Thursday, August 18, 2011

Puding Trifle

Semalam cuti sempena Nuzul Al-Quran..
projek yang aku rancang iaitu nak buat puding trifle telah berjalan dengan jayanyer..hehehe..
banyak rintangan rupanya nak buat trifle ni..
rintangannya sebab susah cari kek swiss role di tg malim ni..jenuh gak..
sebab di kedai kek pun takder kek gulung ni..last2 jumpa di yat fong..itupun ada perisa pandan...
nasiblah..jadinya berkaler2lah trifle aku tu..hijau + kuning + merah..
lepas tu fruit cocktail yang aku beli kat tf market tu dah tak elok bila buka..
terpaksalah aku keluar semula beli kat kedai lain...
oklah lama aku berceloteh..inilah resepinya..sebelum tu layan gambar yang dah siap dulu..cuci mata..

pandangan atas

pandangan sisi

Bahan-bahannya :-

Swiss Role Cake (kalau takde kek coklat pun boley)
Tepung Custard - 4 sudu membukit
Susu krim Sejat Milkdeal - 1 tin
Esen Vanila - 1 sudu
Gula Pasir - 7 sudu
Air - 1/2 tin
Tin Fruit Coctail - 1 tin ( kalau nak byk beli 2 tin)
Konyukunya Jelly (2 peket ikut suka nak perisa ape)

Cara-cara membuatnya :-

Lapisan 1 : Potong kek swiss role tu setebal 1.5 cm..susun cantik2 ikut kebesaran bekas yang digunakan..lebih cantik guna bekas kaca yang lutsinar..nampak macam ekslusif gitu.. Ambil sedikit air fruit cocktail dan disimbah ke atas susunan kek tadi biar die basah2 sikit.

susun ikut kebesaran bekas..siap2 asingkan untuk bagi ke jiran..hehehe

Lapisan 2 : Campurkan 1 tin susu sejat Milkdeal ke dalam periuk dan kacau dengan 1/2 tin air. kemudian tambahkan 7 sudu gula & 1 sudu esen vanila..kacau hingga mendidih. Sementara itu, sebelum mendidih dalam satu bekas lain campurkan 4 sudu tepung custard dan 1/2 tin air. Bila campuran di dalam periuk tadi dah mendidih, masukkan campuran tepung custard tadi. Kacau sehingga menjadi pekat dan likat. Kemudian bolehlah dituangkan ke atas swiss role cake yang telah disusun tadi..biarkan sehingga ia pejal sedikit


campuran custard tadi di tuangkan ke atas susunan kek swiss role

Lapisan 3 : Letakkan buah-buahan dari tin fruit cocktail tadi ke atas lapisan custard yang dah pejal. (buah2an itu ditoskan dari airnya)

Lapisan 4 : Bancuh konyukunya jelly ikut arahan di belakang kotak. kemudian bila dah larut semuanya & mendidih bolehlah tuang ke atas taburan buah tadi setelah dibiarkan sejuk sedikit.

serbuk konyukunya jelly yang dah larut dalam air..bila dah agak sejuk..tuangkan keatas buah2an td..

tara..inilah hasilnya...

kemudian simpan di dalam peti sejuk dalam sehingga jelly tadi betul2 beku..dan bila dah beku bolehlah di makan dengan penuh nikmat...kalau rajin tambahlah whipped cream pada lapisan atas sekali..lepas tu hiaskan dengan buah2an lain atau pun coklat & sukahati nak letak aper..tapi aku tak letak pun..

Selamat mencuba!!!

lepas ni nak buat puding roti pula..sebab roti yang di beli tak bersentuh..so, kita kan jadikan puding roti sebelum ia tamat tarikh luput..hehehe..tunggu next entry.. :)

5 comments:

Susie said...

dapnya kait pandai ko wat kuih....yang warna merah tu apa?kunya apa benda tu???

Ummi Mahmood said...

Tarra...pastu memang sedap giler...

jiejah said...

testing power je ni..aku pun xtau mane datang semangat nak wat kueh..tak pernah aku sentuh tepung custard sebelum ni..mungkin nilah masanya untuk aku berubah..cewah..lgpun sonang jer buat ni..pakai bahan sedia ada..n susun2 jer..hehehe

merah tu cristal jelly..ada macam2 perasa..aku beli perasa raspberi & strawberi untuk dapatkan rasa n kaler yang menarik..

meen_farieemiee said...

kak awat meeen buat kek tuh naik keatas erk....hari tuh ar buat pastu malas da nak cuba coz tak jadik :))..naper erk naik keatas...

jiejah said...

meen : kek yg bawah sekali tu naik atas? akak nak komen pun xarif sgt sbb baru jer cubaan membuat 1st kueh..hehehe..custard tu kena betul2 likat baru meen letak atas kek tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width