Friday, August 19, 2011

Awak Tak Kahwin Lagi..Kalau Awak Dah Kahwin Barulah Awak Tahu

Panjang betul tajuk post saya kali ni..hehehe..bukan apa..dah lama aku nak tulis pasal perkara ni..tapi asyik tertangguh..so, di pagi jumaat ini rehat sangat panjang...jadi aku tulislah..tujuannya untuk orang yang belum berkahwin..renung2kanlah...dan..fikirlah..bukan bertujuan untuk menyakiti sesiapa tapi siapa yang terasa cili tu dot dot dot..terus terang ini semua untuk meluahkan apa yang terbuku di hati..

takder yang kontroversi sangat entry aku kali ni..cuma untuk peringatan bersama..sebab ini perkara ini sering berlaku..bukan pada anda2 semua..dan mungkinkah akan berlaku pada anda2 semua??...

Dulu....masa saya belum kahwin pun saya banyak tak ambil port mengenai hal keadaan orang yang dah berkahwin..saya lihat, bila dah berkahwin ni..komitmen mereka akan lebih tertumpu kepada famili & keakraban bersama rakan menjadi kurang..dek kerana tugas nak ambil anak..makan bersama famili..keakraban bersama rakan seperti keluar makan & minum & beriadah bersama menjadi kurang..


Apabila sesetengah individu yang sudah berkahwin kerap mengambil cuti disebabkan hal anak/isteri/suami sakit aku pun ambil kisah sangat..kadang2 ada juga yang bunyi.."asyik cuti jer"..terutama mereka yang belum berkahwin..mereka tak merasainya lagi..


Setelah berkahwin...ya..memang betul bila berkahwin ni komitmen bukan beban kita akan bertambah..saya akui semua itu..terutama kepada kaum wanita yang berkerjaya..nak uruskan anak & suami..rumah..makan pakai semua tu..tapi itulah yang menjadi tanggungjawab si isteri bila sudah berkahwin..manakala si suami mencari nafkah & membantu isteri dalam kerja2 rumah & menjaga anak..kebahagian berumahtangga terletak di situ..



Tapi..tidak semua orang yang dah berkahwin mengalami kebahagian duduk bersama satu famili semacam itu..ada yang suami duduk di seberang laut nun jauh di sana..isteri pula di utara dan anak terpaksa di tinggalkan sementara di selatan bersama datuk & neneknyanya..dek kerana si isteri tiada saudara mara terdekat dan selalu outsatation. Si suami tak dapat nak bermesra dengan isteri dan anak2..si isteri tak dapat juga bermanja2 dengan suami dan anak2..hidup kosong seperti orang yang belum berkahwin..tiada gelak ketawa si suami/isteri..tiada tangisan si anak..dan..penghubung silaturrahim hanyalah di talian telefon..ya..dengan menelefon orang2 tersayang..


Tapi apa yang sangat sedih di sini..bila isteri menelefon suaminya untuk melepaskan rindu bagai ada yang tidak senang di kalangan rakan si suami yang berada di perantauan ini..dan sampai hati ada yang mengatakan isterinya queen control..salahkah isteri kerap menelefon suami? itu sahajalah penghubung ikatan mereka berdua yang tidak tinggal bersama..hal ini kerap berlaku pada isteri yang menelefon suami..kalau suami yang menelefon isteri takder pula yang panggil king control..salahkah bersms & membuat pangilan kepada suami sendiri? mengganggu sangatkah perbualan kami? tapi ingat awak belum berkahwin...dah kalau awak dah kahwin..awak tahulah macamana nanti..terutama sekali kalau duduk berjauhan..cubalah rasainya sendiri...


Dan lagi satu bagi wanita yang belum berkahwin..dia sukar merasai apa perasaan wanita yang dah berkahwin...wanita bujang di luar sana janganlah dengan rasa tiada bersalah keluar bersama suami orang..kecuali atas sebab2 munasabah..awak tidak berkahwin lagi..awak tak tahu betapa remuknya si isteri bila melihat perempuan bujang berada disamping suaminya tanpa motif kerja..dan kalau nak minta pertolongan kudrat pun mintalah tolong yang orang2 yang masih bujang...bukannya suami orang...tolong berfikir dengan sebaiknya.. ya..saya akui semasa bujang kita memang kurang terfikir perkara-perkara macam ni..tapi, harap maklumlah selepas ini dan tercuitlah rasa hati agar lebih sensitif dengan perkara-perkara ini..


Hmm..panjang lebar dah jadinya entry ini..

apapun aku berharap agar keadaan menjadi lebih baik.....


*mode : sebak seketika + sedikit emosional di bulan ramadhan ni..sob!sob!

4 comments:

Ummi Mahmood said...

sebak daku baca....sedihnyer...betul sgt2 apa yang dikau tulis..sabarlah sayang..=P

Susie said...

aku sokong kait...sabar2 ek...abaikan je suara2 sumbang tu...

ijanz said...

tabah menghadapi dugaan hidup.. pedulikan apa org nak kata

jiejah said...

tenkiu semua yg bg sokongan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width