Tuesday, August 2, 2011

Cara-cara Membuat Pizza

Entry kali ni aku nak cerita mengenai cara-cara membuat pizza..Malam tadi lepas berbuka relax kejap & aku start buat..saja try buat & refer pada blog2..sebelum ni aku memang tak rajin nak buat apa-apa kueh..tapi sejak ada oven ni..macam-macam resepi aku nak try..walaupun tak cantik & tak jadi sangat pizza aku tu..aku nak tepek gak kat blog nih..hehehe

Bahan2 untuk doh pizza :-
tepung gandum-2 cawan
yis segera-satu peket
air suam-ikut keperluan
minyak zaitun-satu penutup
garam-3/4 sudu kecil
gula-3/4 sudu besar

Bahan2 untuk topping :- (ikut citarasa aku)
daun oregano
keju mozarella-diparut / dipotong
sosej- belah bulat-nulat
daging kisar
sos cili
mayonis
nenas potong dadu
bawang merah

antara bahan2nya..

Step 1 --> Doh Pizza
Mula-mula buat doh pizza dulu....
uli bahan2 untuk doh pizza tadi..
paling last masukkan air suam..
& masukkan air suam sikit-sikit sampai tepung tu tak melekat di tangan..
lepas tu biarkan dalam bekas uli selama 30 @ 45 minit sehingga dia naik kembang...
dan tutup tepung yg diuli tadi dengan kain lembap & dengan apa2 penutup pun boleh...

ni gambar selepas diuli..tak ambil pula gambar bila adunan ni dah naik tombam..

Step 2 --> Bahan untuk Topping
Macam aku guna daging kisar...
campur sedikit bawang puting dan hirisan bawang besar
dan goreng bersama daging kisar...
campur sikit garam & serbuk lada sulah..
dah masak & biar tepi dulu..

Step 3 --> Bakar pizza
Bila dah lebih kurang 30@45 minit bolehla jenguk kat tepung yang diuli tadi..
sure dah naik sikit & tembam..hehehe..
bolehla tepek2 jadikan bulat yang cantik setebal 0.5cm atau ikut suka nak tebal mana..
letaklah dalam dulang microwave oven..
tapi sebelum tu dulang tu letak minyak dulu..untuk elak melekat..
dah bulat rata cucuk2 sikit dengan garfu diatas permukaan pizza tadi..
untuk elak die menggelembung masa pembakaran..
sapukan sos cili @ sos ikut suka (kalau suka masam sos tomato)..diatas permukaan doh tadi
kemudian sapukan mayonis
kemudian taburkan daging kisar yang dah digoreng..

aku main tepek je dalam dulang oven..bulatan pun tak cantik..almaklumlah baru nak try..dulang khas untuk pizza tak de lagi..

time ni bolehlah letak sikit lada sulah dan daun oregano..
letak pula sosej & nenas ikut suka...
dan last sekali letaklah keju mozarella sebanyak mana yang anda mahu..
dan tabur lagi sekali lada sulah & daun oregano..

tengok keju tu...orang pemaleh je buat macam ni..punyerla tebal aku potong...sebab aku tak tau nak parut kecil2 tu macamane??

masukkan dalam oven dan bakar.. 200 darjah celcius selama 15 hingga 20 minit..
baunya pasti menyelerakan..
selamat mencuba..

lihat..keju dah cair...terliur den..masa ni aroma pizza telah merebak satu rumah
tadaaa...dah siap di bakar...

jemput yer semua...aku bagi markah 5/10..hehehe..lepas ni boleh upgred lagi kepada 10/10..

4 comments:

meen_farieemiee said...

cam sedap jer n cam ssenang jer wat..best best leh try nih :))

jiejah said...

hehehe...try meen..jgn tak try..hehehe

meen_farieemiee said...

kak post ar chicken chop nyer recipe..akk taw tak :))

jiejah said...

tak tau..hehehe..search je kat google..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width