Wednesday, August 3, 2011

Rojak Sambal Manis

Bulan-bulan puasa ni syok pulak post entry mengenai makanan..semalam mak aku masak kari daging & ikan goreng bawal..dan lagi satu rojak sambal manis..biasa orang buat samabal kacang...tapi kali ni sambal manis pulak..kacang ni remeh sikit...balik2 kerja mak dah siap masak..hehehe..cuma tinggal nak rebus telur untuk rojak tu..ok..ni dia resepi rojak sambal manis...

Bahan-bahannya;-
Daun salad-asingkan sehelai-sehelai
Tauhu-digoreng
Tempe-digoreng
Telur-rebus
Lada kering-blender
Bawang putih-blender sekali dengan lada
Gula-ikut sesedap rasa

Step 1 --> Sambal Manis
Masak lada (yang di blend dengan bawang putih) tadi ikut sebanyak mana yang kita nak..sehingga benar2 masak dan masukkan gula..kacau sehingga nampak pekat..and..siaplah samabl manis tu..mudah je kan..

sambal manis dah siap....juga boleh dijadikan sebagai sambal kuih popiah..

Step 2 --> Rojak
Setelah di goreng & direbus bahan-bahan tadi bolehlah dipotong dan disusun di dalam pinggan mengikut citarasa anda..dan akhir sekali bolehlah dicurahkan sambal manis tadi ke atas susunan rojak...simple je kan..selamat menikmatinya..nyum!nyum!..

salad + tauhu goreng + tempe goreng disusun..

last sekali letak telur rebus yang telah dipotong ikut suka...dan bolehlah dicurahkan sambal manis tadi di atasnya...(gambar setelah dicurah sambal tak sempat nak snap sebab tengah berbuka & tak sabar dah nak makan)..hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width