Thursday, July 28, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Esok aku cuti lagi...sebab balik kampung lagi...hehehe..sabtu ni ada kenduri rumah mak saudara....dan adik beradik aku semua nak balik kampung...so dapatlah kami berkumpul sebelum bulan puasa ni..tapi ahad balik Tg Malim semula...dan start berpuasa di sini...almaklumlah isnin tak cuti di perak..dan aku pun malas nak apply cuti..abah aku kata takper 1st puasa kat Tg Malim...hehehe


Apa pun aku nak wish Selamat Berpuasa...dan berpuasalah dengan penuh imarah & barakah..ni ingatan untuk diri aku..hope puasa tahun ni, aku dapat menggandakan amal kebaikan, pahala...dan tarawikh..taktaulah berkesempatan pergi ke tak..


Lagi satu harapan semasa bulan puasa ni nak berdiet..harap2 turunlah banyak kilo...harapppp sangat...tak cun kalau pakai baju yang nampak sempit & nampak lemak2 yang tak sepatutnye..adussss..paling penting semasa berbuka puasa tu aku dapat tahan nafsu makan dengan banyaknyer...


* malam ni bola Malaysia lawan Singapura...harap2 aku takderla terlibat dengan jem untuk pulang ke kampung petang ni...apapun..Go!Go! Harimau Malaya..sokong gak..walaupun aku bukan fanatik sangat dengan bola ni..tapi irsyad nampak fanatik dengan bola..sebab bola tu kaler2 & bolat2 kot...pantang nampak bola die akan jerit gol!!!! tapi bunyi macam kol!!!!!!! apa2 lah irsyad...tapi yang pelik nampak padang bola kat INSTUN pun die jerit Gol!!!!! dah kenal padang bola kot anak aku ni..hehehe..atok dia kata tiap2 petang bawa irsyad pergi padang futsal & dengar orang jerit gol..sebab tulah irsyad jadi cenggitu...hehehe..meleret-leret cerita pasal irsyad pulak..dah lama tak cerita pasal irsyad..kat kampunglah nanti..dah 14 bulan dah anak bujang aku tu..

Wednesday, July 20, 2011

irsyad...ibu rindula...

Dah masuk 3 minggu aku tak jumpa anak bujangku...rindu bangat...minggu pertama sebab pergi sabah..balik hari ahad sebab tu tak smpat balik kampung..minggu lepas ada sukan nre...dan minggu ni baru aku boleh balik kampung sabtu ni...hari jumaat tak sempat kot..train ader satu je ke arah selatan..itupun hanya ada pukul 1250pm..1st time aku balik kampung naik train..harap semuanya ok..kemudian balik ke tanjung malim semula hari isnin...aku dah siap2 apply cuti hari isnin depan..cepatla masa berlalu..dah tak sabar nak peluk cium irsyad..isk!isk!


bersama irsyad sebelum bertolak ke sabah


gelak sebab ketawakan ibu dia buat lawak..ngeeee...

Sunday, July 17, 2011

Sukan NRE 2011

Tamat sudah sukan NRE hari ini..tak tau siapa geng INSTUN yang pergi ke perbarisan penutup...nampaknya result tahun ni semuanya merudum..tiada pingat yang mampu dirangkul..sebab tu tak semangat nak pergi majlis penutup...Aku masuk team volleyball wanita INSTUN..hehehe..tak terer pun main..sebab tu kalah..dalam group pun dah kalah..niat memang nak dapat pingat tapi kena terima hakikat banyak lagi kelemahan team volleyball kami..Kami kalah dengan team NRE & JAS..

Antara kelemahan yang perlu diperbaiki :-
>>Tiada latihan cara teknik bermain yang betul seperti cara servis bola, mengambil bola dsbnya..
>>Kurang masa latihan bersama team sepasukan..dari situ leak off kesepakatan & keserasian sesama team..
>>Tiada perlawanan frenly dgn team volleyball lain (tiada dedahan perlawanan sebenar)..
>>Kena belajar how to control the emosi semasa bermain..

