Friday, August 26, 2011

Selamat pulang ke kampung

Alhamdulillah...dah selamat pulang kr kampungku...felda tenang..tapi sabtu ni bertolak ke felda kratong pula...sebab tahun ni turn sambut raya di rumah mertua....suamiku dh menyanyi kegirangan..."wo..wo..wo..balik kratong...wo..wo..wo..blk kratong..."..
Biaserlah tu...nak mengusik aku...aku tak kisah pun...tahun depan kt tgk saper yang mleleh air mata....

Semalam ajak mak abah berbuka di luar..saja nak belanja sebab semalam hari lahir mak yang ke 58 tahun...aku hadiahkan mak tupperware kecil2 kaler hijau n handbag polo aku share dengan adik aku...

Paling syok tengok bile balik kampung ni gelagat irsyad bile dah hampir 3 bulan tak jumpa ayahnya...tersipu2 malu..tapi mahu...irsyad ni dengan siapa pun die tak kisah...asalkan pandai layan dia main n dia akan suka orang tu...sekarang ni denagn ayahnya jelah...jalan-jalan, main bola..kereta..seronok tengok ayahnya dah lepas rindu..

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya..Ampun Maaf Dipinta..

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua..tak kira di mana anda berada...semoga aidilfitri kali ini disambut dengan gembira...bersama famili dan sanak saudara tercinta...

di kesempatan ini saya sekeluarga mohon ampun & maaf sekiranya terdapat salah dan silap samada secara sedar atau tidak yang mungkin ada menyinggung hati sesiapa..harap maafkanlah..saya pun dah takder simpan apa2 yang tidak baik kepada sesiapapun...0-0 yer..


ayah-ibu-irsyad nak pulang ke labis & keratong..tata semua..

*ekad ni ditempah dari en Hafiz RnD...

Semoga berjumpa lagi naik cuti selepas raya ni..makan kueh raya + ketupat + rendang puas2...jangan naik 5 kilogram sudah..lepas ni kita boleh sambung puasa 6...

Salam Lebaran dari jiejah sekeluarga :)

Monday, August 22, 2011

Coklat Crispy Badam

Akhirnya tercapai gak nak buat biskut raya sendiri..kalau ikutkan memang malas nak buat kuih raya sendiri..sebab guna masa + tenaga..lepas tu nk basuh peralatan yang digunakan + dapur bersepah..memang senang je kalau beli kuih tunjuk..

Semangat nak buat biskut raya ni disebabkan adanya kedai KiaAbdul di tanjung malim..yang menjual barang2 nak buat kek+cupcake dsbnya..di samping tengah dok sorang-sorang tu
bolehlah mengisi kebosanan dengan membuat biskut raya..

Tapi..apepun biskut raya yang aku buat ni tak remeh mana pun..sangat mudah & simple jer tp gaya ekslusif gitu..tak perlu bakar-membakar..Moh kita layan gambar kueh yang dah siap dulu..

coklat crispy badam

Bahan-bahannya:-

Chocolate crispy
coklat masakan (aku syorkan coklat beryl's)
Badam cincang
mangkuk kertas (untuk bekas biskut raya tu)

bahan2 utama dari kiri : coklat masakan, coklat crispy, mangkuk kertas dan badam cincang..

beli kali kedua sebab coklat tak cukup..memang sangat puas hati guna coklat beryl's ni..

Cara-cara membuatnya:-

1. Goreng dulu badam cincang dengan api yang slow..kena pantau selalu takut cepat hangus..

letak siap2 coklat crispy & badam cincang yang telah digoreng..

2. susun mangkuk kertas banyak-banyak dan kemudian taburkan chocolate crispy dan dikuti dengan badam cincang dan skali lagi chocolate crispy..

alangkah bestnya kalau ada asistant untuk susun mangkuk kertas ni..jenuh gak buat susun bende ni & tanggalkan dari susunan asal dia..

coklat crispy + badam cincang

3. Sementara tengah tabur chocolate crispy + badam cincang dalam mangkuk kertas, cairkan coklat masakan itu..

Beginilah aku mencairkan coklat masakan..masa ni guna coklat masakan biasa..tak cantik sangat bila dah cair..masih likat & berketul2..

