Tuesday, May 24, 2011

I'm disappointed

I'm disapointed...

tipulah kalau aku kata aku tak kecewa..

ralat pun ada..kalau ikut plan asal mesti tak jadi macam ni..

tapi mungkin ada hikmahnya....

hmm..biarlah...sob!sob!


* abg..cuti ni bawa ibu g jejalan tempat2 best2 eh..untuk mengubat hati yang kaciva..

Selamat Hari Lahir Irsyad

Selamat Hari Ulangtahun yang ke-1 tahun untuk anakanda


Muhammad Irsyad Hanafie Bin Hasbullah..




Dikaulah penyeri kehidupan ibu & ayah :)


Semoga Allah senantiasa melindungi kamu..memberi kesihatan yang baik..


Semoga kamu membesar dengan menjadi orang yang berilmu..


hormati orang yang lebih tua dari kamu..


terutama ibu & ayah, datuk2 & nenek2, ayah & ibu saudaramu..


dan semoga engkau menjadi penegak agama, bangsa dan negara!!..amin..




*irsyad di kampung..28hb nanti kt sambut besday irsyad di Labis..dan kemudian di Keratong.. :)




Wednesday, May 18, 2011

Apa Kata Pengguna VCO?




Psstt..nak update sikit mengenai testimoni pengguna Virgin Cononut Oil yang beli dari blog jiejah ni..

En.Khai;-
1) “kulit aku pun makin kembali pada asal n tak kering sgt dah” (sama denganku)
2) “setelah makan supplement jiejah hubungan saya dengan isteri makin mantap”

Mak & Abah saya;-
1) badan dah tak rase penat/letih.
2) selalu sangat buang air kecil (sama juga denganku)

En. Zam;-
1) Buang air besar jadi lawas (sama denganku)

Puan Susiyanti;-
1) "lom abis sebotol xnampak sangat la kot kesannya...xngantuk la kat opis..hehehhehe ingat nak truskan je... " (pun sama denganku)

Nanti aku akan update lagi kalau ada ape2 lagi testimonial penggunaan VCO atau apa2 produk keluaran Catalyst..sekarang aku tengah menggunakan Collagen pula..sangat best..rasa manis2 buah..sebelum tidur makan satu sachet dan mimum bersama air suam..

Lepas ni aku nak try kat adik aku yang ada resdung & pimples di muka..harap2 berkesanlah lepas menggunakan VCO ni..

Kalau nak baca testomoni lain sila klik Di sini (kredit utk easy catalyst shoppe)

*Kepada pengguna2 VCO lain silalah beri komen setelah makan VCO yer :)

Thursday, May 12, 2011

Sekembalinya Irsyad

**Irsyad di rumah..bersama nenek & sepupunya dia Feena yang byk celoteh..

Sekarang irsyad semakin sukar dikawal, dalam kereta tak duduk diam..sekejap nak ke depan..sekejap nak ke belakang..panjat2 lagi..apatah lagi di rumah....huhuhu..
lagi satu die sangat suka dengan sampah2 kecil & bender berlubang yang boleh dikorek2..aduhai..kalau kat kedai makan satu kedai makan dengar suara dia jerlah..mesti nak juga apa yang kita makan..tak dapat protes..so kenalah bawa makanan die sama..biskut ke, bubur ke..lepas tu kalau duduk kat baby chair tu boleh tahan berapa minit jer..lepas panjat mintak keluar..

Irsyad balik sini haritu dah berambut pendek..nampak kemas sikit..rambut die lebat..so, bila selalu berpeluh dan tak berapa kemas..atuk cakap 2 kali bawa irsyad pergi gunting..kali pertama untuk side tepi..lepas tu die dah tak duduk diam dan terus balik..bawa kali kedua baru kemaskan bahagian belakang..huhuhu..

