Thursday, December 19, 2013

Cerita Pasal Diet dengan Cinch Shaklee

Cerita pasal diet bagi orang perempuan memang tidak berkesudahan..hehehe..macam aku ni juga..time kat rumah sendiri bolehlah control makan tu..tapi balik kampung tak boleh tengok mak masak apa semua nak ngap...

Kini aku dah boleh berdisiplin semula..aku diet dengan Cinch Shaklee...Setakat ni dah 2 botol aku try..perasa Vanilla & Cafe Latte..memang sodap sehingga menjilat2 botol shaker tu..alhamdulillah sejak maintain dengan cinch Shaklee ni berat aku tak cecah 60kg ke atas lagi...lepas ni nak teruskan lagi dengan dengan mengambil Lecithin dan Herblax..Herblax untuk detox...Lecithin untuk bakar lemak...dan Cinch utk body shape & build muscle...

yang aku perasan bila makan Cinch Shaklee ni aku akan rasa kenyang dan tak pelu sarap pun xper..sebab kandungan dalam tu pun dh cukup protein..kalau nak carbohidrat waktu lunch nanti bolehlah makan nasi...dan lagi satu nak membuang cukup mudah..hari-hari pulak tu..i like it!

Dua-dua perisan kesukaanku..

Jadual makan aku sekarang:-
Breakfast-Cinch Cafe Latte
Sneaking-kismis/yogurt/epal hijau
Lunch-nasi berlauk (sukaahti nak makan apapun)
Sneaking-kismis/yogurt/epal hijau
Dinner-Cinch Cafe Latte

dan..air kosong dalam 3L sehari..

Sneaking tu bg aku penting..sebab dekat2 pukul 12 perut dah mula minta di isi jadi untuk elakkan perut berbunyi..sneak dengan kismis ke..yogurt ke..epal hijau ke..siap2 potong epal tu bawa gi office.

Sekarang berat aku dalam 58.6kg...hasrat nak 53kg pada bulan Julai 2014...ada 6 bulan gitu...kalau nak cepat turun kena rajin bersenam lepas ni..caiyuk2!!!

Wednesday, October 9, 2013

Selamat Hari Lahir Irfan yang ke 1 Tahun

Syukur alhamdulillah...
Irfan membesar dengan sihat..
Soga irfan menjadi anak yang soleh..
Taat perintah Allah..
menghormati orang tua..
Sayang keluarga...

Selamat Hari Lahir ke 1 tahun Irfan...

rasa macam baru je lahirkan irfan... :)



Tuesday, October 8, 2013

Allah lebih menyayanginya...perginya Abglong dari hidup kami...

Hmmm..tak tau nak start cerita daripada mana..hati dah sayu semula...baru lagi arwah abglong pergi..17.10.2013 ni genap sebulan pemergian arwah...arwah baru sahaja bekerja di PLUS Tol Sg Rasau Klang atas kenaikan pangkat menjadi penyelia. Sebelum ini arwah bekerja di Tol Skudai di Johor hampir mencecah 20 tahun...jadi arwah berpisah dengan isteri dan anak-anaknya start Mac 2013...dan sedang merancang2 untuk membawa famili tinggal di Klang..akak ipar pun dah apply untuk bertukar ke sana...namun tidak kesampaian....