4. Bila coklat dah mencair..bolehlah dituangkan kedalam mangkuk kertas tadi..dan bekukan coklat di dalam peti sejuk...siap dah..

bila pakai coklat masakan biasa, kecairan coklat tak berapa menarik..gambar yang di atas sekali menggunakan coklat beryl's..nampak cantik n coklat memenuhi ruang mangkuk kertas..

Mudahkan..untuk hiasan letaklah badam ke..kalau nak cantik lagi belilah manik yang berkaler2 tu..biasernyer kueh coklat2 ni feveret budak2..harap2 anak2 buah ku nanti suka :)

ok..dah boleh simpan untuk raya..kalau nak rasa mehlah datang rumah.. :)

dapat 2 telap tupperware saiz C & D..oklah tu..nak bg mak & mertua..untuk aku sikit jer..

*Aku cadangkan coklat beryl's sebab bila kt cairkan dia akan mencair dengan baik sekali tanpa berketul2..dan kita tak perlu buka api senantiasa..kalau guna coklat masakan biasa, dia akan cair secara berketul dan kena buka api sentiasa sebab mudah jadi keras kalau tanpa pemanasan dari api..

Puding Roti


Seperti yang dijanjikan..akhirnya dapat juga menghasilkan puding roti yang seakan macam tak jadi ni..apepun kita layan gambar dulu...dari sudut yang mungkin nampak menarik..

menarik ke? macam hangus jer..hehehe

Bahan-bahannya:-

Roti sebuku @ ikut kebesaran bekas
kismis gelap
susu sejat - 1 tin
gula halus - 2 cawan
esen vanila - 1 sudu kecil
butter - kalau xder pun xper..
telur - 2 biji

Cara-cara membuatnya:-
1. Belah-belahkan roti ikut suka..kalau nak cantik guna pisau..nampak tersusun n kemas..kemudian susun dalam bekas yang digunakan.

2. Taburkan kismis secara berselerak ke atas roti..dan susun lagi roti..(kalau roti banyak lagi)..dan tabur kismis lagi..

3. Dalam bekas lain..campurkan 1 tin susu, telur & gula halus tadi..kemudian tambah esen vanila..bila gula dah larut curahkan campuran tadi ke dalam bekas susunan roti..

nampak tak kuning2 yang timbul tu..itu sebab terlampau banyak rujuk resepi..ada yang bubuh butter dan ada yang tak bubuh..last2 aku silap bubuh dalam campuran susu tu..tapi takper..

4. Biarkan roti tadi meresapi air campuran susu tadi selama 30 minit.. (ada sesetengah blog dia sapukan butter ke atas roti terlebih dahulu sebelum tuang campuran susu tadi)..terpulang..

nampak tak kuning2 tu aku sapu dengan butter..selekeh sikit sebab aku terlupa nak letak dari awal sebelum curah campuran susu tu..hehehe..tapi takper..xder effect sebab bila dh bakar dia tak nampak..

5. Kemudian baru bakar ke dalam oven dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 - 40 minit..(kalau rasa-rasa bawah dia tak masak lagi boleh tambah lagi masa membakar)..

puding dah mengembang membukit macam nak meletup..

Akhir sekali..puding roti itu akan naik tinggi n kembang..itu dah nak masaklah tu..dah agak2 sejuk letak dalam peti sejuk..biar die keras sikit..baru sedap makan..

Ada yang buat kuah custard sebagai kuah kepada puding roti ni..memang nampak menyelerakan bila ada kuah/sos..tapi saya dah mim alif lam sin = malas..hehe

Ok itu sajer..Selamat mencuba!! :)

Friday, August 19, 2011

Awak Tak Kahwin Lagi..Kalau Awak Dah Kahwin Barulah Awak Tahu

Panjang betul tajuk post saya kali ni..hehehe..bukan apa..dah lama aku nak tulis pasal perkara ni..tapi asyik tertangguh..so, di pagi jumaat ini rehat sangat panjang...jadi aku tulislah..tujuannya untuk orang yang belum berkahwin..renung2kanlah...dan..fikirlah..bukan bertujuan untuk menyakiti sesiapa tapi siapa yang terasa cili tu dot dot dot..terus terang ini semua untuk meluahkan apa yang terbuku di hati..

takder yang kontroversi sangat entry aku kali ni..cuma untuk peringatan bersama..sebab ini perkara ini sering berlaku..bukan pada anda2 semua..dan mungkinkah akan berlaku pada anda2 semua??...

