Monday, September 26, 2011

Projek Pengimbasan Digital di Birch Memorial Monumen Ipoh

Tarikh : 26-28 September 2011
Lokasi Projek : Birch Memorial Monumen, Ipoh
Lokasi Menginap : Hotel Seri Malaysia, Ipoh

hasilnya nanti yer..tengah proses..

Sunday, September 25, 2011

Master of Science (Land Administration and Development)

Aku nak sambung master ke?? betul ke ni??

Semalam aku main terjah untuk registration Master di INSTUN..kalau ikutkan aku masih berkira2 nak sambung @ tak sambung..dan pagi semalam aku tergerak nak lihat dulu..apapun memang kena registration dulu baru diberi taklimat...mana tau masa taklimat tu boleh menarik aku untuk sambung belajar lagi...

Aku pergi dengan Humidah & Carol..ramai gaklah staff INSTUN..afandi, nurul afizal, rahayu & Shah TM....masa registration banyak gak borang yang kena isi..kami lambat sikit sebab dengan sijil2 tak potostat lagi...sabor jelah urusetia yang jaga pendaftaran tu melayan kami yang nak sambung belajar tapi tak buat persediaan..huhuhu..tapi settle jugak registration...

Masa registration tu kami kena bayar RM20 untuk pemprosesan pendaftaran..dan ada lagi satu resit yang kami kena bayar iaitu downpayment yuran pengajian untuk semester pertama..RM2000..tempoh masa bayaran dalam masa 2 minggu...fuhh..kenalah cekau mane2 dulu..last date 7/10/2011..boleh tahan gaklah yuran pengajian..dalam 26K untuk 2 tahun pengajian..jadi..kami kenalah cari sponsor cepat2..

confident je nak daftar aku ni...

siap buat kad matrik sekali tu..

sesi taklimat oleh prof dr hamdan

Masa sesi taklimat yang pertama ni memang semangat nak sambung tu memuncak tinggi..kiranya prof hamdan ni banyak membakar semangat bakal2 student yang nak sambung ni..total yang register semalam dalam 24 orang kalau tak silap..tapi masa sesi taklimat kedua yang di sampaikan oleh Prof Megat membuatkan aku kena berfikir & berbincang lagi dengan en abgku..kata2nya juga memberi semangat..tetapi jadual yang aku lihat ermmmm..tiap2 hujung minggu daaa...minggu depan dah start..padahal minggu depan suamiku balik sini dan nak pulang ke kampung tengok anak bujang...perkara2 macam tu membuatkan aku berkira2 lagi..dan keputusan aku nak sambung sekarang ni memang tipis..20% kot..

Kalau suami & anakku ada sekali tinggal bersama mungkin berkobar2 aku nak sambung..sebab weekdays aku bersama mereka..so weekend bolehla pergi kelas...tapi sekarang ni weekdays aku sorang2 jer & time weekendla aku nak spend masa untuk famili...bersama anak & suami kalau dia balik sini...aku tak sanggup nak berkorban lagi..hehehe..mungkin suatu hari nanti....amin...

Saturday, September 24, 2011

Ayah Irsyad Tawan Gunung Kinabalu

10-16 sept 2011 lepas suamiku join aktiviti jabatan politeknik KK menawan puncak kinabalu..gunung tertinggi di Asia Tenggara...alhamdulillah dah selamat turun balik...yang bestnyer time mendaki tu taklah susah seperti yang aku bayangkan..sebab line telefon ada & boleh send message2...mungkin laluan nak ke puncak dah mudah..cuma badan kena fitlah badan tu...kena buat exercise sikit sebelum mendaki tu..

Sebelum pergi tu aku cukup risau sebab kaki die sakit..lepas tu dia tak nak tarik diri..nasib baik sebelum pergi dah berurut dulu..apapun dah pun berjaya sampai ke puncak kinabalu tu...tahniahla yer..kat bawah ni gambar2 yang dia mms....nanti tunggu en abg balik baru cerita detail pasal aktiviti semasa mendaki puncak kinabalu tu...

Cerita ini ada dimuatkan di laman web politeknik KK..



yeay...dah sampai!!

Friday, September 23, 2011

Sibuk Sikit

Start minggu ini hingga bulan oktober jadual aku penuh dengan aktiviti...