Ermm..banyak lagi kelemahan..hope 2 tahun akan datang team volleyball wanita INSTUN dapat perbaiki kelemahan2 dan bermain dengan lebih baik..caiyuk2! team volleyball INSTUN..kita buat kejutan untuk Sukan NRE 2013!! :)

*gambar akan diupload kemudian.. :)


Friday, July 15, 2011

Pulang ke Semenanjung

Hari terakhir di bumi Kota Kinabalu...sayu je rasanya..almaklumlah nak berpisah dengan en abg..nampak muka en abg pun macam sedih..lepas ni masing2 hidup macam bujang semula..sebelum pulang kami breakfast di kedai kelapa bakar di sepanggar..aku takde mood pagi tu..sebab talian handphone kena bar..akibat tak tutup 'data packet'..inilah akibat tak pandai guna smart phone..

Lepas breakfast kami ke Gerai Ikan Masin di sebelah Pasar Filipina...aku beli ikan terubuk kering & basah dan ikan ape ek lagi satu tu..lupela pulak time nak tulis ni...

Kemudian kami lunch di Restoran Kak Nong..ramai gaklah makan kat kedai ni..tapi rasanya biasa2 jer..cuma makananya nampak gah...boleh tahan mahal gak.. ahaks..

Dan akhirnya aku check in & berlepas balik Semenanjung....babai Sabah & suami tercinta..ada masa & keizinan dariNya boleh datang lagi ke sini ;)

Wednesday, July 13, 2011

Jalan-Jalan ke Kundasang & Ranau

Hari Sabtu memang kami rancang nak jalan-jalan...dan plan ke kundasang & ranau sebab aku dah tengok blog2 mengenai tempat-tempat menarik di sana..dengan menaiki kereta sewa kancil kami bergerak dari rumah pada pukul 7 pagi..kalau di sabah 7 pagi dah terang benderang...sebelum bertolak kami singgah sarapn dulu di keningau..tempat en abg selalu minum pagi dengan opismate dia..





Aku makan nasi lemak telur + kopi madras..kat sini selalunya die akan bagi sup sekali kalau makan nasi apepun..suamiku makan lontong..rasanya pun ok..




Paling best masa tengah tunggu order aku ternampak blogger The Story Of My Journey puan Halen bersama suami & anaknya...mereka duduk berdepan dengan meja aku..aku sangat excited masa tu sebab tak sangka boleh terjumpa secara kebetulan di situ..aku memang follower dia..aku terus bgtau en abg..die cakap pergila tegur..nanti menyesal..bukan senang nak jumpa..bila dia cakap macam tu aku terus semangat nak jumpa tapi aku tunggu lepas habis makan..



Bila dah habis makan aku terus ke meja Halen dan famili..aku bersalam dan memperkenalkan diri..pada mulanya dia tak berapa dengar apa yang aku cakap dengan mention perkataan blog..dan pada andaian dia blok kuartes..hehehe..lepas tu aku ulang lagi blog..blogger..baru dia perasan..sekejap jer jumpa & bergambar pun terlupa..aku pun segan gak sebab nampak suami dia macam serius..hehehe..tapi oklah puas hati dapat berjumpa secara realiti..sebelum ni aku ikuti cerita dia di alam maya..chewah..Aku start follow blog Halen ni sebab kebetulan aku cari mengenai info politeknik KK..kebetulan terjumpa blog Halen dan dia adalah pensyarah di sana & sangat rajin updte blognya....So, aku terus jadi follower dia..begitulah kesahnya..harap perkenalan ini akan berkekalan.. :)



Kita sambung cerita nak jalan-jalan ke kundasang & ranau pula..lepas sarapan tadi kami teruskan perjalanan..kalau ikut google maps, perjalanan ke kundasang mengambil masa dekat 2 jam..dalam 80km kalau tak silap dari rumah suamiku...jalan dia bukan straight..tapi berliku-liku dan condition jalan pun tak berapa baik..sebab tu masa perjalanan hampir 2 jam..





pemandangan sekeliling penuh dengan bukit bukau..yang nampak kabur tu puncak gunung kinabalu..



jalan yang berliku..tapi pemandangan sekeliling amat cantik..Subhanallah!



Sampai di kundasang suamiku tak berhenti sebab macam was-was dan tiada signboard yang tulis di situ adalah kundasang..tak pun kami yang tak perasan..yang menyebakan aku tahu itu kundasang sebab nampak allianze bank..(sebab ada terbaca blog di kundasang ada satu bank sahaja)..macam suatu kawasan pergunungan yang asing bagi kami..pemandangan dia pun sangat lain..sejuk kat area situ..en abg meneruskan lagi perjalan sehingga ke ranau..







di pekan ranau : roundbout yang sangat unik..cat kuning berbentuk bulat..hehehe..sangat mudah dan jimat kos.