Dulu....masa saya belum kahwin pun saya banyak tak ambil port mengenai hal keadaan orang yang dah berkahwin..saya lihat, bila dah berkahwin ni..komitmen mereka akan lebih tertumpu kepada famili & keakraban bersama rakan menjadi kurang..dek kerana tugas nak ambil anak..makan bersama famili..keakraban bersama rakan seperti keluar makan & minum & beriadah bersama menjadi kurang..


Apabila sesetengah individu yang sudah berkahwin kerap mengambil cuti disebabkan hal anak/isteri/suami sakit aku pun ambil kisah sangat..kadang2 ada juga yang bunyi.."asyik cuti jer"..terutama mereka yang belum berkahwin..mereka tak merasainya lagi..


Setelah berkahwin...ya..memang betul bila berkahwin ni komitmen bukan beban kita akan bertambah..saya akui semua itu..terutama kepada kaum wanita yang berkerjaya..nak uruskan anak & suami..rumah..makan pakai semua tu..tapi itulah yang menjadi tanggungjawab si isteri bila sudah berkahwin..manakala si suami mencari nafkah & membantu isteri dalam kerja2 rumah & menjaga anak..kebahagian berumahtangga terletak di situ..



Tapi..tidak semua orang yang dah berkahwin mengalami kebahagian duduk bersama satu famili semacam itu..ada yang suami duduk di seberang laut nun jauh di sana..isteri pula di utara dan anak terpaksa di tinggalkan sementara di selatan bersama datuk & neneknyanya..dek kerana si isteri tiada saudara mara terdekat dan selalu outsatation. Si suami tak dapat nak bermesra dengan isteri dan anak2..si isteri tak dapat juga bermanja2 dengan suami dan anak2..hidup kosong seperti orang yang belum berkahwin..tiada gelak ketawa si suami/isteri..tiada tangisan si anak..dan..penghubung silaturrahim hanyalah di talian telefon..ya..dengan menelefon orang2 tersayang..


Tapi apa yang sangat sedih di sini..bila isteri menelefon suaminya untuk melepaskan rindu bagai ada yang tidak senang di kalangan rakan si suami yang berada di perantauan ini..dan sampai hati ada yang mengatakan isterinya queen control..salahkah isteri kerap menelefon suami? itu sahajalah penghubung ikatan mereka berdua yang tidak tinggal bersama..hal ini kerap berlaku pada isteri yang menelefon suami..kalau suami yang menelefon isteri takder pula yang panggil king control..salahkah bersms & membuat pangilan kepada suami sendiri? mengganggu sangatkah perbualan kami? tapi ingat awak belum berkahwin...dah kalau awak dah kahwin..awak tahulah macamana nanti..terutama sekali kalau duduk berjauhan..cubalah rasainya sendiri...


Dan lagi satu bagi wanita yang belum berkahwin..dia sukar merasai apa perasaan wanita yang dah berkahwin...wanita bujang di luar sana janganlah dengan rasa tiada bersalah keluar bersama suami orang..kecuali atas sebab2 munasabah..awak tidak berkahwin lagi..awak tak tahu betapa remuknya si isteri bila melihat perempuan bujang berada disamping suaminya tanpa motif kerja..dan kalau nak minta pertolongan kudrat pun mintalah tolong yang orang2 yang masih bujang...bukannya suami orang...tolong berfikir dengan sebaiknya.. ya..saya akui semasa bujang kita memang kurang terfikir perkara-perkara macam ni..tapi, harap maklumlah selepas ini dan tercuitlah rasa hati agar lebih sensitif dengan perkara-perkara ini..


Hmm..panjang lebar dah jadinya entry ini..

apapun aku berharap agar keadaan menjadi lebih baik.....


*mode : sebak seketika + sedikit emosional di bulan ramadhan ni..sob!sob!

