Sunday, August 7, 2011

Irsyad Oh Irsyad

Malam tadi lewat betul irsyad tidur..dekat-dekat pukul 2.00am baru dia betul2 tertidur..punyalah susah nak tidur sebab dia bangun tidur pukul 9.00pm..nah..memang segar bugarla mata dia..tapi yang bestnyer waktu tu entah pukul berapa aku buat-buat tidur..mak abah aku dah pun tidur dan kunci pintu di bilik sebelah..adik aku mirul tidur di depan tv..suasana di bilik dan di luar bilik gelap..lampu yang terbuka hanya di bilik air..adalah cahaya sikit-sikit kat luar bilik tu..


So, bila irsyad lihat aku tidur dia tak tahu nak buat ape..mula die baring atas badan aku..landing manja-manja tapi aku buat tak layan..last-last dia buka pintu bilik sambil merangkak ke luar bilik ke arah bilik sebelah iaitu bilik mak abah aku..


Lepas tu irsyad ketuk pintu bilik mak abah aku tu..tok!tok! kemudian suara die bunyi macam memanggil hoh!hoh!..xder respon die ketuk lagi tok!tok! tok!..dan panggil lagi hoh!hoh!...ntah yang keberapa kali barula atoknyer terjaga dan buka pintu..hehehe..irsyad..irsyad...


dah makin bijak anakku itu..hmm..dah macam2 akal dia..aku pun surprised gak tengok gelagat dia malam tadi..tapi sangat suker...


Sekarang pun dah pandai ikut apa yang orang buat..bila tanya mata mana?

dia akan kedip2kan mata..

hidung mana?

dia akan mendenguskan hidungnya...

mulut mana?

dia akan buat muncung ke depan..

tangan mana?

dia akan angkat tangan dia..

kaki mana?

dia akan angkat kaki dia..


Kalau jalan-jalan dalam kereta & ternampak lori kat luar dengan muka excitednye dia akan cakap lolo!lololo! sambil terkeluar-keluar lidahnya..sebab ada huruf L tu..puas ajar looriii tapi lolo juga disebutnya..hehehe


Kalau nampak bola kat kedai yang bergantungan tu dia akn jerit gol!gol! sambil tangan menggapai2 nak bola tu..kadang2 kena perhatikan dulu sekeliling kalau nak lalu,,sebab kalau dia nampak dulu bola tu..kalau tak dapat mahu mengamuk dibuatnya...


lagi satu aksi yang irsyad suka buat sekarang ni ialah buat muka geram..aku pun tak tahu itu muka geram ke muka tahan masam.. sebab puncanya die buat muka macam tu start lepas minum air vitagen..lepas minum sikit2 dia buat muka mencemik & gigilkan diri..ntah mcmane ntah..bila kita suruh buat, dia akan buat lagi...


Hmm..rindunya ibu kat irsyad..ntah buat apa agaknyer tuh..irsyad dah balik kampung pagi tadi dengan mak abah & mirul..turn ibu pulak balik kampung je lepas ni..huhu..apa agaknya irsyad pandai buat lepas ni..jalan pun dah boleh dah sikit-sikit..dah jauh gak berjalan sorang2..tapi jatuh-jatuh gak..

tata irsyad...

2 comments:

Susie said...

klu aku dah demam je kot rindu kat anak....time umo camni mmg tgh gerammm...semua benda nak ikut...

Susie said...

bijak..irsyad...good boy..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width