Tuesday, June 21, 2011

Jalan-jalan ke Melaka

Tak sempat nak cerita pasal jalan-jalan ke melaka hari tu..so, cerita ringkas jerlah..Lepas ajer kenduri aqiqah pada 29hb Mei hari tu..famili aku & famili abanglong jalan-jalan ke Melaka pada keesokan harinya (30 Mei 2011)..sebab abanglong dah janji dengan anak2nya nak bawa pergi mandi kolam..almaklumlah cuti sekolah..aku pulak plan nak g langkawi..tapi tup2 tukar plan ikut jerlah abnglong ke melaka..sebab mak abah tak ikut, ingatkan nak ajak semua adik beradik..tapi abangah aku tak dapat ikut sebab anak kecil..yang lain2 kerja..aku jer & geng yang ke melaka tak kerja time tuh..hehehe..so, ke langkawi plan next time lah..bila agaknya aku dapat g sane ni..~_~

Kami bertolak pun dah petang..sampai melaka pun dah malam..kami duduk di hotel 5 bintang di merlimau..memang best woo..(rumah adik akak ipar aku)..hehehe..besar betul rumah dia..sampai2 jer..akak ipar aku ajak keluar makan & jalan..kami onn jer..1st sekali pergi tempat makan ikan bakat kat umbai..habis beratus gaklah..tapi akak ipar aku belanje..thanks kak zizah :) kemudian kami jalan-jalan ke menara Taming Sari..sempat gak naik sampai atas...paling syok tengok irsyad menjerit2 suker..hehehe.lepas tu kami ke ..aku pun tak tau apa nama ala2 eye on malaysia..tapi aku tak keluar keretapun..sebab time tu irsyad dah pun tidur..penat agaknyer..best gak kat situ macam leh naik boat kaler2 lalu kat tepi2 sungai kat situ..tapi dah malam sangat..irsyad pun dah tidur..tak syok nak pergi..


Malam tu kami balik semula ke hotel 5 bintang dan tidur...Keesokan paginya, selepas sarapan nasi lemak beli kat kedai, kami terus siap2 packing barang..sebab nak ke Bandar hilir dan terus balik..singgah jap ke Ayer Keroh..sebab akak ipar aku kate kat Bandar Hilir mahal kalau nak beli buah tangan macam belacan, cencaluk, dodol & bla-bla..aku belila sikit untuk makmertuaku..sebab aku akan direct ke kampung keratong balik dari Melaka ni..


Lepas membeli buah tangan tu ktorang terus bergerak ke Bandar Hilir..1st place ktorang pergi ke Zoo Melaka..tiket time tu suami aku belanjer..aku pun dh lupa berapa tapi taklah mahal..total dalam >RM40 kot..sebab kanak2 bawah 5 tahun tak kena bayaran...Mula-mula memang tersangat excited masuk dalam zoo tu..apatah lagi irsyad & anak2 buahku..problemnya aku tak bawa stroller untuk irsyad & takde TRAM untuk kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat..menapak dengan kaki sendirilah..jenuhlah irsyad didukung oleh ayah..samapi lencun2 seluar irsyad dengan peluh ayah..huhuhu..taktau berapa kilometer agaknya kami berjalan..lenguh & tegang gak rasa betis time tu..anak buahku feena dah suruh ayahnya dukung gak sebab penat..Irsyad pun dah last2 tu sampai terlena kat bahu ayah..hehehe..Paling best ayah & irsyad dapat naik kuda sama-sama :)



Kemudian kami ke Taman Buaya..on d way ke Taman Buaya tu irsyad still tidur lagi..ngantuk betul agaknya..dan bila dah sampai kat Parking Taman Buaya pun dia still tidur..penat sangat agaknya tadi..heheh..takpelah aku tak nak kacau dia..aku tunggu sampai Irsyad bangun..famili abanglong dah masuk dulu..rupa-rupanya kat dalam tu ada tempat mandi..aku pun tak tau..sementara tu aku dok menapau McD kat sebelah Taman Buaya tu n beli untuk famili banglong sekali..lama la jugak Irsyad dapat tidur dalam kereta..bangun2 je terus bawa dia masuk Taman Buaya tu..Bila masuk jer..memangla seronok la dia tgk air..budak kecik mana yang tak suka main air..anak buah aku yang lain sampai kecut-kecut tangan main air & tunggu Irsyad datang..


Tak lama pun irsyad dapat main air tu..sebab ayah dia tak bagi lama-lama..bukan senang nak pujuk ajak naik tu..berlonjak2 badan dia nak turun kolam balik..aduhai irsyad..last2 dpt gak bawa die pergi bilik air dan bilas...lepas tu kami kemas2 dan terus balik..sempat gak bergambar kat replika tempat menarik di Malaysia kat dalam Taman Buaya tu..ada jambatan P.Pinang..Menara Berkembar Petronas, Masjid Negara dan banyaklah lagi..On dway balik kami bertemu di KFC Tangkak untuk makan dan juga berpissah di situ..famili banglongku balk kampung Labis..aku balik ke Keratong...nasib baik irsyd tak meragam n sepanjang perjalanan,,dan juga tak demam lepas balik dari jalan-jalan..lega..apapun, puas gaklah walaupun tak semua tempat pergi..dapat jalan2 dengan famili dah kira seronok dah tu..lepas ni kena plan tempat lain pulak.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width