Sekarang memang kuat sangat protesnya..tapi taulah kalau lama sangat tu tandanya nak susu & nak tidur..tidur pun dah kurang..asyik nak main n explore sane sini..bila merajuk @ menangis yang tak nak berhenti aku akan bawa satu tempat yang dia akan diam..teka kat mane??tempatnya adalah bila kita bukak peti ais..automatik dia terdiam dan bertukar jadi sangat suka...excited kot nak main-main barang dalam tuh..hehehe..bila dah dia ibu dia pun tutup semula..hahahha..tapi bagilah dia pegang satu barang yang sejuk kat dalam tu...

Lepas tu dah pandai main remote & tekan-tekan menghala ke TV..bila channel bertukar mula dia buat muka tak bersalah tengok orang sekeliling dan tekan-tekan lagi..dengar lagu pun dah pandai henjut-henjut badan dan angguk2 kepala..paling best bila dengar azan paling die suke..die akan buat muka macam sedih die buat suara konon-konon macam azan jigak..aaaaAAAAaaaAAA

Kalau tengah main-main ternampak ibu sikit mesti nak ikut..kalau dia peluk kuat-kuat tu & merengek maksudnya suruh kita dukung dan bawa jalan-jalan keluar..memang paling dia suka kalau bawa keluar rumah..lagilah kalau naik kereta..menjerit-jerit..aduhai..semalin membesar ankku ini..memang tererla kalau ibu yang pregnant anak kedua @ ketiga time anak tengah lasak macam ni..kalau aku..taktaulah lagi..huhuhu..


Bukan main suka dengan objek-objek macam ni..hehehe


Sekejap jer hancur kucing mainan tu dibuatnya..


Apela tuh yang digodeknyer..



Feena..kuat celoteh..kuat berangan..hehehe..budak comel & manja...




feena & irsyad



feena & irsyad lagi..


feena & irsyad pakai spek..



feena + irsyad + nenek


atok + feena + irsyad


*Berat badan dah turun 1 kg..mungkin sebab tak kerap makan malam kot..sekarang dah 56kg..4kg to go..huhuhu

Lunch Time at Beriani Gam Tanjung Malim

Semalam....9 Mei 201, En Shahriman telah belanja kitaorang makan tengahari di Nasi Beriani Gam Tanjung Malim..sempena beliau dapat APC tahun ni..tahniah ler yer..kawang2 juga yang kenyang.. :)..sudah menjadi trend kepada sesiapa yang dapat APC kenalah belanja kawan :p hehehe..


Tapi lepas ni dan tahun-tahun akan datang, kepada sesiapa yang dapat APC kiter try cari port baru untuk belanja kawan2 yer??? hihihi ..xmalu..dah lah orang belanjer..lepastu demand :p


yang tak der dalam gambar ialah aku + nurhummidah + isteri Shahriman..kebetulan hummidah puasa hari tu..So..suami dia Hafizlah yang menggantikan dia.. :)


Ceria terpancar di wajah apabila perut sudah kenyang..

--Shaiful + Tan + Rostam--

"perut sudah kenyang..bila mau balik ni?", Yeap berbisik kepada Hairie

--Hafiz + Yeap + Hairie--

--Rostam + Fairuzam + Azmawi--
Anak-anak Shahriman (tukang belanjer) + Adam + Hafiz

Bodyguard Shariman yang ke-3...SM Syakir


Syakir...yang bum..bum!!


Virgin Coconut Oil Are Ready to Post

Stok baru VCO & Collagen Catalyst dah sampai petang semalam..So, bolehlah aku pos hari ini kepada siapa yang dah order..terima kasih kerana sabar menunggu..:)..Harap2 sampai ke tangan korang besok..

Kepada sesiapa yang belum mencuba..jomler try..tak rugi..malah mendatangkan kebaikan kepada diri kita..baik luaran mahupun dalaman..nak repeat order pun boley..

Harga produk saya paparkan pada sidebar sebelah kanan..



stok baru yang sampai semalam..


Virgin Coconut Oil (VCO) : 60 biji softgel sekotak

VCO dalam bentuk softgel..dalam bentuk liquid pun ader


Collagen Catalyst : ada 15 sachet sekotak :1 sachet (3gram)

Virgin Coconut Oil dan & Collagen dibawah produk Catalyst :)....Paling HOT!