Minggu ni terlibat dengan kursus Tan Swee Lee

Minggu depan pergi Ipoh..Projek HDS..balik drpd projek ni en abg nak balik.. :)

Minggu lps tu nak uruskan kursus yang aku handle UP16/11 di INSTUN jer..

seterusnya ada program TFT di Johor Bahru..best sikit ni..dapat blk kampung..heheh

seterusnya 1 minggu relax kejap xder aper program

minggu last oktober tu bos suruh reserved pergi kursus di UTM Skudai dengan Tan Swee Lee (Seminar pemetaan utiliti)..boleh blk kampung juga time ni :)

sambung lagi bulan 11 kursus en Mann di INSTUN..& aku pun terlibat sama..lepas tu barulah lega sikit...

Wednesday, September 21, 2011

Jamuan Hari Raya Bahagian Ukur & Pemetaan 2011

Jamuan Hari Raya 2011 Bahagian Ukur dan Pemetaan di adakan pada 15 September 2011..majlis diadakan selepas meeting bahagian dijalankan...menu pada hari tu lontong, satay, rendang, mee kari dan banyak lagi...semuanya sedap..hehehe..jom layan gambar...

kena tepek gambar tuan punya belog dulu... :)

thanks kepada azmawi kerana share gambar2 ini.. :) nak tangok gambar lagi boleh klik blog mana ucuk-ucuk dier tuu... :)

muka bosan time meeting..hehehe..gambar aku macam tidur...tapi tak tidur pun tau...semuanya tak sabar nak makan jamuan raya..selepas meeting ada majlis perpisahan untuk 2 staff ukur...en tarmizi & en hairie...turn aku tak tau biler...hehehe

antara makanan...dan tetamu yang hadir...

Harap2 tahun depan dapat meraikannya lagi dengan lagi meriah...dan lagi best kalau ramai yang sponsor terutama yang dapat elaun keraian...amat dialu2kan.. :)

Monday, September 19, 2011

Cuti Hari Malaysia 2011

Cuti Hari Malaysia..semestinya pulang ke kampung..Khamis petang tu aku tabahkan drive ke rumah adik aku sebab kepala macam pening..jem giler dari Sg Buloh..nasib baik aku bawa bekal bahulu kak bayah..dapat hilang tahap kebosanan + mengantuk..banyak gak aku sumbat dalam mulut..bila dah sampai rumah adik aku ktoarg decide balik sok pagi jer sebab takut2 ada jem lagi..Malam tu ktorang kayan cerita Hantu Bonceng kat Astro 1st..lawak gaklah & memang tak lojik..tp aderlah part2 yang macam tak puas hati..ada macam tak kena jer..

Lepas subuh pagi jumaat tu ktorang bersiap dan bertolak..singgah breakfast kat Dengkil..aku dok belakang jer..adik aku nong yang drive dgn kawannya alifah..sampai jer rumah irsyad tidur..petang tu pergi jalan2 pasar malam...

ajak anak bujang ni solat zohor sekali..sekejap jer ikutnyer..lepas tu merayau ntah ke mana2..

di dataran labis..pasar malam kat sebelah..


time kasih atok & nenek sebab jaga irsyad... :)

Malam tu pergi beraya rumah Muksu...


esoknya (Sabtu) pergi kenduri kahwin di Segamat..


ahad dah bilik sini semula..tak puasnya bersama irsyad..kebetulan atok & nenek nak pergi melawat adik aku yang PLKN di sembrong..kami satu jalan..so aku pegang irsyad sampai yongpeng...lepas tu iryad bertukar kereta naik dengan nenek...menangis nak ikut aku...huhuhu..sian..


posing jap b4 balik..

Masa balik aritu ada cerita ura2 adik aku nak bertunang..puas gak korek cerita..tapi macam kabur2 lagi nak buat bila..mungkin raya haji nanti..harap2 jadilah..dah lama aku tak buat gubah2an hantaran..hehehe..

ni lah driver aku...hehehe..peneman aku balik kampung...

* Selamat Hari Malaysia!!!!

Pagi Isnin Yang Mendung

Cuti tiga hari aku tak akan melepaskan peluang untuk tidak pulang ke kampung untuk berjumpa anak bujang...semalam balik menangis nak ikut..sian die..macam biasa aku balik dengan adik aku dan rehat kat rumah dia..malas aku nak meneruskan perjalanan ke Tg Malim sebab semalam banyak kali menempuh jem + banyak excident...

Pagi tadi aku bertolak terus dari rumah adik aku di Bandar Saujana Putra ke Tg Malim...cuaca agak suram je..bertolak dalam 6.10am & alhamdulillah sampai dalam 7.30am punch in...aku drive biasa2 jer melebihi hadlaju..kali ni tak ngantuk..sebab time sahur aku minum air kopi bali..beli dengan akak sepupu..bagus gak kopi ni..buang angin & rasa tak mengantuk masa drive pagi tadi..sampailah sekarang...(Hari ni puasa 6 yang last...harap2 berjaya)

Pagi ni aku just update kerja untuk kursus awal bulan ni..dan..aku masih berkira2 nak isi ke tidak borang pertukaran tempat kerja..adus..inilah padahnya terlepas cakap time meeting hari tu....nanti aku cerita kenapa aku nak isi borang pertukaran...

