Thursday, September 27, 2012

Order & Penghantaran VCO tetap berjalan...

Due date aku 19.10.2012..tapi hujung bulan 9 ni aku dah start bercuti...maksudnya tinggal last day esok aku menghabiskan waktu kerjaku...standby awal cuti..takut berlaku macam irsyad..aku bersalinkan dia awal 2 minggu..cukup2 9 bulan 10 hari..aku nak bersalin di kampung..sonang sikit...sabtu ni aku dah balik kampung..irsyad dah pun blk kampung dulu ikut atok & neneknya semalam...

Nak cerita kat sini walaupun aku dalam pantang, untuk order & penghantaran VCO tetap berjalan seperti biasa...non-stop.. :) jadi, bolehlah order bila2 masa & just sms @ email aku jer..nak Whatsapp pun boley..sesiapa yang nak brooch & barangan mutiara Sabah kenalah datang rumah..sebab aku bawa balik ke kampung..hehehe...xsabarnya nak balik..tinggal lagi sehari...kalau nak order & pos pun boleh gak..

 Antara produk catalyst yang HOT!!!..ada lagi..untuk lihat klik www.catalyst2u.net

Kawan2 yang mengenali, kwn2 blogger yg kenal di alam maya ni..doakan saya selamat bersalin..minta ampun & maaf segala salah silap saya...

*blog jiejahcatalyst

Wednesday, September 19, 2012

Jualan Mutiara Sabah Kembali

(klik gambar kalau tak berapa nak jelas)

tajuk tak hengat..macam jualan cuti sekolah pulak...dah lama tak order mutiara dari Sabah sejak en abg dah tak kerja sane...kini kembali order semula..tapi dengan orang lain..so, kalau berminat bolehlah email jiejahcun@gmail.com... ada sekitar INSTUN ni bolehlah datang ke tempat saya.. :)

Tuesday, September 18, 2012

Aktifnya baby dalam perut ni..

copy dari facebook kawan..

mcm ni agaknya aktiviti baby dalam perut ibu ni...menggelodak abis perutku keatas kebawah...layan jelah...seronok gak tengok..kalau malam2 yang tak selesa time nak tidur..itme die gerak2 takpe..tapi kalau time dok mengeras..aduhai...tuhan sajer yang tahu...xsabarnya tunggu anakku keluar..semoga adik keluar dengan mudah dan selamat..nama adik?? ibu tak tengah dok mencari lagi..hehehe..khamis ni dah 36 minggu = 9 bulan...fuhhh

Monday, September 17, 2012

Aduh...Sakitnya..

Sakitnya pinggang malam ni...tak dapat nak tidur...anak bujang irsyad baru je tidur...baby dalam perut pula asyik menegeas jer...ni ke namanya Braxton Hicks..tanda2 palsu...aku harap sangat time baby nak keluar nanti ada tanda2 mcm sebelum irsyad lahir dulu...ada masa nak prepare diri & barang...baby..janganla keluar dulu...belum 9 bulan lagi...khamis depan baru cukup 9 bulan n harap2 time tu ayah dah balik dari miri....kalau babhy keluar malam ni ibu tak tau nak mintak tolong sape...acik midah ke..acik farah ke...acik carol ade ke kat umah?jiran sebelah xde...huhuhu...Ya Allah..permudahkan urusanku...amin...



kat bawah ni info aku dapatkan dari www.babycenter.com mengenai Braxton Hicks:-


Apakah itu kontraksi Braxton Hicks? 

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872. 

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks? 

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri. 

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar? 

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan. 

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit? 

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panasjuga membantu. 

Bilakah saya harus memanggil doktor? 

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.


Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/antenatal-health/braxton-hicks/#ixzz26eOF4A00

Friday, September 14, 2012

Info Checkup Antenatal

Rabu haritu aku buat checkup macam biasa..start 7 bln ke atas selang 2 minggu kenalah buat checkup...yg buat berdebar ialah berat & HB..biasalah berat time naik raya ni kompom naik mendadak...HB kalau ikut masa pregnant irsyad dulu dah last2 baru ok...so result Rabu lepas...35 minggu..

aku yang semakin kembang..

berat = 65kg (naik 2 kg dlm 2 minggu)
Hb = 11.1 (naik 0.1 je walaupun mkn iberec folic)..huhu
tekanan darah = ok
urin = ok
jantung baby = ok

Checkup lagi sekali pada 26hb di klinik behrang..& appoinment bersama doktor tg malim & last scan pada 24hb...harap2 time tu en abg dapat temankan..den dah tersangatlah tak larat nak bergerak sana sini...keluar tg malim pun terpaksa..nak suruh siapa lagi untuk beli barang2 rumah..huhu...

pesanan untuk baby,"baby keluar time ayah dah ada di sisi ibu yer, ibu suka tengok baby bergolek2 dalam perut..tapi jagan tendang kuat sangat, susah ibu nak bergerak..huhu"

abg irsyad pulak kalau aku tunjuk perut aku bergerak die tunjuk penumbuk dia..risau pulak aku...mula2 dulu die macam teruja..xtaulah lama2 die boleh kata, "buk leh?" (tumbuk boleh?) ish3...senak perut ibu nak oi..sekarang ni pun manja die lain macam...sebab aku pun manjakan die..yelah xlama lagi aku nak berkepit dgn baby dengan xlarat lg nak bgn uruskan dia..time skang ni aku manjakan die lelebih sikit...

icad & cik nana



yang syoknyer sekarang dah pandailah cakap 3, 4 patah..bangun pagi je terus ajak aku keluar tgk tv..,"abu jom ngok wi" (ibu jom tengok tv)..pagi2 dah ajak tgk cerita baby tv dia tu...kalau pagi2 nak hantar pergi umah ummi dia start lah die tunjuk arah jalan suruh keluar dulu.."nanak ammi, bli air" (tak nak g umah ummi..nak beli air"...cuma kalau time dia marah tu xtaulah kadang2 bahasa jepun yang keluar..hehehe...cik nana dielah slalu kena bebel..nana (adik aku tu) suka melayan n menyakat dia...nanti dia marahla,"anana bok, xyeh air" (cik nan sebok, tak boleh air)..hehehe..xtaulah adik dia keluar nanti..mesti die buat macam anak buah aku ieman dulu...susu ieman die minum..bantal ieman die tarik...tempat baring ieman die yang baring..adudui....dah melalut citer pasal irsyad je ni...hmm aku xsabar nak cuti....xlarat nak jalan dah...kuatkanlah semangatku Ya Allah...

Sunday, September 9, 2012

Sudah 34 minggu...42 days 2 go..go..go..

Berat betul kaki nak melangkah ke mana-mana..tapi dilayankan juga...dah 8 bulan lebih aku ni...tapi aku memang dah tak larat..kagum tgk orang yang 8 bulan tapi masih aktif kesana sini...sama je aku pregnantkan irsyad dulu..dah besar sikit perut memang tak larat..mungkin sebab baby kat dalam perut ni dah kebawah sangat kot...mana-mana aku pergi semua tegur..perut dah ke bawah tu..dah tak lama tu..cuak gak aku dengar..dari bulan puasa kalau aku jumpa orang yang berumur sikit akan terkeluarlah ayat tu.."nampak perut dah ke bawah"..huhuhu...harap2 baby ni keluar sempatlah ayahnya ada..

sekarang ayahnya settlekan job di Miri..continue kerja yang tertangguh sebelum raya hari tu...aku tak tercerita lagi yang ayah irsyad dah tak kerja di Sabah..dah berhenti..?? sekarang kerja di KL..kerja company offshore macam sebelum ni...nanti rajin aku ceritalah lelebih kat sini..sekarang nak stori mori pasal kandungan aku...malam2 tidur pun dah tak lena..adudui...nasib baik irsyad dah tak gatal2 lagi..tidur pun dah agak nyenyak..minum susu pun kadang2 sekali dan kadang xminta pun...jadi kencing malam pun tak tembus dah...cuma aku je kerap bangun utk pergi buang air..huhu..kadang2 kaki krem..kalau ada cek abg leh tolong urutkan urat yang tergeliat tu..ni sorang2 usap sendirilah urat yang bersimpul tu..huhuhu..harap2 job en abg tu habis 2 minggu...jgnlah delay2...berdebarnyer..tapi nasib baik makabah nak dtg..lega sikit hati den..