Wednesday, May 11, 2011

Alamak! Mak Abah Nak Datang Hari Ini

Malam tadi abah aku kol nak datang esok..thats mean arini..pulak tu abah aku mention lagi pagi tadi yang ngah & suami akan ikut..(mak saudara aku..adik abah aku)..alamak!! rumak aku berterabur..bila dok sorang2 bukannya ader mood nak mengemas..huhuhu..sempat ke aku nak kemas balik tengahari ni takut petang dah sampai..tak sempat den nak main bola tampar..huhuhu..nak kena beli lauk pauk..semuanya tak prepare..kalau abah aku bgtau semalam bolehlah aku pergi membeli bahan mentah lepas balik kerja..takpelah..harap-harap sempatlah aku membeli tengahari ni..huhuhu..


Yang penting..irsyad ader..lalalala..i'm happy!! anak abang aku pun ikut sekali


-->feena..rindunyer kat feena yang mulut kepoh tu..hehehe


opocot!..gmbr xde kena mengena dgn entry..ni masa irsyad nak masuk 6 bulan.. :)

Tuesday, May 10, 2011

Counting the Days

Sekarang ni dah bulan 5..dah nak masuk setengah tahun..kejap jer kan..dan bulan 5 inilah yang ku tunggu2 sebab ada 2 hari yang tanda ingatan terindah kami sekeluarga..

24.5.2011 : Birthday My Son..Muhammad Irsyad Hanafie

30.5.2011 : Birthday Encik Suami :) dan..hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-2! same date..

Kebetulan waktu tu saya & suami dah pun apply untuk cuti seminggu & macam-macam rancangan yang kami planning..tak taulah mane yang menjadi..ader plan A, B dan C..huhuhu



source : google

Monday, May 9, 2011

VCO Catalyst and Collagen Catalyst are Coming

Produk Catalyst yang paling HOT!!

Dalam 2 hari lagi Virgin Coconut Oil(VCO) + Collagen (brand catalyst) akan sampai..lalalala..jadi sesiapa yang nak cuba & paling pasti ingin menjaga kesihatan dalaman dan luaran bolehlah order dengan saya..

Caranya adalah dengan menghantar email ke jiejahcun@gmail ataupun jot some message di ruangan BORAK-BORAK ataupun komen di entry ini :)..mudahkan..

Kepada pengguna yang nak order untuk kali kedua dan seterusnya saya akan menjanjikan harga yang lebih menarik.. :)

So apa tunggu lagi..marilah sama-sama kita menggunakan VCO ini..banyak kebaikan dan khasiatnya..Saya juga akan meneruskan dan mengamalkan pengambilan VCO ini..kerana saya mendapat perubahan positif setelah menggunakannya..Antaranya ialah :-

*Mudah buang air besar (lawas) kalau dulu aku terpaksa meneran sejak selepas bersalin..tak tau kenape..tapi sekarang dah ok..
*Badan terasa cergas & tak mengantuk di office (time lepas lunch hour)
*Aku nak perubahan di muka iaitu kulit tak lagi berminyak..tapi sekarang masih lagi berminyak tapi agak berkurangan..mungkin sebab aku tak kerap sangat sapu di muka..
*Dan tak rasa lapar..kalau aku breakfast roti dua keeping + air milo aku still lagi leh tahan sampai waktu lunch..kalau tak sebelum ni aku kena makan lagi roti@biskut area pukul 10 @ 11 sebab perut dah berkeroncong..huhu..