Wednesday, September 14, 2011

Jamuan Hari Raya JUPEM 2011

Alkisahnya..Selasa minggu lepas ada sambutan Hari Raya JUPEM 2011..diadakan di JUPEM Jalan Semarak..kami di jemput..aku pergi dengan Humidah...majlis bermula pukul 11.30am..meriah sangat..setiap seksyen ada booth makanan masing..pelbagai jenis makananlah..dari yang berat hingga ke pencuci mulut..puas gaklah kami menjamu selera...kalau nak lagi gambar just klik di sini --> Blog Humidah..sebab dia banyak ambil gambar..gambar yang aku tepek sini pun ambil dari dia..

menu pertama yang aku makan..iaitu nasi tomato..sodap..**bolat sungguh mukaku bila pakai tudung macam ni..hehehe


Kemudian..sebelah petangnya pula..ada meeting bersama Dato' KP JUPEM bersama pegawai2 kader...topik biasa seperti pertukaran & job rotation seringkali di ulang2 dalam meeting tersebut..dan yang paling tak disangka soalan mengenai pertukaran diajukan kepada aku dan humidah..macam midah die menjawab dengan cara baik..tiba turn aku..dengan sedikit gabra aku menjawab ayat pertama "saya takde masalah nak bertukar kemana2" terus menarik perhatian Dato' KP & minta nama aku di minitkan an aku lihat En Fauzi pun ada catit nama aku..ayat aku tu bersambung lagi..."tapi..kalau boleh diberi pilihan tempat untuk bertukar"..nampaknya ayat sambunganku itu agak kelakar dan tak dapat perhatian sangat..sebab ayat permulaan itu sangat BEST!..nasib2..nampaknya nama aku tergolong dalam list pertukaran...kalau nak selamat, aku kenalah mohon tempat pertukaran dari sekarang...supaya tidak ditukarkan ke tempat2 yang aku rasa tak mahu pergi..


Lain pula cerita suamiku..dia tak mahu aku ke Sabah..dan surat permohonan bertukar ke Semenanjung pun dia dah apply..pilihan pertama Politeknik Sultan Azlan Shah, kedua Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan ketiga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..jadi aku? perlu ke aku apply surat pertukaran? Kalau aku apply & dapat tempat yang tak sama dengan suamiku pun susah juga...baik aku tak yah apply dulu & tengok dulu suamiku dapat mana & baru apply...macam tu ke?? bingung gak bila mikior mender ni..kalau ikutkan aku nak apply pilihan pertama JUPEM Pahang..kedua JUPEM Shah Alam...hmmm...


Kalau ikutkan aku tak kisah diarahkan bertukar..sebab aku pun tak beli lagi harta di bumi tanjung malim ni..kalau tak memangla berat gak..lagi satu aku sebatang kara di sini..hehehe..dan sebenarnya aku menunggu suami pindah ke sini..tapi sekarang lain pula jadinya..sekarang aku kena terima hakikat aku tak lama di sini..kalau lagi lama memang lagi bahaya..takut aku pegang tiang bangunan INSTUN tak mau pindah..huhu..siapa2 yang pernah duduk & berkerja di sini..memang tak dapat menafikan memang "heaven"lah keja di sini..sementara irsyad kecil lagi & aku masih muda..muda ke?? bolehlah nak dihantar ke mana2..& kalau dapat naik pangkat sekali lagi best!..hehehe..kalau anak dah berderet & bersekolah..banyak pula kerjanya nanti...apa2pun..layannnn jelah..kawan2 doakan semuanya berakhir dengan cerita yang best..dan paling best kalau aku, suami & irsyad dapat tinggal bersama...


Aku dan Midah a.k.a Ummi di JUPEM selepas habis meeting..dalam kul 6.00pm gitu baru habis..



Dengan rakan sekerja & ada bos gak dalam gambar ni..yang tie merah tu..

Monday, September 12, 2011

Irsyad Datang..

Sabtu & ahad Irsyad ada di rumah..sekejap jer..tapi oklah dapat lepaskan rindu..tenkiu kepada atok & nenek irsyad sebab bawa irsyad ke sini...sampai2 je terus melekap kat badan aku..rindu kot..dia pun nampak xsihat..sebab baru baik demam + batuk + selsema..siannya..lepas tu cium2 aku..peluk sangat kuat..sian anak ibu ni..

