Monday, August 15, 2011

Adik Aku Masuk Hospital

Alkisahnya adik aku sorang ni bernama siti (nama timangan) kena tahan wad pada jumaat lepas...pada jumaat tengahri tu dia menghantar sms kepada aku....

"aku dalam ambulan ni, doakan baby aku ok :(

doktor suspek mengandung luar rahim, masuk air ni"

macam tulah bunyi msg dia..terkejut gak tapi aku rasa taklah cemas mana sebab dia masih boleh hantar sms..hehehe..

So, sekarang ni dia masih di hospital sultanah aminah (HSA) di JB..kebetulan dia bercuti dan pulang ke rumah mertua... keputusan keluar hari ini..kalau ikutkan kandungan dia baru nak masuk 7 minggu..tapi bila scan kat perut & ikut bawah still tak nampak apa2..sebab tu doktor suspek mengandung luar rahim atau juga dikenali dengan kehamilan ektopik...

kesian juga kat dia..memang berharap sangat nak mengandung..tak sangka pula timbul masalah lain pula bila dah mengandung..tapi takpelah dah ketentuanNya..doa2 jelah semuanya selamat...

Aku harapkan kandungan dia betul2 dalam rahim..mungkin kulit dia tebal sangat kot..die ni gemok sikit..hehehe..sebab tu tak nampak lagi bila scan..ada ke kes macam tu??apa2 pun keputusannya mungkin petang ni..tabahla & bersabarlah wahai siti...


pic aku search dari google : perbezaa kehamilan normal & kehamilan ektopik (luar rahim)

5 comments:

meen_farieemiee said...

kak...macam farah nih pun badan beso kan so ...mmg susah la nak nmpk...fakhrul tuh dr kata da gugur lepas 2 minggu konon nak g ngurut habis pantang dr kata ader lagik yg hari tuh coz kulit tebal susah nak nmpk...

jiejah said...

ye ke meen..akak harap mcm tulah..harap2 kandungan die betul2 kat tempat sepatutnya n skang ni xnmpk lagi..

Susie said...

ye ke kait..ciannya dia..yang baru kawen aritu kan?doa2 xde apa2 la...klu betul mmg kene buang...sayang nya...

jiejah said...

itulah...semalam scan dah nampak kabur2 tapi doktor kata bukan dalam kantung..macam kandungan anggur..kena tunggu keputusan pakar pulak lepas ni..

jiejah said...

info terkini : adik aku siti baru sms dan bgtau keputusan boleh keluar hospital arini...dah scan n nampak kandungan di tempat yang betul ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width