Aku makan nasi lemak telur + kopi madras..kat sini selalunya die akan bagi sup sekali kalau makan nasi apepun..suamiku makan lontong..rasanya pun ok..
Paling best masa tengah tunggu order aku ternampak blogger The Story Of My Journey puan Halen bersama suami & anaknya...mereka duduk berdepan dengan meja aku..aku sangat excited masa tu sebab tak sangka boleh terjumpa secara kebetulan di situ..aku memang follower dia..aku terus bgtau en abg..die cakap pergila tegur..nanti menyesal..bukan senang nak jumpa..bila dia cakap macam tu aku terus semangat nak jumpa tapi aku tunggu lepas habis makan..
Bila dah habis makan aku terus ke meja Halen dan famili..aku bersalam dan memperkenalkan diri..pada mulanya dia tak berapa dengar apa yang aku cakap dengan mention perkataan blog..dan pada andaian dia blok kuartes..hehehe..lepas tu aku ulang lagi blog..blogger..baru dia perasan..sekejap jer jumpa & bergambar pun terlupa..aku pun segan gak sebab nampak suami dia macam serius..hehehe..tapi oklah puas hati dapat berjumpa secara realiti..sebelum ni aku ikuti cerita dia di alam maya..chewah..Aku start follow blog Halen ni sebab kebetulan aku cari mengenai info politeknik KK..kebetulan terjumpa blog Halen dan dia adalah pensyarah di sana & sangat rajin updte blognya....So, aku terus jadi follower dia..begitulah kesahnya..harap perkenalan ini akan berkekalan.. :)
Kita sambung cerita nak jalan-jalan ke kundasang & ranau pula..lepas sarapan tadi kami teruskan perjalanan..kalau ikut google maps, perjalanan ke kundasang mengambil masa dekat 2 jam..dalam 80km kalau tak silap dari rumah suamiku...jalan dia bukan straight..tapi berliku-liku dan condition jalan pun tak berapa baik..sebab tu masa perjalanan hampir 2 jam..
pemandangan sekeliling penuh dengan bukit bukau..yang nampak kabur tu puncak gunung kinabalu..
jalan yang berliku..tapi pemandangan sekeliling amat cantik..Subhanallah!
Sampai di kundasang suamiku tak berhenti sebab macam was-was dan tiada signboard yang tulis di situ adalah kundasang..tak pun kami yang tak perasan..yang menyebakan aku tahu itu kundasang sebab nampak allianze bank..(sebab ada terbaca blog di kundasang ada satu bank sahaja)..macam suatu kawasan pergunungan yang asing bagi kami..pemandangan dia pun sangat lain..sejuk kat area situ..en abg meneruskan lagi perjalan sehingga ke ranau..
di pekan ranau : roundbout yang sangat unik..cat kuning berbentuk bulat..hehehe..sangat mudah dan jimat kos.
Di pekan ranau kami singgah di medan selera sebab kami ingin bertanyakan tempat menarik & laluan arah jalan..memang rezeki kami ada seorang hamba Allah yang memberitahu kami tempat-tempat yang menarik & jalan ke hot spring & fish massage..dan dia @ anak tuan kedai tu rupanya dapat sama position dengan suamiku di kolej komuniti semporna, sabah..walaupun dalam kawsan sabah..peerjalanan dari ranau ke samporna dalam 10 jam..jenuh tu..dan sekarang beliau jadi kenalan suamiku..dan paling best kami minum free..hehehe
perjalanan ke poring hot spring, ranau, sabah
kiranya macam pintu masuk ke hot spring la..tapi jaun juga dari parking kereta..huhu
Inilah rupa kawasan hot spring di ranau..tiket masuk Rm 3 seorang..khemah hijau tu die sediakan air panas..ada yang boleh masuk ada yang tak boleh..tak boleh masuk sebab panas sangat airnya..kebetulan di situ juga terjumpa ex opismate suamiku..mr.healer..sama-sama berkerja semasa di MGH dulu...kecik sungguh dunia..borak sakanla sekejap..
kemudian kami jalan lagi kesebelah atas kawasan hotspring..rupanya ada lagi kawasan untuk melihat rama-rama & juga jambatan gantung (canopy walk)..nak masuk ni pun kena tiket lain pula..aku nak ke rama-rama..tapi en abg nak ke jambatan gantung..aku dahla gayat..tabah jela..rugi pula kalau tak cuba..dah datang jauh-jauh ni..
Perjalanan nak ke 1 stesen jambatan hgantung tu punyerla jauh..dalam 500m rasanyer..dengan memanjat bukit di lereng2 bukit..perggh..hilang banyak kalori time nih..berpeluh-peluh gaklah..kalau suami aku takder dah lama aku patah balik..lutut pun dah menggigil...aku nasihatkan kepada sesiapa nak ke canopy walk ni kena buat warming up dulu..kalau tak boleh kejang kaki..dahla stamina aku memang kurang..heheh..dah lama tak bersenam..
Bila tiba turn kami, aku cuba memberanikan diri untuk masuk..memang lama gak la aku menahan urat saraf aku dari merasa geli..dan psyko diri sendiri "ikan tu tak gigit pun" dan berharap ikan kecil2 mengelilingi kaki aku..tapi bila aku dah masuk..rupanya2nya ikan kecil2 tulah yang kuat gigit..yang besar tu just di seakan menyedut-nyedut..eii..tak jadi aku nak diri lama2..lepas dapat tangkap gambar 2, 3 keping aku terus naik ke darat..dan jadilah aku camerawomen kepada aksi2 suamiku..
Kemudian kami pergi ke Nabalu Lodge...juga full booked..adus..memang malang nasib kami..tinggal bilik yang mahal..RM480 semalam..rugi jer tu..dan dalam hati aku terus terdetik balik rumah en abg jerla..tapi banyak gak homestay kat tepi2 jalan ranau tu..tapi aku dah mals nak tidur situ dan ajak en abg balik jer..sebab esok nak balik n ke airport senang..
Tapi kami cuba lagi satu post iaitu di Kinabalu Park..juga dah penuh...tinggal bilik untuk 4 org dan katil double decker..ayoyo..kalau ada org lain nak masuk bilik tu dia akan bg untuk penuhkan 4 orang..hish..tak nak aku..Nabalu Park ni tempat pendaki2 gunung start mendaki..kat signboard tu ader tunjuk checkpoint dia..
Oleh kerana dah fed up..kami pun decide malam tu tidur rumah en abg jer..hehehe..sebelum tu sempat gak singgah Tanjung Aru..menikmati seafood..tapi mahal ya ampun...dahla lambat..tapi tabah jelah menunggu..Tanjung Aru ni lebih kurang macam Tanjung Lipat tapi tempat dia lagi banyak kedai..dan kalau kat johor tu ala-ala 10% dari Danga Bay..hehehe





0 kata-kata perangsang:
Post a Comment