Sunday, September 25, 2011

Master of Science (Land Administration and Development)

Aku nak sambung master ke?? betul ke ni??

Semalam aku main terjah untuk registration Master di INSTUN..kalau ikutkan aku masih berkira2 nak sambung @ tak sambung..dan pagi semalam aku tergerak nak lihat dulu..apapun memang kena registration dulu baru diberi taklimat...mana tau masa taklimat tu boleh menarik aku untuk sambung belajar lagi...

Aku pergi dengan Humidah & Carol..ramai gaklah staff INSTUN..afandi, nurul afizal, rahayu & Shah TM....masa registration banyak gak borang yang kena isi..kami lambat sikit sebab dengan sijil2 tak potostat lagi...sabor jelah urusetia yang jaga pendaftaran tu melayan kami yang nak sambung belajar tapi tak buat persediaan..huhuhu..tapi settle jugak registration...

Masa registration tu kami kena bayar RM20 untuk pemprosesan pendaftaran..dan ada lagi satu resit yang kami kena bayar iaitu downpayment yuran pengajian untuk semester pertama..RM2000..tempoh masa bayaran dalam masa 2 minggu...fuhh..kenalah cekau mane2 dulu..last date 7/10/2011..boleh tahan gaklah yuran pengajian..dalam 26K untuk 2 tahun pengajian..jadi..kami kenalah cari sponsor cepat2..

confident je nak daftar aku ni...

siap buat kad matrik sekali tu..

sesi taklimat oleh prof dr hamdan

Masa sesi taklimat yang pertama ni memang semangat nak sambung tu memuncak tinggi..kiranya prof hamdan ni banyak membakar semangat bakal2 student yang nak sambung ni..total yang register semalam dalam 24 orang kalau tak silap..tapi masa sesi taklimat kedua yang di sampaikan oleh Prof Megat membuatkan aku kena berfikir & berbincang lagi dengan en abgku..kata2nya juga memberi semangat..tetapi jadual yang aku lihat ermmmm..tiap2 hujung minggu daaa...minggu depan dah start..padahal minggu depan suamiku balik sini dan nak pulang ke kampung tengok anak bujang...perkara2 macam tu membuatkan aku berkira2 lagi..dan keputusan aku nak sambung sekarang ni memang tipis..20% kot..

Kalau suami & anakku ada sekali tinggal bersama mungkin berkobar2 aku nak sambung..sebab weekdays aku bersama mereka..so weekend bolehla pergi kelas...tapi sekarang ni weekdays aku sorang2 jer & time weekendla aku nak spend masa untuk famili...bersama anak & suami kalau dia balik sini...aku tak sanggup nak berkorban lagi..hehehe..mungkin suatu hari nanti....amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width