Thursday, September 8, 2011

Hari Raya 2011

Sambutan Hari Raya 2011 kali ni turn beraya di Keratong....2 hari sebelum raya (28.8.2011)kami pulang ke Keratong..sebelum tu balik dari Tg Malim pada (25.8.2011) terus ke Labis sebab nak ambil irsyad dulu..nasib baik en abg dapat bercuti awal sikit..(23.8.2011)..kemudian turn balik beraya ke Labis pada raya ke-3....

Tak banyak gambar ambil sebab masing2 takder kamera..just kamera handset je..dan paling tak best kami tak bergambar satu famili bersama pada hari raya pertama... =( tahun ni duit raya irsyad banyak sikit dari tahun lepas..hehehe yang bestnyer jadi ibu time raya nilah kan...kira duit anak..duit irsyad aku plan nak simpan dalam tabung haji..bila nak pergi tabung haji ni ek..

Apa pun nilah gambar2 raya...banyak gambar dak icad jer...hehehe

Raya Pertama : di keratong

Raya pertama tak pergi jalan mana-mana pada mulanya..just layan tetamu kawan2 ayah mertua..& kawan adik2 ipar yang menziarahi rumah..petang tu lepas asar emak ajak beraya rumah jiran2 dan sambung lagi beraya lepas maghrib..seronok :) jiran tetangga semua ramah tamah..itulah hikmat duduk di felda..

Pagi2 lagi aku dah sarungkan baju melayu sedondon biru irsyad & ayah..baju biru ni nenek timah yang buatkan..tapi tak sempat nak bergambar bersama ayah..lepas syok amik gambar anak bujang ni die nak terBO..so lepas BO, salin baju melayu yang wan keratong buatkan sedondon dgn sepupu yang lain..

Lepas balik solat raya..aktiviti bersalaman & makan..tak byk gambar yang dapat snap :(

Raya Kedua : Di keratong

Hari Raya kedua kami ke kampung mak dan ayah di Kampung Lakai, Pahang dan Simpang Pelangai, Negeri Sembilan...seronok gak jumpa sedara mara sebelah en abg...bikannya selalu jumpa..time raya baru boleh jumpa semua..ramai gak yang dah bertambah ahli keluarga baru..alhamdulillah

anak bujang memang dah tak reti duduk diam dalam kereta..bagi umpan air kotak @ vitagen baru senyap..lagi satu dalam kereta nak berdiri sebab nak tengok lori..bila ternampak lori memang muka excited giler..dah pandai sikit sebut lori..kalau dulu "lololo"..sekarang "loowii"..oklah tu..

Raya Ketiga : dari keratong nak balik ke tenang

Raya ketiga ni sadis sikit..sebab sedih tengok en abg nak meninggalkan famili dia..punyalah janji nak bertolak lepas zohor..last2 lepas asar baru gerak..punya liat dia nak meninggalkan mak & ayah..anak omaklah katakan..lepas salam2 nak balik tu aku tak berani nak cakap apa2 bila terpandang mata die merah..huhuhu..sian dia..

Bergambar jap dengan sepupu irsyad..baju sama aku belikan kat sabah aritu..

Ni dalam kereta masa trific light merah..nasib baik ada gak gambar aku..

ni pulak anak bujang mengacau ayahnya..bahaya betul..pantang dapat stereng abis dipulas kiri kanan..bila ijau kelam kabut aku ambil semula dak irsyad ni..

Sampai je tenang mak saudara aku dari mersing dah ada..tak g jalan mana2 hari tu..malam tu pula abang aku yang sulong balik..meriah gaklah orang ramai di rumah time tu

Raya keempat : di tenang

Hari Raya Keempat abg aku yang kedua balik..kebetulan famili mertua pun datang ziarah raya bersama famili akak ipar..So, kami start berjalan raya pada sebelah petang setelah selesai solat jumaat..kami pergi beraya di felda maokil 1 rumah adik abah aku dan rumah cik noi di labis..pun adik abah aku..kira mak sedara akulah..hehehe..

tengok anak bujang tu keje makan kuih raya jer..balik umah je muntah..huhu

bersama en abg..

sepupu aku paling kecil..faiz, maklang aku..adik aku siti dan aku bersama anak bujang..tengok tangan dia..mesti ada kuih..

ni dah balik dari beraya...lepas tu anak bujang ni mengaruk nak tidur & muntah kuih raya..perut tak sedap agaknya..

Raya Kelima : di tenang

Hari ni turn berjalan belah segamat pula..adik aku yang dok saujana putra dah balik dah..die tak join...Sebelum tu kami ke rumah Ngah..adik abah aku di labis..kemudian kami ke Rumah Pak Itam (adik mak aku di Segamat Baru)..lepas tu ke rumah Pokde (pun adik mak aku) di Segamat Baru gak..Last sekali rumah Paknjang (adik mak aku lagi) di Labis...hehehe..tak abis beraya rumah adik beradik mak aku..sebab ada 10 orang..

sebelum g beraya..anak bujang bergumpal dulu dengan ayahnya

memang akan tuju ke meja nak ambil kuih raya

irsyad & ibu

my famili =)

bukan main nyenyak tidur penat beraya..pupuk anak bujang tidur..ayahnya pun terlena lagi..padahal dah kul 8am ni..

Raya Keenam : di tenang

Hari Raya Keenam tak pergi mana2 rasanya...ingatkan nak pergi rumah kawan2..tapi tak pergi pun.....hari ini maklang, abang aku yang sulong & kedua balik...so..rumah dah semakin kosong...tinggal aku dan adik2 aku jer..just bawa irsyad pergi klinik & belikan mainan untuk dia..semestinya lori..hehehe

bawa irsyad jalan2 sebab esoknya ibu & ayah nak balik..sob!sob!

famili abanglong dah bersiap nak balik & posing dulu..

tata...irsyad lambai ke paklong & maklong & sepupunya..xder geng dah irsyad..

Raya ketujuh : di tenang nak pulang ke tg malim

Sedih sikit time ni sebab nak meningglkan anak tercinta di kampung dan berpisah dengan suami sekejap...rasa tak puasnya...irsyad macam nak ikut...tapi atok dia ambil dan lambai tangan pada kami..ibu dah meleleh air mata..ayah pulak macam dah merah matanya..huhuhu..adik aku yang nong pun balik juga hari ni..so keadaan di kampung menjadi seperti sediakala...

self check in..

tata irsyad..posing jap b4 check in

4 comments:

Ummi Mahmood said...

alahai..tahun depan jgn lupa tgkap gambar satu fameli k..

jiejah said...

itulah..nyesalnyer..jeles tgk korang yg sakan bergambar..

Susie said...

bestnya raya....baju ko banyak kaler...irsyad xcited....aku naik kje batuk xbaik2...:(

jiejah said...

baru aku perasan kaler tahun ni sume striking tudung yang aku beli..hijau, biru n pink..hehehe..irsyad dah dpt kaki tu yang xcited..
minum air banyak2..aku pun sakit tekak gak aritu..minum air suam banyak2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width