Disebabkan kandungan ni dah kebawah, sangatlah kerap aku g buang air..kalau tak buang mmg amat xselesa...kalau pergi tg malim walaupun kejap mesti dok singgak Petronaslah..Billionlah..masjid behrang 2020 untuk buang dulu..huhu..tabah jelah..tinggal beberapa hari je lagi ni..aku mungkin start cuti hujung bulan 9..kira bulan oktober aku dh kat kampunglah..plan aku je ni..walaupun due date bersalin 19.10.2012..tapi aku dapat rasakan macam awal aku nak bersalin..mcm bersalinkan irsyad dulu...aku apply cuti bersalin 3 bulan kot..puas hati..dpt breastfeeding dgn puasnyer..breatpump aku xcek lagi..harap2 suctionnya masih aku..dh lewat nak buat maintenance sbb lupa nak bw balik sini..dah berapa miss B guna breaspump aku start dari aku, akak ipar, cousin aku, adik aku..dan aku semula...hehehe...barang2 semua aku dah prepare..tak byk yg aku beli sbb brg2 irsyad & anak adik aku ada lagi..byk pula berceloteh pagi ni..bosan minggu ni..ramai yang xde..kalau ikutkan seksyen aku kursus alat GPR di Gambang..aku tarik diri sbb keadaan aku yang mcm ni mmg xlarat dahlah nak turun site sane sini....oklah stop sini jap..

Thursday, September 6, 2012

Seminar Kesedaran Pemetaan Utiliti 2012

Cerita ni dah basi sebab bulan Julai punya cerita...tapi apepun nak stori mori gak..takpanjang sgt storinyer sebab byk tepek gambar jer..

Biasanya setiap tahun Bahagian Tanah yang akan buat Seminar..tapi tahun ni Dato' Pengarah nak Bahagian Ukur & Pemetaan yang handle seminar...oleh itu..tajuk yang paling latest & terkini semestinya berkenaan Pemetaan Utiliti (pemetaan bawah tanah)..oleh itu Bahagian Ukurlah yang jadi tuan rumah & AJK2 penting untuk melaksanakan seminar ini..

masa ni aku handle bab promosi & hebahan..tapi terbuat gak bab2 jemputan kerana masa tu ramai AJK2 yg tiada..sebuk..& macam2 lagi..so kerja di awalnya agak bercampur aduk..hehehe

tapi alhamdulillah dah settle dgn jayanya seminar ini..pada hari kejadian aku diberikan tugas sebagai usherer Dato' Pengarah..terkejut aku dpt tugas usherer..tp layan ajelah..bukan ape..perutku yang memboyot 6 bulan lebih macam xsesuai pegang tugas tu nak iringi VIP kesane sini...dan pada hari kejadian juga aku jadi bidan terjun untuk beri penerangan mewakili pameran booth INSTUN kepada Timbalan Menteri NRE..Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup....berdebar gak sebab tak buat apa2 preparation..tapi hentam sajelah sebab geng2 pemetaan lama & yg paling otai bab2 pemetaan utiliti dah bertukar ke JUPEM negeri..tinggallah aku seorang saki baki yang ada..huhu..



 acara dimulakan dengan bacaan doa

barisan VIP & pembentang kertas kerja dari DBKL, Jalal Johari Consultant, UKM, Equarater & JUPEM..

 Tiba acara melawat booth oleh VIP.."apa aku nak cakap nih..."

 "nama alat ni..bla..bla..bla..." inilah GPR kawan2 semua...Ground Penetrating Radar..Tan Sri boleh buat lawak ini mesin rumput ke?..hehehe

Time ni contro macho sebab rasa macam semua tgk muka aku..ntah2 terherot2 mulut aku bercakap..