***Kat bawah ni aku PASTEkan FEEDBACK POSITIF PENGGUNA VCO..(credit untuk Salina’s Collection)

Salina's Collections
1) nana..VCO nie lelaki pun boleh makan ke?
jawapan: boleh..sgt2 digalakkan untuk lelaki dan perempuan makan/sapu..VCO nie sesuai untuk semua :)

Salina's Collections
2) kalu saya pakai atau makan product lain,boleh jgk ke makan VCO nie..xde effect ke?
jawapan: boleh..VCO nie cuma 100% minyak kelapa dara original..jadi boleh ja nak makan atau pakai product2 lain. mmg XDAK EFFECT. nana pun makan vitamin lain jgk,jd dont worry mmg x de effect tau..:)

Salina's Collections
3) cara makan die mcm mana?
jawapan: kena makan 2 kali sehari,kalu boleh pg satu,malam satu..kalu korg busy takut terlupa nak makan 2x sehari,boleh makan 2 biji sekaligus :) kalu boleh makan selepas meals la ♥

Salina's Collections
4) nak sapu kat muka tu mcm mana?
jawapan: malam2, sebelum nak tido tu,korg cucila muka bersih2..pastu amik sebiji kapsul VCO tu cucuk je ngan jarum..kalu x de jarum guna pin tudung je..hehe..pastu sapu kat seluruh muka then boleh bilas keesokkan harinya..kalu nak pakai dalam 30 minit pun dah ok :)

Salina's Collections
5) kalu pregnant/brest feeding boleh mkn x?
jawapan: sgt2 boleh sbb untuk org pregnant,VCO nie boleh cergaskan badan dan insyaAllah kalu baby lahir susah nak dapat demam kunin..untuk yg menyusu pulak, VCO boleh memperbanyakkan susu badan.

Salina's Collections
6) kanak2 boleh makan tak?
jawapan: boleh..kanak2 umur 10tahun pun ada yg mak diorg bg makan dah :)

Salina's Collections
7) VCO nie keluaran mana? halal dan selamat tak?
jawapan: VCO yg nana jual nie dari product catalyst.Keluaran org islam.100% bumiputera.Selamat, tiada penggunaan bahan kimia dan haba dalam proses penghasilan. dan HALAL ya. di kotak vco ada cop halal jakim dan cop buatan Malaysia :) lg satu VCO nie original..ada series no kat kotak :)

Salina's Collections
8) VCO nie boleh kuruskan badan.kalu saya dah kurus, takut jadi kurus lg mcm mana?
jawapan: no need to worries,VCO akan bakar lemak dalam badan org yg lemak berlebihan, kalu yg sedia kurus tu dia akan maintainkan berat ideal kita :)

Salina's Collections
9) kalu saya time period boleh makan ke?
jawapan: boleh, makan seperti biasa..:) malah die akan lancarkan peredaran darah haid kita..jadi sapa2 yg selalu sakit senggugut tu cpt2 amalkan VCO dari sekarang :) insyaAllah boleh hilang sbb nana sendiri dah lalui :)

Salina's Collections
10) VCO nie ada brapa biji nana? tahan brapa lama?
jawapan: satu botol VCO tahan sebulan..makan 2 biji sehari. macam nana, tak tahan sebulan sbb nana guna 3 biji sehari. 2 untuk makan, 1 biji untuk sapu kat muka sebelum tido setiap malam :)
so kalu nak order ngan nana better amik 2 botol skaligus..boleh jimat postage :)

Salina's Collections
11) kalu kita stop VCO nie ada effect tak?
jawapan: X de effect pape sbb VCO nie bukan ubat atau herba..jd boleh ja kalu korg nak stop makan bila2 pun..tapi untuk kebaikan kita baik amalkan la setiap hari..:)

Salina's Collections
12) kenapa sy makan belum rasa apa2 perubahan lg?
jawapan: sabar ye, setiap org kadar metabolisma berbeza2..ada yg cepat,ada yg lambat..yg penting jgn miss makan..insyaallah lama2 pasti akan rasa perbezaan sebelum atau selepas amal VCO nie..:)


