irsyad kat taska
main-main ngan irsyad
mandikan irsyad
bagi irsyad bubur, air masak & ubat
irsyad...irsyad rindu kat ibu tak???
cepatlah wahai masa berlalu....nak peluk cium irsyad...

* bila dok sorang-sorang macam ni mulalah aku mengelamun...tak jadi pergi rumah adik aku petang tadi..malas nak menempuh jem kat area damansara..sok pagilah jawabnya..huhuhu

ni gambar2 lepas ambil irsyad dari taska..

lihat..saya berdiri tegak..tanpa bantuan ibu saya.. :) (ni kat umah mak uteh)

Ke Bandar Saujana Putra

Tamat dah kursus Aplikasi MapInfo Siri 1...fuhh..lega..Lepas office hour ni aku shoot terus ke Bandar Saujana Putra..bosan lepak kat rumah sorang-sorang..planning sabtu & ahad nak pergi jusco & kilang Coklat Beryl's..bestnya jalan-jalan takyah drive..tapi lagi best kalau irsyad & ayahnya ada di sisi :(


Tapi aku kena bawa kad astro..sebab umah adik aku tak langgan astro mustika..malam ni wajib layan maharajalawak..leh pulak die tukar ke channel lain..hmmm..tak kesahlah bagi aku kebetulan aku langgan mustika..kalau aku tak langgan rasa tak puas hati gak..sajer je astro ni nak cari untung macam tu..

* My Irsyad akan datang bersama atok mahmud & nenek timah pada selasa @ rabu...windunya ibu sama kamu..

Wednesday, April 13, 2011

Aksi-aksi Anakku

Kat bawah ni semua aksi-aksi irsyad menuju ke usia 1 tahun..semakin membesar ni semakin panjang akalnya...enjoy the photos....

lihat muka saya jadi pelik sebab memikiorkan macamane nak masuk dalam bakul nih..hehehe

bestnyer masuk bakul ni.. :) lihat ye semua bagaiman nak panjat kerusi malas ni..yang penting kita senyum dulu!!

time aku nak kemas bakul baju die time tu lah nak masuk dalam bakul..

*tak sabarnya tunggu rabu minggu depan irsyad balik dengan atok & nenek...esoknya khamis depan ayah irsyad pulak balik.. :)

Tuesday, April 12, 2011

Kursus Bacaan Peta (UP06/11)

Kursus Bacaan Peta telahpun dilaksanakan pada 5-8 april 2011 yang lalu..Setamai 22 orang peserta terlibat dari pelbagai agensi kerajaan.dari JUPEM..PBT dan PTD..antara slot yang best ialah kami buat latihan amal di Tasik Shah Alam..sebab dah bosan buat area INSTUN dan Tg Malim..

Perjalanan ke sana mengambil masa sejam setengah dari INSTUN...aku ape lagi tidur je dalam bas..ntah kenapa sejak akhir-akhir ni suka sangat tidur..ish3..nak membesarkan badan agaknya..pergi & balik aku tidur dalam bas..hehehe

Jenuh juga nak mapkan kawasan tasik tu..luas kawasan dia..tak pelah..sesekali exercise keluarkan peluh..peserta kursus semua sporting..dan sungguh2 buat kerja..kami rehat & habis pada pukul 12 lebih..kemudian kami solat & makan di Kompleks PKNS je..dapatlah juga cuci2 mata tengok2 baju kat situ..dan sempat juga menapau eskrem McDonalds..sodapnyer..i bought chocotop..nyummy!!

Bila jalan2 kat situ mula la aku mengimbau kenangan waktu belajar dulu..suka+duka..time2 dating dulu..hehehe..klakar pun ada bile teringat..maleh ler nak citer kat sini..

Pukul 3 kami bertolak balik dan sampai INSTUN semula pada pukul 4.30petang..





Monday, April 11, 2011

Bila Teringatkan Si Dia

Bila teringat..sayunyer rasa..