Di pekan ranau kami singgah di medan selera sebab kami ingin bertanyakan tempat menarik & laluan arah jalan..memang rezeki kami ada seorang hamba Allah yang memberitahu kami tempat-tempat yang menarik & jalan ke hot spring & fish massage..dan dia @ anak tuan kedai tu rupanya dapat sama position dengan suamiku di kolej komuniti semporna, sabah..walaupun dalam kawsan sabah..peerjalanan dari ranau ke samporna dalam 10 jam..jenuh tu..dan sekarang beliau jadi kenalan suamiku..dan paling best kami minum free..hehehe



perjalanan ke poring hot spring, ranau, sabah



kiranya macam pintu masuk ke hot spring la..tapi jaun juga dari parking kereta..huhu





en abg & ex opismate masa kerja di MGH dulu..

Inilah rupa kawasan hot spring di ranau..tiket masuk Rm 3 seorang..khemah hijau tu die sediakan air panas..ada yang boleh masuk ada yang tak boleh..tak boleh masuk sebab panas sangat airnya..kebetulan di situ juga terjumpa ex opismate suamiku..mr.healer..sama-sama berkerja semasa di MGH dulu...kecik sungguh dunia..borak sakanla sekejap..

kemudian kami jalan lagi kesebelah atas kawasan hotspring..rupanya ada lagi kawasan untuk melihat rama-rama & juga jambatan gantung (canopy walk)..nak masuk ni pun kena tiket lain pula..aku nak ke rama-rama..tapi en abg nak ke jambatan gantung..aku dahla gayat..tabah jela..rugi pula kalau tak cuba..dah datang jauh-jauh ni..

Perjalanan nak ke 1 stesen jambatan hgantung tu punyerla jauh..dalam 500m rasanyer..dengan memanjat bukit di lereng2 bukit..perggh..hilang banyak kalori time nih..berpeluh-peluh gaklah..kalau suami aku takder dah lama aku patah balik..lutut pun dah menggigil...aku nasihatkan kepada sesiapa nak ke canopy walk ni kena buat warming up dulu..kalau tak boleh kejang kaki..dahla stamina aku memang kurang..heheh..dah lama tak bersenam..

bergambar dengan famili mat salleh ni jap di stesen permulaan jambatan..en abg yang request..kan dah nampak beno beza kulitnyer....hehehe

jambatan dari stesen pertama ke stesen kedua..pakcik yang jaga stesen tu pesan kalau gayat jangan tengok bawah..

gayat...kecut perut...


nak ke stesen terakhir kot ni..



tolong...kaki saya dah krem...menggigil lutut dah..





Bila dah abis semua stesen nak turun bawah pulak palinglah lemah..sama jugak jauhnya dalam 500m..pergh..memang serius menggigil lutut aku..masa tu jalan slow2..sebab otot aku pun terkejut tiba2 naik bukit yang curam dengan membawa badan yang semakin berat..huhu..



lepak jap merehatkan kaki di hot spring



teka mana satu kaki saya?? hehehe





Kemudian kami ke tempat fish masage pulak..orang panggil fish massage so kami pun ikut jer..tapi bukan fish massage pun..die berebut dedak jer kat kaki kita lepas tu main gesel-gesel..eiii..geli den..kat sini tiket masuk RM 5 kalau tak silap..kamera pun die cas gak..sama juga masa di hotspring & canopy walk..kamera semua die cas..cari untung betul..kami diberi masa dalam 15 minit untuk bersama-sama ikan tu..sebelum group kami masuk, dari luar dah kedengaran orang menjerit2..geli kot..tak pun takut..psyko diri aku yang memang geli dah ni..



aksi aku yang tak berapa menarik..

Bila tiba turn kami, aku cuba memberanikan diri untuk masuk..memang lama gak la aku menahan urat saraf aku dari merasa geli..dan psyko diri sendiri "ikan tu tak gigit pun" dan berharap ikan kecil2 mengelilingi kaki aku..tapi bila aku dah masuk..rupanya2nya ikan kecil2 tulah yang kuat gigit..yang besar tu just di seakan menyedut-nyedut..eii..tak jadi aku nak diri lama2..lepas dapat tangkap gambar 2, 3 keping aku terus naik ke darat..dan jadilah aku camerawomen kepada aksi2 suamiku..