Salina's Collections
lg satu nana suggestkan amal VCO nie untuk sape2 yg kitaran haid x normal..pagi ni nana dapat sms sorg customer,dah 3-4 bulan die x datang period,lepas 2 minggu mkn VCO period dia da jalan balik pg td :) syukur sgt bila dengar.
ada testimoni 3 org berjaya hamil lepas amal VCO nie..bila amal VCO nie,boleh teraturkan balik perjalanan haid kita,jd insyaallah akan lebih mudah untuk dpt baby bg pasangan yg dah berkahwin :)

Sunday, May 8, 2011

Weekend Yang Serba Tak Kena

Minggu ni aku cuba tahan diri dari blk kampung dan pergi rumah adik aku..walaupun hati ingin terasa ingin berdesup berjumpa irsyad...buat-buatla alasan untuk sedapkan hati nak kemas rumahla..cari tayar keretala..tapi aku pergi pasar sabtu jer...dan kemas2 rumah..

hmmm..tak kuat jugak hati ini..last2 petang tadi abah aku kol tak semena-mena perkataan dari mulut aku keluar "bila nak datang sini?"sambil air mata aku meleleh...ingatkan boleh tahan sampai 19hb mei ni..tapi tak bolehla..seminggu je berpisah aku dah teringat2 wajah sikecilku..wajah die tidur..mengamuk nak susu..ajak main..

Tapi aku taknaklah susahkan maka abah aku datang sini..sebab nanti 19hb mei ni nak datang shah alam sebab ada majlis konvokesyen adik aku..(aku dah siap2 apply cuti) tapi lambat lagila 19hb tu..4 sure aku termiss perkembangan irsyad..uwa!!!...tengoklah minggu ni aku kena gak balik kampung..taknaklah suruh makaabah aku datang sini..kesian diarang melayan anak yang sensitip ni..

*Nong..jom balik kampung minggu ni eh??

*Selamat Hari Ibu....kepada ibu saya..Fatimah Binti Pit..ibu mertua saya Khamsiah Binti Alias.. ;)

Masa ni nak pergi kenduri kahwin saudara sebelah atok irsyad

Friday, May 6, 2011

The Deep End of The Ocean

source: google

Aku menonton cerita tajuk di atas pada malam rabu (4.5.11). Start pada pukul 10mlm dan habis pukul 12mlm..Tak tau nak tengok cerita apa malam tu..Tukar-tukar channel 102 (TV2) tengoklah info die sekali..agak menarik sinopsis yang dipaparkan..So, mata aku terus tertumpu pada cerita ni...sampai habis..meleleh-leleh air mata aku..sedih..tersentuh habis..hati ibu ini begitu tersentuh melihat cerita ini.. Bolehla layan tv sebab dok sorang..

Mengisahkan sebuah keluarga yang kehilangan anak lelakinya dan terjumpa semula selepas 9 tahun kemudian. Bila terjumpa anaknya itu telah berada dalam jagaan keluarga angkatnya yang dianggap keluarganya sendiri. Hati ibu mana yang tak runtun bila anak yang di cari-cari selama ini sudah tidak kenal famili sendiri dan tidak mahu tinggal dengan keluarga sendiri..Aku suka pelakon-pelakonnya yang berjaya menghidupkan watak..lebih2 lagi watak ibu..bermain dengan emosi..psykologi berkominikasi dengan anak-anak yang lain yang mengalami tekanan rasa iri hati..kasih sayang..dan banyak lagi..

Boleh klik di sini untuk melihat ringkasan cerita

Bila aku search di Wikipedia, rupa-rupanya cerita ini telah di adaptasi dari sebuah novel juga dari tajuk yang sama. Dah lama rupanya cerita ni..novel tu release pada tahun 1996 dan difilemkan pada tahun 1999..


ini novel yang dimaksudkan..

Apepun cerita ini berakhir dengan happy ending...zzZZZZ
Kalau nak tengok rasanya ada dalam youtube..