Thursday, August 18, 2011

Ikan Cencaru Sumbat

Kerje tepek resepi jelah sekarang ni..
almaklumlah bulan puasa...hehehe
Resepi kali ni ialah ikan cencaru sumbat..walaupun ia mudah dan sangat simple dan pastinya orang lain tahu bagai kacang goreng jer membuatnya, tapi aku nak cerita juga resepi aku membuat ikan cencaru sumbat..


Asalnya ia adalah resepi mak mertuaku..tapi die buat sangat best rasannya..bila aku buat rasanya biasa2 sajer..tak tau kat mane yang kurang..apepun ni adalah feveret en abg ku..

Bahan-bahannya:


Ikan cencaru (di belah bahagian perut untuk disumbat)- di lumur kunyit & garam
untuk inti:
kelapa parut - segenggam
lada besar-biji dibuang sedikit - 3 biji
bawang merah kecil - 2 ulas
halia - 1/2 cm
garam- hujung sudu je
gula - hujung sudu jer
belacan (optional)
putih telur

Cara-caranya:

Tumbuk bahan-bahan untuk inti kecuali kelapa parut..
dah lumat kesemuanya barulah digaulkan dengan kelapa parut..


setelah mesra masukkan campuran inti itu tadi kedalam belahan isi ikan..

setelah penuh dan padat, ambil putih telur dan tepek2kan ke bahagian inti supaya inti tidak terkeluar semasa menggoreng..


Kemudian bolehlah mula menggoreng dan letak minyak sedikit jer..dan goreng pada bahagian yang disumbat dahulu supaya inti tidak terkeluar..


Selamat mencuba!!!

Puding Trifle

Semalam cuti sempena Nuzul Al-Quran..
projek yang aku rancang iaitu nak buat puding trifle telah berjalan dengan jayanyer..hehehe..
banyak rintangan rupanya nak buat trifle ni..
rintangannya sebab susah cari kek swiss role di tg malim ni..jenuh gak..
sebab di kedai kek pun takder kek gulung ni..last2 jumpa di yat fong..itupun ada perisa pandan...
nasiblah..jadinya berkaler2lah trifle aku tu..hijau + kuning + merah..
lepas tu fruit cocktail yang aku beli kat tf market tu dah tak elok bila buka..
terpaksalah aku keluar semula beli kat kedai lain...
oklah lama aku berceloteh..inilah resepinya..sebelum tu layan gambar yang dah siap dulu..cuci mata..

pandangan atas

pandangan sisi

Bahan-bahannya :-

Swiss Role Cake (kalau takde kek coklat pun boley)
Tepung Custard - 4 sudu membukit
Susu krim Sejat Milkdeal - 1 tin
Esen Vanila - 1 sudu
Gula Pasir - 7 sudu
Air - 1/2 tin
Tin Fruit Coctail - 1 tin ( kalau nak byk beli 2 tin)
Konyukunya Jelly (2 peket ikut suka nak perisa ape)

Cara-cara membuatnya :-

Lapisan 1 : Potong kek swiss role tu setebal 1.5 cm..susun cantik2 ikut kebesaran bekas yang digunakan..lebih cantik guna bekas kaca yang lutsinar..nampak macam ekslusif gitu.. Ambil sedikit air fruit cocktail dan disimbah ke atas susunan kek tadi biar die basah2 sikit.

susun ikut kebesaran bekas..siap2 asingkan untuk bagi ke jiran..hehehe

Lapisan 2 : Campurkan 1 tin susu sejat Milkdeal ke dalam periuk dan kacau dengan 1/2 tin air. kemudian tambahkan 7 sudu gula & 1 sudu esen vanila..kacau hingga mendidih. Sementara itu, sebelum mendidih dalam satu bekas lain campurkan 4 sudu tepung custard dan 1/2 tin air. Bila campuran di dalam periuk tadi dah mendidih, masukkan campuran tepung custard tadi. Kacau sehingga menjadi pekat dan likat. Kemudian bolehlah dituangkan ke atas swiss role cake yang telah disusun tadi..biarkan sehingga ia pejal sedikit


campuran custard tadi di tuangkan ke atas susunan kek swiss role

Lapisan 3 : Letakkan buah-buahan dari tin fruit cocktail tadi ke atas lapisan custard yang dah pejal. (buah2an itu ditoskan dari airnya)