Tak de sape nak konker tgk tv & remote tv

Tak de saper nak konker keluasan tidor atas katil

Tak de saper nak makan makanan ibu dan puji ibu masak

Tak de saper nak suruh ibu buat “air teh satu”

Tak de saper nak tolong vacume rumah

Tak de saper nak basuh penapis air

dan..

hmmm…ibu rindu sangat kat ayah irsyad sob!sob!

dua orang hero yang aku rindu bangat!!

Kursus Perisian MapInfo Siri 1 (UP07/11)

Esok kursus kedua ku bermula 12-15 April 2011..Peserta kursus lebih kurang 20 orang..ramai yang menarik diri di saat akhir..Tak sempat nak cari peserta pengganti..yang tak jadi datang tu pun tak bagi nama pengganti..hmmm..


Perisian MapInfo ini adalah salah satu Perisian GIS selain daripada ArcGIS, ArcView dan lain-lain..Bagi PTD, PBT dan JUPEM memang menggunakan perisian ini dalam kerja-kerja seharian mereka..biasanya staff yang baru bekerja dalam agensi kerajaan tersebut akan datang berkursus untuk dapatkan ilmu dalam perisian ini..Di mana-mana jabatan sekarang pun telah mengaplikasikan GIS..Boleh dikatakan hot lah kursus ni sekarang..lebih-lebih lagi sekarang projek ekadaster dan etanah menggunakan perisian ini..

Seronok gak mengajar kursus ni..sebab hands on..penceramah duduk depan dan follow step yang disediakan...untuk kursus ini, kami penceramah dalam jer yang mengajar..


So, siapa yang berminat bolehlah contact saya ataupun apply dalam espek INSTUN :)

slide nak mengajar esok.. :)

Sunday, April 10, 2011

Lonely

Sayu jer sampai rumah petang tadi..kosong..sunyi..sepi..sob!sob!

Nak kemas rumah pun tak dak mood..emosi pun tak stabil..patutnya tadi aku follow je adikku aku g Tesco & balik Tg malim awal-awal pagi esok..huhuhu

Aku kena membusykan diri supaya aku tak berada dalam keadaan murung...cepatla pergi kursus-kursus kat luar tu..dalam perancangan untuk tahun ini mungkin aku akan outstation ke teluk intan, sabah dan mungkin ke oversea...kalau ada rezekilah..
tup-tup nanti tak perasan dah 3 bulan berlalu..dah setahun berlalu..dan disamping aku menanti berita yang menggembirakan...

*Irsyad sekarang berada di kampung belah mertua. mak abah aku tak jadi dia bawa pergi Kuantan..sebab famili abangah di Kuantan semua kena chicken pox..So kenalah dia tinggal dengan atok & wan kat Keratong :) behave urself yer... Selepas demam Irsyad semakin ligat.. :)

ini budak comot..

irsyad + makandak + cik nana

ibu + irsyad + makandak

ibu tak mau lepas kamu!!!

Saturday, April 9, 2011

Nak Tau Pendapat Pembaca & Sila Vote


Pembaca blog & rakan blogger yang budiman...

Sudilah kiranya memberikan pendapat Perlu ke saya pindah ke sabah mengikuti suami? dengan vote di sidebar sebelah kanan..Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas vote tuan puan sekalian.. :)

Rindu Punya Pasal

Hehehe..rindu punya pasal aku kini berada di kampung..nak jumpa Irsyad...planning minggu ni sepatutnya aku just pergi Bandar Saujana Putra rumah adikku..tapi..petang jumaat semalam aku tengok gambar-gambar dan video irsyad rasa sayu pulak..terus tukar plan..huhuhu..lepas balik kerja semalam aku terus shoot amik adik aku yang lagi sorang (nong) kat Bandar Saujana Putra dan lepas maghrib kami bertolak..Malam tadi sampai pukul 12.00mlm..