Sebenarnya...irsyad boleh datang ke sini sebab bawa sekali sepupu aku & famili paknjang untuk sambung semester baru di UPSI..2 kereta..tapi paknjang aku ada 2 perkra nak settle..satu, hantar anak sulong ke UPSI..dua, anak kedua nak p india n flight hari ahad malam..so, paknjang n famili tak jadi tidur rumah aku..die tidur rumah adik iparnya di Nilai...lepas makan2 hari sabtu hari tu terus balik ke Nilai...sepupu aku (anak paknjang yang sulong) tu kami yang hantar semalam...

Aku aderla masak2 sikit sabtu hari tu..aku buat lontong, sambal kacang & rendang..kemudian aku bakar satay dalam oven..hehehe..1st time aku masak sambal kacang & rendang..selalu tolong mak masak gitu-gitu jer..tapi kali ni 100% aku buat..banggala konon..x best sangat pun..hehehe..

Irsyad semakin lasak..semalam bawa pergi jalan2 tanjung malim tak mau dah orang dukung dia...meronta2 nak jalan sendiri..masa emak aku nak beli kasut dia pun sebok turunkan kasut nak pakai..nasib baik aku tak terbelikan untuk dia..abah aku dah bising kasut dia dah banyak dalam kereta..tapi yang irsyad selalu pakai satu je tu ..selipar cenonet dia..


kalau kat kedai makan tu apa yang kita makan semua dia nak..kalau tak dapat menjerit satu alam..aduhai anak bujang ni...

Semalam masa hantar sepupu aku kat kolej UPSI dia pun sebok nak hantar barang..bila time panjat tangga die xnak orang dukung..ish3..lambat pulak tuh..hehehe..turun tangga pun sama..kecoh mulut dia time naik & turun tangga..irsyad..irsyad..ape pun ibu jumpa irsyad lagi jumaat ni...yabedabeduu...



*Selit citer pasal ayah irsyad pulak..ayah tengah panjat gunung kinabalu bermula hari ini...harap semuanya selamat.. =)

Friday, September 9, 2011

Hari Raya 2010

Oleh kerana aku tak berkesempatan nak bergambar sefamili tahun ni..so aku masukkan gambar raya tahun lepas 2010..sebab entry raya tahun lepas pun aku tak masukkan..tahun lepas turn berhari raya pertama di tenang..hehehe..so, jom layan gambar raya tahun lepas..time ni irsyad baru 3 bulan lebih..

Gambar Raya 2010 : cube cari mana irsyad?? hehehe..

Tapi sekarang dah bertambah 2 ahli keluarga baru..suami adikku & anak abangahku..tahun 2012 mungkin bertambah lagi...insya'Allah..

My famili =)

Famili AbangLong

Famili Abangah

Thursday, September 8, 2011

Hari Raya 2011

Sambutan Hari Raya 2011 kali ni turn beraya di Keratong....2 hari sebelum raya (28.8.2011)kami pulang ke Keratong..sebelum tu balik dari Tg Malim pada (25.8.2011) terus ke Labis sebab nak ambil irsyad dulu..nasib baik en abg dapat bercuti awal sikit..(23.8.2011)..kemudian turn balik beraya ke Labis pada raya ke-3....

Tak banyak gambar ambil sebab masing2 takder kamera..just kamera handset je..dan paling tak best kami tak bergambar satu famili bersama pada hari raya pertama... =( tahun ni duit raya irsyad banyak sikit dari tahun lepas..hehehe yang bestnyer jadi ibu time raya nilah kan...kira duit anak..duit irsyad aku plan nak simpan dalam tabung haji..bila nak pergi tabung haji ni ek..

Apa pun nilah gambar2 raya...banyak gambar dak icad jer...hehehe

Raya Pertama : di keratong

Raya pertama tak pergi jalan mana-mana pada mulanya..just layan tetamu kawan2 ayah mertua..& kawan adik2 ipar yang menziarahi rumah..petang tu lepas asar emak ajak beraya rumah jiran2 dan sambung lagi beraya lepas maghrib..seronok :) jiran tetangga semua ramah tamah..itulah hikmat duduk di felda..

Pagi2 lagi aku dah sarungkan baju melayu sedondon biru irsyad & ayah..baju biru ni nenek timah yang buatkan..tapi tak sempat nak bergambar bersama ayah..lepas syok amik gambar anak bujang ni die nak terBO..so lepas BO, salin baju melayu yang wan keratong buatkan sedondon dgn sepupu yang lain..