Dan di sini juga aku ternampak staff INSTUN bersama famili..tapi diaorng dah nak keluar..aku baru nak masuk..dia adalah Izwan TM..kecil sungguh dunia ini..hehehe



suasana di sg. moroli, kg luanti, nalapak, ranau, sabah...hehehe..



ikan yang berebut dedak..bukan berebut kaki..hehehe





mari makan tangan sayer...




Selepas dah puas en abg bermain dengan ikan yang ala-ala hanyir tu...kami bercadang untuk bermalam di area sini dan mencari hotel cottage seperti yang aku baca dalam blog..so kami patah balik ke kundasang..sampai di sini keadaannya sangat dingin dan sejuk..pekan die ala2 pekan koboi..tapi hotel penuh!!! huhuu..ramai pelancong kot..dengan rasa hampa kami pergi mencari hotel lain..







berhadapan dengan cottage hotel..sejuk bangat waktu ini..




berdekatan dengan cottage hotel tu ada war memorial kundasang..salah satu tempat peningalan sejarah dulu2..tapi bila kami sampai tempat dah tutup pukul 5.30pm..si dapat bergambar di luar jelah..(adik aku kata kat dalam tempat ni cantik) xperlah..lain kali je kot..

berangan kat depan war memorial...pemandangan sangat cantik kat sini..


aku dan suami puas berposing mencari posisi yang paling menarik..tapi kalau ader dslr mesti lagi cantik gambar nih..

berposing di Nabalu Lodge

Kemudian kami pergi ke Nabalu Lodge...juga full booked..adus..memang malang nasib kami..tinggal bilik yang mahal..RM480 semalam..rugi jer tu..dan dalam hati aku terus terdetik balik rumah en abg jerla..tapi banyak gak homestay kat tepi2 jalan ranau tu..tapi aku dah mals nak tidur situ dan ajak en abg balik jer..sebab esok nak balik n ke airport senang..


Tapi kami cuba lagi satu post iaitu di Kinabalu Park..juga dah penuh...tinggal bilik untuk 4 org dan katil double decker..ayoyo..kalau ada org lain nak masuk bilik tu dia akan bg untuk penuhkan 4 orang..hish..tak nak aku..Nabalu Park ni tempat pendaki2 gunung start mendaki..kat signboard tu ader tunjuk checkpoint dia..




@ nabalu park



Oleh kerana dah fed up..kami pun decide malam tu tidur rumah en abg jer..hehehe..sebelum tu sempat gak singgah Tanjung Aru..menikmati seafood..tapi mahal ya ampun...dahla lambat..tapi tabah jelah menunggu..Tanjung Aru ni lebih kurang macam Tanjung Lipat tapi tempat dia lagi banyak kedai..dan kalau kat johor tu ala-ala 10% dari Danga Bay..hehehe



Setakat tu je cerita & tempat-tempat yang sronok kalau nak pergi ke sana..dan cerita ini telah dipendek serta diringkaskan..kalau tak ringkas mahu lagi penjang berjela...ada satu lagi miss tempat yang cantik..iaitu ladang lembu di kundasang..sebab tak tau jalan.. dan dah lewat malam..lembu pun nak tidur time tu..orang kata kat sane view dia lagi cantik..dan dapat susu fresh lagi ..erkk..esoknyer..mau pulang ke Semenanjung...dadadadada

Tuesday, July 12, 2011

Mood Sabah bah..

Walaupun dah 2 hari berada di Semenanjung..ingatan di Sabah ada lagi..adakah aku terpikat untuk duduk di sana? hehehe..sebenarnya kaki aku lenguh akibat berjalan kat sane...dan yang paling best bersama en abg saya..kalau ikutkan semua urusetia kursus akan balik hari khamis jumaat lepas..tp aku extend ke ahad..spend masa bersama en abg..sebab masa kursus xsempat nak berjalan2 bersama..aku sebok dengan kursus dan dia dengan kerjanya..jumpa pun time malam jer..opsss..hehehe..