Alhamdulillah selamat...Letih jugalah drive sebab dah lama tak drive jauh..selalunya suami yang drive...tapi takpelah asalkan hati puas jumpa anak tersayang.. :)

Wednesday, April 6, 2011

Irsyad Balik Kampung



Hari ini irsyad ikut atok & nenek balik kampung..tinggalkan ibu..huhuhu..ayah nun jauh di Sabah..irsyad nun jauh di Johor..ibu?? tinggallah seorang..


irsyad jangan nakal-nakal tau..penat nenek ngan atok tu..hehehe

Aku terpaksa membenarkan irsyad di bawa pulang ke kampung sebab badan dia tengah tak sihat..malam-malam demam..dan ada satu malam tu menggigil..nasib baik mak & ayah aku ada..kalau tak aku mesti tak tentu arah dibuatnya..

kalau ikutkan takkan ku lepaskan irsyad ikut balik kampung..tapi memandang kesihatan irsyad..takpelah..ikutlah atok & nenek dia tu...

ujung bulan ni lama nenek duduk sini..yahooooo!!! irsyad sentiasa depan mata ibu..


* irsyad ikut atok & nenek pergi Kuantan..sebab irsyad dapat sepupu baru...(kalau tak lama mak aku duduk sini)...balik sebab nak pergi Kuantan tengok cucu :) bertambah cucu Pak Mahmud..dah 7 orang..Turn Siti pulak lepas ni (adik aku)..bila la tu??

Tuesday, April 5, 2011

Irsyad Demam Sebab Tumbuh Gigi Kot...

Balik jer ke Tg Malim dari Bandar Saujana Putra badan Irsyad panas malam tu...aku just tampal dengan koolfever je kat dahi dia..biasanya kalau dia demam letak koolfever kat dahi esoknya dah ok..
Tapi tak ok gak pagi tu.....aku cek sendiri tengok suhu dia kat kawasan 40 darjah celcius bertanda hijau..terpaksa aku apply emergency leave kat boss by sms..then boss reply balik n said ok..fuhh lega..aku pun pergi klinik dengan mak ayah ku..sementara adik-adikku dah pergi kerja bertolak dari rumah aku..
(syok malam Ahad tengok ABPBH ramai-ramai kat rumah)

Aku pergi poliklinik Syifa..so far oklah klinik tu..buka pun 24 hours... doktor cek pun suhu badan irsyad 40 darjah celcius..cuak gak aku..jangan-jangan kena masuk wad...tapi doktor just bagi ubat masuk ikut dubur...then bagi ubat batuk+demam+antibiotik+selsema+spare ubat sumbat ikut dubur tu...semua sekali RM30.00..doktor tu pesan lagi "balik rumah nanti bagi makan ubat selepas makan kecuali ubat demam sebab dah bagi ubat ikut dubur tadi"

Sampai je rumah badan irsyad dah cool..tapi berpeluh-peluh..kembali aktif semula..aku pun lega..tapi nak dekat malam badan dia kembali suam..masa nak tidur aku masukkan ubat ikut dubur...dan tampal koolfever..malam kedua ni lain macam sikit..irsyad seakan menggigil-gigil..terketar-ketar mulut dia..tapi mata terpejam..kesian sangat..aku terus ketuk bilik mak abah..abah aku suruh bagi ubat..lepas bagi ubat irsyad tertidur semula..nampak sangat badan dia taksihat dan nampak lemah..aku tak dapat melelapkan mata...pagi Selasa tu aku kerja macam biasa sebab panas irsyad dah berkurangan...tapi masih dedor...

Aku bajet irsyad ni demam sebab nak tumbuh gigi kot...risau gak kalau-kalau dia rindu kat ayahnya...?? Tak pun letih ikut makuteh berjalan-jalan...Cepatlah sembuh anakku...



Ke Giant Putra Height

Hari Sabtu adik aku ajak ke Giant Putra Height..dia nak beli barang-barang rumah & ajak aku & irsyad jalan-jalan..kami pergi lepas zohor & kenyangkan perut kat rumah dulu..supaya nafsu membeli kurang..hehehe

Dalam Bangunan Giant tu ada playground...irsyad sukalah..happy je dia main semua permainan kat situ..ibu dia pun suka tengok irsyad happy..lagi-lagi naik permainan yang ada bunyi-bunyi tu..kalau ada stereng memang tak mau lepas sterenglah..hehehe..bila nak start jalan-jalan dalam Giant, kena lepaskan tangan dia slow-slow sebab takut dia nangis..dah syok sangat main..