Lapisan 4 : Bancuh konyukunya jelly ikut arahan di belakang kotak. kemudian bila dah larut semuanya & mendidih bolehlah tuang ke atas taburan buah tadi setelah dibiarkan sejuk sedikit.

serbuk konyukunya jelly yang dah larut dalam air..bila dah agak sejuk..tuangkan keatas buah2an td..

tara..inilah hasilnya...

kemudian simpan di dalam peti sejuk dalam sehingga jelly tadi betul2 beku..dan bila dah beku bolehlah di makan dengan penuh nikmat...kalau rajin tambahlah whipped cream pada lapisan atas sekali..lepas tu hiaskan dengan buah2an lain atau pun coklat & sukahati nak letak aper..tapi aku tak letak pun..

Selamat mencuba!!!

lepas ni nak buat puding roti pula..sebab roti yang di beli tak bersentuh..so, kita kan jadikan puding roti sebelum ia tamat tarikh luput..hehehe..tunggu next entry.. :)

Monday, August 15, 2011

Adik Aku Masuk Hospital

Alkisahnya adik aku sorang ni bernama siti (nama timangan) kena tahan wad pada jumaat lepas...pada jumaat tengahri tu dia menghantar sms kepada aku....

"aku dalam ambulan ni, doakan baby aku ok :(

doktor suspek mengandung luar rahim, masuk air ni"

macam tulah bunyi msg dia..terkejut gak tapi aku rasa taklah cemas mana sebab dia masih boleh hantar sms..hehehe..

So, sekarang ni dia masih di hospital sultanah aminah (HSA) di JB..kebetulan dia bercuti dan pulang ke rumah mertua... keputusan keluar hari ini..kalau ikutkan kandungan dia baru nak masuk 7 minggu..tapi bila scan kat perut & ikut bawah still tak nampak apa2..sebab tu doktor suspek mengandung luar rahim atau juga dikenali dengan kehamilan ektopik...

kesian juga kat dia..memang berharap sangat nak mengandung..tak sangka pula timbul masalah lain pula bila dah mengandung..tapi takpelah dah ketentuanNya..doa2 jelah semuanya selamat...

Aku harapkan kandungan dia betul2 dalam rahim..mungkin kulit dia tebal sangat kot..die ni gemok sikit..hehehe..sebab tu tak nampak lagi bila scan..ada ke kes macam tu??apa2 pun keputusannya mungkin petang ni..tabahla & bersabarlah wahai siti...


pic aku search dari google : perbezaa kehamilan normal & kehamilan ektopik (luar rahim)

Berpuasa Di kampung

Sempat gak berpuasa..bersahur dan berbuka di kampung...walaupun sekejap tapi best sebab adik beradik aku ada yang balik..cuma nana & siti je tak de..nana di politeknik..dan siti kena tahan wad..sepatutnya ahad tu turn die blk tenang lepas ke rumah mertua...tapi takpelah..telah ditakdirkan macam tu..

meja tak muat..jadi berbuka di bawah beramai-ramai..syoknyer...

barisan cucu-cucu tok mahmud

ukail tertinggal barisan cucu di atas..

fina yang kuat berposing..

ibu windu irsyad..sob!sob! bersama berus giginya..kalau pergi bilik air mesti cari berus gigi dulu..

hari ahad balik ke tanjung malim (semalam) sempat aku ke batu pahat dulu beli kuih raya..kebetulan aku tumpang adik aku & adik aku nak ambil kwnnya di parit sulong...boleh tahan murahla..ramai giler orang beli kuih raya..nak bawa balik KL la kot..takpun jual kat sane..

antara kuih yang dibeli..untuk aku sikit jer..yang lain untuk mak aku dan mak mertua..hehehe

Thursday, August 11, 2011

Tadarus Al-Quran

Biasanya bulan ramadhan ni orang akan berkejaran nak khatam Al-Quran..tak ketinggalan aku yang memang nak habiskan bacaan ayat Al-Quran...tapi tak pernah pun habis..selalunya terkandas ditengah jalan..sekarang ni pun baru je juzuk 4..huhuhu..memang ada harapan untuk terkandas di tengah jalan lagi..sebab..dengan fikir nak tidurnya..fikir nak berfesbuk..nak berblog...biasalah baca sorang2 ikut suka kita nak baca time bila...lepas tu baca main laju jer..syok sendiri..hukum2 tajwid kadang-kadang dah tak perasan sebab xder siapa nak semak....

