Tuesday, April 5, 2011

Irsyad Demam Sebab Tumbuh Gigi Kot...

Balik jer ke Tg Malim dari Bandar Saujana Putra badan Irsyad panas malam tu...aku just tampal dengan koolfever je kat dahi dia..biasanya kalau dia demam letak koolfever kat dahi esoknya dah ok..
Tapi tak ok gak pagi tu.....aku cek sendiri tengok suhu dia kat kawasan 40 darjah celcius bertanda hijau..terpaksa aku apply emergency leave kat boss by sms..then boss reply balik n said ok..fuhh lega..aku pun pergi klinik dengan mak ayah ku..sementara adik-adikku dah pergi kerja bertolak dari rumah aku..
(syok malam Ahad tengok ABPBH ramai-ramai kat rumah)

Aku pergi poliklinik Syifa..so far oklah klinik tu..buka pun 24 hours... doktor cek pun suhu badan irsyad 40 darjah celcius..cuak gak aku..jangan-jangan kena masuk wad...tapi doktor just bagi ubat masuk ikut dubur...then bagi ubat batuk+demam+antibiotik+selsema+spare ubat sumbat ikut dubur tu...semua sekali RM30.00..doktor tu pesan lagi "balik rumah nanti bagi makan ubat selepas makan kecuali ubat demam sebab dah bagi ubat ikut dubur tadi"

Sampai je rumah badan irsyad dah cool..tapi berpeluh-peluh..kembali aktif semula..aku pun lega..tapi nak dekat malam badan dia kembali suam..masa nak tidur aku masukkan ubat ikut dubur...dan tampal koolfever..malam kedua ni lain macam sikit..irsyad seakan menggigil-gigil..terketar-ketar mulut dia..tapi mata terpejam..kesian sangat..aku terus ketuk bilik mak abah..abah aku suruh bagi ubat..lepas bagi ubat irsyad tertidur semula..nampak sangat badan dia taksihat dan nampak lemah..aku tak dapat melelapkan mata...pagi Selasa tu aku kerja macam biasa sebab panas irsyad dah berkurangan...tapi masih dedor...

Aku bajet irsyad ni demam sebab nak tumbuh gigi kot...risau gak kalau-kalau dia rindu kat ayahnya...?? Tak pun letih ikut makuteh berjalan-jalan...Cepatlah sembuh anakku...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width