Malam tu kitaorang g pasar malam..beli lampu kelip-kelip untuk irsyad..hehehe..pastu beli bahan-bahan mentah untuk masak..esok emak & abah datang..follow adik aku nong..kebetulan dia balik kampung jumaat aritu & my parents follow nong ikut balik saujana putra dan paling best ikut balik tanjung malim.. :)


*Hari Ahad kami semua ke tanjung malim...Siti & Suami..Nong & Alifah..follow sama..Isnin diaorang porgi kerja kerja dari rumah aku..hehehe

Monday, April 4, 2011

Surprise Kek Dari Adik-adikku

Jumaat lepas aku ke Bandar Saujana Putra dengan Irsyad..bukan aku drive ke sana..tapi adikku Siti yang ambil aku & bawa ke rumah dia..hehehe..lepas pulang dari officenya dia terus ke rumah aku...Lepas maghrib baru kami bertolak ke rumahnya..

Sampai rumah dia hampir pukul 11pm..sebab banyak sangat menyinggah..isi minyaklah..dia buat cash deposit maybank..tapau KFC kat RnR Sungai Buloh..tup-tup sampai lewat..Irsyad tidur je dalam kereta..sebab memang waktu dia tidur..tapi sampai je kat parking rumah adik aku die terus terjaga..

Sampai je rumah dia pun hidang makanan dan ada surprise kek birthday rupanya..adik aku Nong & kawannya Alifah dah beli awal-awal..terima kasihlah..terharu sangat-sangat.. :) kek aiskrim secret recipe... i likeeee.. irsyad excited nak tiup lilin..kempas kempis hidung dia..hehehe..

* Terima kasih kepada Nong & Alifah serta Siti & Suami..lain kali buat macam ni tiap-tiap tahun kay.. :)

kembang kempis hidung irsyad

kek eskrem separuh secret recipe & kfc..hehehe

Irsyad Tumbuh Gigi

Irsyad dah nak tumbuh gigi..Dah 10 bulan lebih baru giginya keluar...Kat rumah adik aku baru perasan gigi comel dah keluar...patutlah kerja nak menggigit tangan dia jer..
Tapi susah nak tangkap photo gigi dia tu..bile kita sentuh jer terus dia menggigit jari kita..tak pun jelirkan lidah.. :p

Lepas ni Irsyad makin comellah bila dah ader gigi..hehehe..Sonanglah ibu takyah nak blend bubur lagi lepas ni..
Lebih kurang macam inilah gigi irsyad dah tumbuh..tapi yang nampak jelas sebelah jer..sebelah lagi nampak sikit jer..
sumber gambar : google

Friday, April 1, 2011

Happy Birthday to Me

source : google


Hari ini adalah hari lahir saya..tahun ni dah berumur 29 tahun..tahun ni adalah tahun akhir umur aku bermula pangkal nombor 2..lepas ni dah start pangkal 3..tua dah aku..hehehe

1st sekali aku kena ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapaku kerana menjadikan aku sehingga seperti hari ini...ibuku yang telah melahirkan aku..menjaga aku sebaik mungkin..tak terbalas jasamu padaku..(bermadah pulak aku ni..sedih pulak rasanya)

Alhamdulillah..aku dah sampai ke tahap ini..mempunyai pekerjaan yang baik..persekitaran yang harmoni..mempunyai seorang suami yang baik hati..anak yang comel..semoga kebahagian kami sekeluarga berkekalan..dan kehidupan aku serta keluarga akan bertambah barakah hendaknya..


Kepada famili, kawan-kawan dan pembaca blog sekalian..doakan kebahagian kami yer..Moga suamiku dapat balik semenanjung segera dan dapat bekerja berdekatan dengan aku..dan bolehlah duduk serumah..amin...

Terima kasih kepada yang mengwish birthday start malam tadi.. :)


*Aku menunggu wish dari yang tersayang..pelik juga dari malam tadi aku kol tak berangkat sampailah sekarang..selalunya dielah orang pertama yang akan wish.. :( mane suamiku ini..harap-haraplah dia ok..aku dah berfikiran -ve ni.. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width