Jadi....aku cuba join satu group tadarus INSTUN..diaorang dah buat start dari awal ramadhan dan aku baru je join hari ni..sebab baru tahu semalam..dan yang lagi best buat di bilik meeting bawah opis aku jer..kalau buat kat surau aku berkira2 juga nak join..malas betul aku ni...start je mula baca tadi aku nervous lah gak..lama tak baca depan org ramai..banyak gak bacaan yang salah..lebih2 lagi hukum tajwid..mane yang kena baca dengung banyak yang aku tak dengungkan..bunyi huruf pun kena tegur juga sebutan "kha"..."qof"..rupanya banyak lagi kelemahan aku dalam mengaji Al-Quran..dan aku kena tengok2 balik hukum tajwid sebab banyak dah lupa..adusss..

Aku klik sini untuk --> panduan hukum tajwid



Apa yang aku harap lepas ni aku akan aware pasal hukum tajwid ni..dan berharap dengan join group tadarus ni aku dapat khatam dan pelajari cara-cara bacaan dengan hukum tajwid yang betul..insya'Allah...

Wednesday, August 10, 2011

Petua Wardina Mendidik Anak Solat 5 Waktu

Just for sharing :) & jadikan teladan...


wardina & anak-anak : sumber dari google



Note yang ditulis oleh Wardina :


BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you…

because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…

we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since.

Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….

But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat.

(hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau)

-lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..

kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti –

buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..

how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat,

how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..

TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…

acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat!

I tell Amna that….we have to be strong..

we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.

(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder.

After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!!

(3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan)

But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….

tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers…

sorang je kat dalam surau tu….

i wanted to pengsan and cry…she did all by herself….

i pun told her how happy and how proud i was of her…

i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..

cair nya hatiku ini. Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…


now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN!

Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night…..

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…

anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

SILA KLIK BUTANG 'SHARE' SELEPAS MEMBACA

Tuesday, August 9, 2011

Blog Jiejah Catalyst

Memperkenalkan...Blog Jiejah Catalyst --->

klik logo di atas untuk terus link ke Blog Jiejah Catalyst....terdapat barangan produk kesihatan catalyst yang laris di pasaran!!!...untuk tempahan boleh direct terus ke blog tersebut..sekian :)

Kenduri Akikah Nafis Ukail

Sebelum terlupa..ini die post yang tertangguh lama dulu..kenduri akikah yang diadakan pada 29.5.2011..selepas majlis harijadi irsyad di kampung…lets enjoy the photos…


Nama saya Nafis Ukail


Ini anak abangah aku yang ke-3..kalu ikut susunan cucu, dia ni cucu yang ke-7 pak mahmud selepas irsyad..selamat dilahirkan pada bulan April 2011..tarikhnya terlupa pula..hehehe

sedapnyer tidur...

aktiviti mencukur rambut ukail...ustazah dari pejabat agama..ni kira ikut modul keluarga sakinah..johor je kot buat macam ni..selepas bercukur, rambut ukail dikumpulkan dan di timbang..kemudian abang aku akan membayar nilai berat rambut tadi berdasarkan harga semasa perak..wang tersebut akan disedekahkan kepada fakir miskin.

syoknyer tidur..orang cukur kepala dia pun tak sedar...


abang aku sedang lafaz akad menamakan anak..


ni lah hero aku..hehehe


irsyad & ayah..


irsyad dan ayah lagi...


fina & ibunya...


fina & ukasyah..abg kepada nafis ukail..


faresh adam - nafis ukasyah - nafis uwais


cucu-cucu pak mahmud (abah aku)




suamiku sebok nak berposing...


hidangan pada malam itu..
eh! terselit orang tengah kopek kelapa muda..ngidam ke? ini abang aku yang sulong..abanglong..(gambar keesokan harinya ni..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width