Monday, August 22, 2011

Puding Roti


Seperti yang dijanjikan..akhirnya dapat juga menghasilkan puding roti yang seakan macam tak jadi ni..apepun kita layan gambar dulu...dari sudut yang mungkin nampak menarik..

menarik ke? macam hangus jer..hehehe

Bahan-bahannya:-

Roti sebuku @ ikut kebesaran bekas
kismis gelap
susu sejat - 1 tin
gula halus - 2 cawan
esen vanila - 1 sudu kecil
butter - kalau xder pun xper..
telur - 2 biji

Cara-cara membuatnya:-
1. Belah-belahkan roti ikut suka..kalau nak cantik guna pisau..nampak tersusun n kemas..kemudian susun dalam bekas yang digunakan.

2. Taburkan kismis secara berselerak ke atas roti..dan susun lagi roti..(kalau roti banyak lagi)..dan tabur kismis lagi..

3. Dalam bekas lain..campurkan 1 tin susu, telur & gula halus tadi..kemudian tambah esen vanila..bila gula dah larut curahkan campuran tadi ke dalam bekas susunan roti..

nampak tak kuning2 yang timbul tu..itu sebab terlampau banyak rujuk resepi..ada yang bubuh butter dan ada yang tak bubuh..last2 aku silap bubuh dalam campuran susu tu..tapi takper..

4. Biarkan roti tadi meresapi air campuran susu tadi selama 30 minit.. (ada sesetengah blog dia sapukan butter ke atas roti terlebih dahulu sebelum tuang campuran susu tadi)..terpulang..

nampak tak kuning2 tu aku sapu dengan butter..selekeh sikit sebab aku terlupa nak letak dari awal sebelum curah campuran susu tu..hehehe..tapi takper..xder effect sebab bila dh bakar dia tak nampak..

5. Kemudian baru bakar ke dalam oven dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 - 40 minit..(kalau rasa-rasa bawah dia tak masak lagi boleh tambah lagi masa membakar)..

puding dah mengembang membukit macam nak meletup..

Akhir sekali..puding roti itu akan naik tinggi n kembang..itu dah nak masaklah tu..dah agak2 sejuk letak dalam peti sejuk..biar die keras sikit..baru sedap makan..

Ada yang buat kuah custard sebagai kuah kepada puding roti ni..memang nampak menyelerakan bila ada kuah/sos..tapi saya dah mim alif lam sin = malas..hehe

Ok itu sajer..Selamat mencuba!! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width