Sr Ahmad Fauzi (Timbalan KPUP 1 JUPEM  seakan menjeling..." betul ke penerangan dia ni?..hehehe

 "bilalah nak abes ni..."

sesekali Dato' Pengarah INSTUN mencelah..

 "bla..bla..bla..."




 ok..ini alat PCL (Pipe & Cable Locater)

Sr Ahmad Fauzi pun join bg penerangan pada Tan Sri...

antara barisan urusetia...

Berakhirlah seminar pada hari tersebut dengan jayanya..bagi akulah...hotelnya cantik..bilik pun best wpun aku tak stay..tumpang solat bilik Alifah jap..paling kesian kawan aku Humidah pening & terbaring pada hari kejadian...langsung xleh bangun..syabas diucapkan kepada barisan urusetia terutama pihak Pentadbiran dalam menguruskan segala hal... :)

Monday, September 3, 2012

Scan 4D


Akhirnya berjaya buat scan 4D...aku buat di Seksyen 27 Shah Alam....nama dia Klinik Noor Hajar..pada mulanya nak pergi ke Bukit Beruntung..tapi kena buat appointment dulu dan masa tu nak blk raya..doktor pun takde masa tu..jadi memang xsempatlah nak tunggu esoknya....
kebetulan cousin aku kerja di klinik seksyen 27 tu..masa jumpa time raya aritu die kate klinik yang die kerja boleh scan 4D..alhamdulillah..semuanya ok..tapi mula2 susah nak nampak muka sebab die tutup dengan kaki..dalam gambar tu pun nampak kaki die kat atas muka...risau gak aku..doktor kate xde ape..dalam perut memang aktiviti bebas...hehehe..kos dia RM100..kalau ikutkan kata sepupu aku cas sebelum ni RM95 then naik RM120...mungkin sbb cousin aku kerja situ...kena RM100 je...oklah tu..tapi aku buat ni perut dah padat...so susah sikit nak dapat tengok imej yg clear..

Jantinanya...jeng-jeng..tunggu......:)

Aidilfitri 2012

keluarga saya :)
anak2 abangah + irsyad..suka tgk pipi icad tembam mcm ni..

geng2 lelaki..abglong xde..balik raya kedua..

ayah & irsyad..

famili adik...merah makngah..

geng2 pompuan...mak lambat pakai baju..xsempat nak bergambar semua sekali..tetamu dh sampai..

si gemok & si kurus..hahaha

antara tetamu terawal...

xmuat depan...makan di ruang tengah pula...tapi panas dok area ni..
faiz & ibu...sepupu paling bongsu belah abah...panggil aku ibu..ikut icad..hehehe
icad keletihan melayan tetamu..salin baju melayu..panas..kulit pun xelok lagi..

mr mahmud bersama cucu..nafis ukail..

mlm raya 1 - beraya rumah ngah (adik abah) di labis

lepas tu ke rumah cik noi (adik abah gak) di labis...mcm2 ada..makcik aku ni rajin masak..ada mee goreng yg sgt sedap, bakso pun sodap sangat & periuk kera bersama rendang puyuh yang mabeles...

icad sangat berselera mkn bakso mlm tu...

antara menu mlm tu..

geng2 anak dara..yg gumbira berjalan2 di mlm raya..

raya kedua- ke felda maokil rumah ude (adik abah aku gak)


lepas tu ke rumah paknjang (adik mak aku) di labis

irsyad yg keletihan dan famili abglong baru sampai terus beraya ke maokil...

Ini saja gambar yg dapat ditunjukkan...beraya di segamat & kampung belah keratong xbyk yang di snap..apepun seronok beraya kalini..nasib baik en abg pun ada..lama die bercuti..walaupun xlarat nak beraya..aku gagahkan jua...apapun selamat hari raya aidilfitri kepada yang membaca & mngenali diri ini..maaf zahir & batin...time skang ni layan rumah open house jer...hehehe..berat pun dh naik mendadak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width