Tuesday, May 3, 2011

Irsyad di kampung

Semalam aku balik ke Tg Malim tumpang adik aku Nong..tanpa membawa irsyad..kalau ikutkan hati..memang berat hati nak meninggalkan & berpisah dengan anakku ini..tapi kali ini..atas pujukan mak abah aku..dan setelah aku berfikir baik2..aku kena tinggalkan dengan mak abah aku buat sementara waktu..Antara reason aku ialah :-

1) Irsyad semakin lasak..kerap sangat terjatuh bila time die memanjat. Dia perlukan pemantauan penuh ketika aktiviti panjat memanjat tu. Kadang-kadang time tidur tu pun die macam terperanjat..sebab penat kot..


2) Di taska pengasuh ada seorang..sedangkan bayi + kanak2 ada 7 orang..mesti perhatian tak dapat diberikan sepenuhnya walaupun aku akui pengasuh tu cekap & pantas melakukan kerja..tapi..aku perlukan irsyad dijaga sepenuh perhatian..dan pendedahan+layanan+menonton televisyen..dan bermacam-macam lagi kekurangan di situ..

Hmm..kalau Irsyad dah besar sikit dan boleh berdiri tegap + berjalan..yakinlah sikit aku nak tinggalkan disitu..takper..tak lama lagi irsyad dah nak jalan..teman ibu yer irsyad..

Ni time nak bagi die bubur..mula-mula je baik duduk depan aku dan bukak mulut..bila perut dah agak kenyang mula die merangkak pergi bawah meja & kerusi..taktaulah ape yang best sangat duduk bawah tu..bila kita datang dekat mula die menjerit-jerit konon kita nak kejar dia..sambil tangan dan kakinya berputar-putar..irsyad..irsyad..

Cuti 1 Mei 20011

Macam biasalah..cuti jer kompom balik kampung..1 mei jatuh pada hari Ahad..So isnin tu dptlah kami ni cuti..tapi balik kampung kali ni lain macam sikit...jalan semua jem..even aku balik Sabtu petang..ingatkankan Jumaat & Sabtu pagi jer jem..Sabtu pun jem..dah terlampau banyak kereta penduduk Malaysia ni..even jual mahal pun memang orang akan beli gak kereta ni..sebab suatu keperluan utama..

Bermula di area Seremban dah start jem..apatah lagi di hentian rehat..tak selesa kalau nak berhenti & makan berhimpit-himpit..kemudian start jalan nak masuk ke susur Tol semua jem..sampailah ke destinasi keluar ke susur Tol Tangkak..jem..punyalah banyak kereta..aku ingatkan ada masalah dalaman Tol..rupanya2..terlalu ramai yang balik kampung..

Akhirnya sampai jugalah aku kat kampung..pada pukul lebih kurang 11.00malam..irsyad yang nyenyak tidur pun terjaga bila sampai kampung..

Ahad : Pergi Kenduri Di Segamat..singgah jakel jap beli baju raya..punyelah ramai orang gak kat sini..almaklumlah ada jualan murah..fuhh..rase nak cepat jer keluar..suami cadang tahun ni kaler biru muda..dapatlah cari baju raya tahun ni dengan tema kaler biru muda..jeng-jeng-jeng..

Sabtu : Pagi-pagi dah aku bertolak blk ke Tg. Malim..tak sanggup aku nak menempuh jem..irsyad ikut tak?irsyad dok baik2 dengan atok yer..isk!isk!isk!


posing sebelum g kenduri


irsyad + mak + nana pun berposing gaks


ni sepupu aku..hasnizah a.k.a ikin..tengah pregnant anak ke2..due bulan puase ni..huhuhu




mak ku..di depan pelamin..


makan-makan di Selera Timur..irsyad & atok


irsyad dengan atok lagi..hehehe..irsyad kehausan menunggu kedatangan hidangan..

yang nampak separuh tu mak & Nong



lauk pauk dah sampai tapi nasi pulak tak sampai-sampai..huhuhu


pic last ni sajer tempek..kek utk alifah..kawan adik aku..birthday die 1.5.2011 lepas..oleh kerana diaorg hantar aku samapi tg malim..aku blanjerlah kek ni..tapi kalau tak hantar pun aku memang nak blanjer..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width