Lepas balik solat raya..aktiviti bersalaman & makan..tak byk gambar yang dapat snap :(

Raya Kedua : Di keratong

Hari Raya kedua kami ke kampung mak dan ayah di Kampung Lakai, Pahang dan Simpang Pelangai, Negeri Sembilan...seronok gak jumpa sedara mara sebelah en abg...bikannya selalu jumpa..time raya baru boleh jumpa semua..ramai gak yang dah bertambah ahli keluarga baru..alhamdulillah

anak bujang memang dah tak reti duduk diam dalam kereta..bagi umpan air kotak @ vitagen baru senyap..lagi satu dalam kereta nak berdiri sebab nak tengok lori..bila ternampak lori memang muka excited giler..dah pandai sikit sebut lori..kalau dulu "lololo"..sekarang "loowii"..oklah tu..

Raya Ketiga : dari keratong nak balik ke tenang

Raya ketiga ni sadis sikit..sebab sedih tengok en abg nak meninggalkan famili dia..punyalah janji nak bertolak lepas zohor..last2 lepas asar baru gerak..punya liat dia nak meninggalkan mak & ayah..anak omaklah katakan..lepas salam2 nak balik tu aku tak berani nak cakap apa2 bila terpandang mata die merah..huhuhu..sian dia..

Bergambar jap dengan sepupu irsyad..baju sama aku belikan kat sabah aritu..

Ni dalam kereta masa trific light merah..nasib baik ada gak gambar aku..

ni pulak anak bujang mengacau ayahnya..bahaya betul..pantang dapat stereng abis dipulas kiri kanan..bila ijau kelam kabut aku ambil semula dak irsyad ni..

Sampai je tenang mak saudara aku dari mersing dah ada..tak g jalan mana2 hari tu..malam tu pula abang aku yang sulong balik..meriah gaklah orang ramai di rumah time tu

Raya keempat : di tenang

Hari Raya Keempat abg aku yang kedua balik..kebetulan famili mertua pun datang ziarah raya bersama famili akak ipar..So, kami start berjalan raya pada sebelah petang setelah selesai solat jumaat..kami pergi beraya di felda maokil 1 rumah adik abah aku dan rumah cik noi di labis..pun adik abah aku..kira mak sedara akulah..hehehe..

tengok anak bujang tu keje makan kuih raya jer..balik umah je muntah..huhu

bersama en abg..

sepupu aku paling kecil..faiz, maklang aku..adik aku siti dan aku bersama anak bujang..tengok tangan dia..mesti ada kuih..

ni dah balik dari beraya...lepas tu anak bujang ni mengaruk nak tidur & muntah kuih raya..perut tak sedap agaknya..

Raya Kelima : di tenang

Hari ni turn berjalan belah segamat pula..adik aku yang dok saujana putra dah balik dah..die tak join...Sebelum tu kami ke rumah Ngah..adik abah aku di labis..kemudian kami ke Rumah Pak Itam (adik mak aku di Segamat Baru)..lepas tu ke rumah Pokde (pun adik mak aku) di Segamat Baru gak..Last sekali rumah Paknjang (adik mak aku lagi) di Labis...hehehe..tak abis beraya rumah adik beradik mak aku..sebab ada 10 orang..

sebelum g beraya..anak bujang bergumpal dulu dengan ayahnya

memang akan tuju ke meja nak ambil kuih raya

irsyad & ibu

my famili =)

bukan main nyenyak tidur penat beraya..pupuk anak bujang tidur..ayahnya pun terlena lagi..padahal dah kul 8am ni..

Raya Keenam : di tenang

Hari Raya Keenam tak pergi mana2 rasanya...ingatkan nak pergi rumah kawan2..tapi tak pergi pun.....hari ini maklang, abang aku yang sulong & kedua balik...so..rumah dah semakin kosong...tinggal aku dan adik2 aku jer..just bawa irsyad pergi klinik & belikan mainan untuk dia..semestinya lori..hehehe

bawa irsyad jalan2 sebab esoknya ibu & ayah nak balik..sob!sob!

famili abanglong dah bersiap nak balik & posing dulu..

tata...irsyad lambai ke paklong & maklong & sepupunya..xder geng dah irsyad..

Raya ketujuh : di tenang nak pulang ke tg malim

Sedih sikit time ni sebab nak meningglkan anak tercinta di kampung dan berpisah dengan suami sekejap...rasa tak puasnya...irsyad macam nak ikut...tapi atok dia ambil dan lambai tangan pada kami..ibu dah meleleh air mata..ayah pulak macam dah merah matanya..huhuhu..adik aku yang nong pun balik juga hari ni..so keadaan di kampung menjadi seperti sediakala...

self check in..

tata irsyad..posing jap b4 check in
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width