En abg seronokla tiap2 malam tidur hotel..sejuk2 gitu..dan die nampak excited bila aku datang sana..layan sebaiknya..tenkiu yer en abg..(mesti meluat orang yang baca ni..abaikan lah yer biasalah suami isteri dok jauh ni rindu-rinduan..kalau dekat gaduh-gaduhan...)

Habis je kursus aritu en abg & opismatenya terus ambil aku di hotel & ktorg makan tengahari di area dekat dengan 1 borneo...diaorg memperkenalkan makanan Nasi Bangus..pelik je bunyinyer..nak try gak..harganya dalam RM11 lebih..aku dah lupa berapa..nak ambil gambar beriya2 segan sebab ada opismate en abgku..

inilah dia nasi bangus..bersama ikan terubuk goreng..kira makanan paling special kat kedai ni..terhangat di pasaran!

Malam tu kami plan ke 1 Borneo..sebelum tu kami makan kat kedai makan yang en abg selalu lepak..dekat area perumahan Indah Permai..lepas tu singgah jap ke pasaraya lintas..aku belikan kemeja kat situ..sebab murah..hehehe

di pasaraya lintas..gaya jer ni..tak beli pun ape yang dibelek tu..

dan lepas tu terus ke 1 Borneo..ingatkan nak cari handphone untuk en abg..dan tersinggah ke kedai SAMSUNG..terus melekat di situ..dan dengan aku sekali terbeli gak handphone..kami beli handphone yang sama..Samsung Galaxy SL...2 set dapat RM2500..murah x?..anggap tu aku hadiahkan untuk en abg & en abg hadiahkan untuk aku..leh ke macam tu?hehehe..malas nak round2 cari handphone & tawar menawar..kira okla tu kot..nak sedapkan hati

pilih-pilih nak yang mana..ada samsung galaxy tab, galaxy SL, galaxy mini dan yang terbaru galaxy II

en abg tengah memilih & mencuba..chewah..

jeng-jeng..telah menjadi hak kami yang masih terkial-kial menggunakannya..hehehe

Kemudian dengan excited godek-godek handphone baru kami ke Tanjung Lipat..kat situ ader berderetan kedai2 makanan laut berdepan dengan pantai..meja2 disusun di tepi2 pantai tu..oleh kerana perut kenyang lagi, kami just order udang goreng butter & sotong goreng tepung..itupun jenuh gak nak menghabiskannya..Dah lama kat situ kami terus balik..kena tidur awal..esok nak pergi jalan2 lagi.. :)

Thursday, July 7, 2011

Mutiara Sabah

Lepas maghrib tadi aku pergi ke night market untuk mengambil set mutiara yang aku tempah semalam..aku tambah lagi order 2 set rantai & gelang mutiara untuk anak buah 2 orang..akak ipar aku hantar message petang tadi nak 2 rantai & gelang & brooch berjuntai..hehehe..

setelah di bawa balik ke bilik.
jom kita tengok apa dalam kotak tu...jeng..jeng..jeng...
:.
:.
:.
:.
:.
.
.
.

3 set rantai tu untuk yang kirim kat aku..aku belikan yang terbaik...untuk midah, kak zizah (untuk pika & fin)a..semuanya mutiara air masin..

Sedikit info untuk makluman pembaca blog sekalian dan apa yang aku tahu setelah beberapa hari menilik mutiara di sini :-

*mutiara kat sini ada 2 jenis iaitu mutiara air masin & mutiara air tawar..air masin tu dari laut & tawar tu dari sungai la kot..hehehe

*harga mutiara air masin lebih mahal berbanding mutiara air tawar & kita boleh lihat dari segi bentuknya & kekilatannya..bentuk mutiara air masin bulat cantik & mutiara air tawar bentuk tidak rata

*mutiara air tawar pun ader gred A hingga paling teruk tu dalam bentuk leper macam jagung..ada mutiara air tawar yang cantik tu gred A dan seakan mutiara air masin.

*belilah di night market kerana harga nya jauh lebih murah dari pasar filipina..di pasar filipina, peniaga tak kesah pun kalau kita cancel beli kerana tak dapat murah sebab harga yang diaorg letak memang tinggi giler..dan pelancong asing akan membeli mutiara di situ...dan di situ lebih mendapat tumpuan pelancong.

