Wednesday, September 14, 2011

Jamuan Hari Raya JUPEM 2011

Alkisahnya..Selasa minggu lepas ada sambutan Hari Raya JUPEM 2011..diadakan di JUPEM Jalan Semarak..kami di jemput..aku pergi dengan Humidah...majlis bermula pukul 11.30am..meriah sangat..setiap seksyen ada booth makanan masing..pelbagai jenis makananlah..dari yang berat hingga ke pencuci mulut..puas gaklah kami menjamu selera...kalau nak lagi gambar just klik di sini --> Blog Humidah..sebab dia banyak ambil gambar..gambar yang aku tepek sini pun ambil dari dia..

menu pertama yang aku makan..iaitu nasi tomato..sodap..**bolat sungguh mukaku bila pakai tudung macam ni..hehehe


Kemudian..sebelah petangnya pula..ada meeting bersama Dato' KP JUPEM bersama pegawai2 kader...topik biasa seperti pertukaran & job rotation seringkali di ulang2 dalam meeting tersebut..dan yang paling tak disangka soalan mengenai pertukaran diajukan kepada aku dan humidah..macam midah die menjawab dengan cara baik..tiba turn aku..dengan sedikit gabra aku menjawab ayat pertama "saya takde masalah nak bertukar kemana2" terus menarik perhatian Dato' KP & minta nama aku di minitkan an aku lihat En Fauzi pun ada catit nama aku..ayat aku tu bersambung lagi..."tapi..kalau boleh diberi pilihan tempat untuk bertukar"..nampaknya ayat sambunganku itu agak kelakar dan tak dapat perhatian sangat..sebab ayat permulaan itu sangat BEST!..nasib2..nampaknya nama aku tergolong dalam list pertukaran...kalau nak selamat, aku kenalah mohon tempat pertukaran dari sekarang...supaya tidak ditukarkan ke tempat2 yang aku rasa tak mahu pergi..


Lain pula cerita suamiku..dia tak mahu aku ke Sabah..dan surat permohonan bertukar ke Semenanjung pun dia dah apply..pilihan pertama Politeknik Sultan Azlan Shah, kedua Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan ketiga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..jadi aku? perlu ke aku apply surat pertukaran? Kalau aku apply & dapat tempat yang tak sama dengan suamiku pun susah juga...baik aku tak yah apply dulu & tengok dulu suamiku dapat mana & baru apply...macam tu ke?? bingung gak bila mikior mender ni..kalau ikutkan aku nak apply pilihan pertama JUPEM Pahang..kedua JUPEM Shah Alam...hmmm...


Kalau ikutkan aku tak kisah diarahkan bertukar..sebab aku pun tak beli lagi harta di bumi tanjung malim ni..kalau tak memangla berat gak..lagi satu aku sebatang kara di sini..hehehe..dan sebenarnya aku menunggu suami pindah ke sini..tapi sekarang lain pula jadinya..sekarang aku kena terima hakikat aku tak lama di sini..kalau lagi lama memang lagi bahaya..takut aku pegang tiang bangunan INSTUN tak mau pindah..huhu..siapa2 yang pernah duduk & berkerja di sini..memang tak dapat menafikan memang "heaven"lah keja di sini..sementara irsyad kecil lagi & aku masih muda..muda ke?? bolehlah nak dihantar ke mana2..& kalau dapat naik pangkat sekali lagi best!..hehehe..kalau anak dah berderet & bersekolah..banyak pula kerjanya nanti...apa2pun..layannnn jelah..kawan2 doakan semuanya berakhir dengan cerita yang best..dan paling best kalau aku, suami & irsyad dapat tinggal bersama...


Aku dan Midah a.k.a Ummi di JUPEM selepas habis meeting..dalam kul 6.00pm gitu baru habis..



Dengan rakan sekerja & ada bos gak dalam gambar ni..yang tie merah tu..

2 comments:

greensilk said...

faizah, marilah masuk seksyen EP, thn depan tempat ni kosong 2 tahun ;)

jiejah said...

Wah...ko sambung blaja eh..kat mane tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width