Sakit Pinggang

Hari ni dah hari ke-4 di Sabah...semalam tak sempat nak post entry aktiviti yang dibuat...letih..tak taulah kenapa..sakit pinggang dibuatnya..penat menilik mutiara dari satu kedai ke kedai...cari t-shirt untuk anak2 buah..penat tawar menawar..huhuhu...

Ini para peserta kursus dari JUPEM Sabah..ada dari tawau..sandakan..

Buat latih amal di persekitaran hotel..dekat je dengan pasar filipina..sambil buat latih amal..kita cuci mata...hehehe..

masa memborong souvenior untuk anak2 buah, kawan2 & saudara-mara..mutiara kat pasar filipina memang mahal..tinggi giler diaorg letak harga..paling murah pun kalau beli mutiara air masin satu set rantai macam dalam gambar kat atas tu dalam seratus lebih..kalau mutiara air tawar mahal gak..dan paling best aku dah jumpa port paling murah petang semalam..satu set rantai & gelang dapat dalam bawah RM100..tapi bukan untuk aku...midah kirim..hehehe..tempatnya di night market..brooch kat sini pun murah giler..so, pengajarannya..kat pasar filipina tu boleh usha2 jer dulu..tapi kalau nak murah di night market..petang semalam aku tempah 10 utas mutiara tangan & satu set mutiara air masin

brooch ni aku tak tau beli untuk siapa..t-shirt hijau tu untuk anak-anak buah termasuk irsyad..semua barang di atas aku beli di pasar filipina kecuali broch kecil2 tu...nasib baik rantai mutiara tu aku beli satu jer..itu pun susah nak dapat murah...petang ni nak ambil barang yang aku tempah semalam di nignt market...xperla sesekali pergi sini..lepas ni dah tau port mane yang murah aku kirim dengan en. abg jer kalau nak lagi..hehehe

Baru kejap tadi turun jap jalan-jalan dengan en mann ke pasar filipina..en mann nak beli kain pelekat samarinda...unik sikit kain tu sebab die basah..kena jemur dulu kot kalau pakai..aku pun terjebak beli gak..kedai2 kat situ letak harga Rm 48 ada..RM 50 pun ada..paling murah pun dapat tawar RM20..lepas tu kami beli kuih cincin..dan en mann beli kuih cincin & amplang..
walaupun lenguh tapi bile bab berjalan ni laju jer...hehehe..hari ni en mann, tan & en zamri akan balik dulu ke INSTUN...flight diaorang pukul 3 lebih petang...so esok aku kena ambil alih sebagai urusetia...

Tuesday, July 5, 2011

Kursus di Sabah

Settle dah satu hari berkursus di Imperial Beautic Hotel, Sabah...Debaran mengajar dah pun berakhir untuk hari pertama..walaupun dah biasa dok depan mengajar..tapi bila nak start tu rasa dup dap dup dap tetap ada..lagilah bila menatap wajah2 baru..suasana pun baru dan bersedia dengan soalan2 yang baru..hehehe..Petang tadi lepas kelas sempat gak jalan-jalan di Pasar Buah, Pasar Filipina, Pasar Ikan Masin dan Pasar Sg Air..jenuh gak berjalan..jalan kaki jer...ingatkan nak tengok-tengok & survey harga jer dulu..tapi terbeli gak butang baju melayu dan brooch di Pasar Sg Air...

Pada pandangan aku..rantai, gelang & brooch mutiara tu banyak pilihan di Pasar Filipina..berpinau mata tengok..aku beli dah nak last2 nanti..untuk souvenior...semalam dapat dating dengan En. Abg pun lewat..sebab di KK sekarang musim hujan time petang...disebabkan dia naik motor je untuk ke hotel, so kenalah tunggu hujan berhenti..lepas ni terpaksalah sewa kereta kalau nak jalan...dah survey Rm70 sehari..bolehlah tu..huhu..malam ni pun En. Abg datang lewat..sebab ada program suai kenal pelajar politeknik..sabar jelah..dah tugas...malam ni plan nak tengok Transformer di Centre Point depan hotel ni je...

taklimat & suai kenal dengan peserta kursus pada petang semalam - 4 julai 2011

kedai paling tepi di Pasar Filipina

Pasar ikan masin...semua jenis ikan masin ada..sotong kering..gamat jering..udang kering..kena pandai tawar..

butang baju melayu & brooch yang sempat disambar..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width