Ini message terakhir arwah hantar pd aku pada 15.9.2013 (ahad) iaitu 2 hari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir...kawan2 kerja bawa dia pergi check up di KPJ Klang sebab demam tak elok2 dan badan bisa2...Menurut kawan2 arwah..arwah ada demam2 biasa dan kerap jugalah demam sebab ada tonsil..ingatkan just demam biasa sebab dah selalu sangat demam...dapat MC 3 hari..tp guna sehari..hari ketiga tu yg kawan2 bawa ke KPJ Klang...terus kena tahan wad..cek darah dan ada demam denggi..send message ke aku pun dah tengahari...terus bgtau abah aku dan bila abah call dia masih boleh bercakap tengahari tu..15.9.2013 (ahad) tu aku dan adik2 ada di rumah..jadi ktorg pun bercadang nak lawat abglong esok..singgah sekali on the way nak balik tg malim....kebetulan aku pulang bercuti sebab cuti 3 hari include Malaysia Day 16.9.201 (isnin) tu..syukurlah aku tak join Sukan NRE..kalau aku join kompom hati tak tenang bila dengar berita dan cari jalan nak balik...
Sebelah petang suhu arwah semakin panas..menurut rakan yang teman arwah..suhu badan arwah sangat panas..nak nafas pun susah macam banyak lendir...hari ahad doktor pun tiada dan mungkin bantuan agak lambat ketika itu....badan semakin bisa2..nak angkat tangan untuk jawab panggilan telefon pun dah tak boleh..kawannya yang terpaksa pegangkan handphone ke telinga apabila akak iparku telefon...abah pula sentiasa follow up perkembangan arwah dengan kawannya  bernama Tajul Arif yang merupakan sahabat baik arwah...dan merancang2 nak pergi melawat..

Di KPJ Klang bersama rakan yang menemani arwah

Sebelah malam 15.9.2013 (ahad) doktor KPJ Klang call abah aku..mengatakan arwah semakin kritikal dan harus dipindahkan ke ICU Hospital Klang (HTAR)..Doktor suruh ahli keluarga datang dan bawa isterinya sekali....abah aku kelihatan lemah dan sugul..kebetulan 2 hari sebelum arwah dimasukkan hospital, arwah ada meminta nombor ic abah aku untuk letak penama KWSP..terus abah aku rasa tak sedap hati.....bila arwah dimasukkan ke Hospital bertambahlah gelisah dirinya..mak dah terdiam....nasib baik adik aku yg lelaki dan suami Nong (Tajudin) ada..dia yg drive....dah siap contact akak ipar aku (kak Zizah) untuk bawa sekali ke Hospital Klang..suara Kak Zizah dah tak terkeluar dah...syukur die kuat semangat dan tabah..

Tinggallah aku, Siti danNong yang tengah dalam pantang di kampung....mereka sampai Hospital Klang dalam pukul 5 pagi 16.09.13...Pada waktu itu doktor pun dah panggil mak abah dan Kak Zizah dan menyatakan apa2 perkara pun boleh berlaku dan tandatangan surat2 untuk memudahkan tugas doktor utk merawat arwah...arwah masih tidak sedar...ramai yang melawat arwah pada hari itu (16.9.2013 isnin ) kawan2 sekerja..saudara mara semua turun melawat....syukur kepada Allah...arwah sedar pada tengahari itu..kawan2 dan saudara mara berkesempatan berjabat tangan dan melihatnya dalam keadaan sedar...tapi Tuhan sahaja yang tahu itulah pertemuan terakhir mereka...arwah masih tidak boleh bercakap..sebab tiub di dalam mulut...hanya boleh angguk2..sebutan pun tak jelas disebabkan tiub tu...waktu melawat petang pun masih lagi ramai kawan2 yang datang melawat...memberi semangat dan berdoa...Hati masing2 lega dan bersyukur arwah telah sedarkan diri semasa itu...dan merancang2 apabila dah tukar wad biasa nak pindah Hospital Johor..kena bagi sup ketam..air 100 plus..namun itu tak kesampaian....die sedar mungkin untuk jumpa saudara mara dan rakan2 buat kali terahir..itu perancangan Allah..Wallahualam...malam tu..mak abah blk semula ke rumah dengan hati yang agak berat....kecuali Kak Zizah menemani abglong.....

Keadaan di ICU Hospital Klang..Abangah tangkap gambar senyap2...
17.09.2013 (selasa) pagi..Kak Zizah sempat memberi arwah sedikit makanan dan air milo sebab tiub dah dibuka..tapi agak sukar nak makan...pagi tu juga adik aku Siti balik ke rumahnya dulu untuk tolong dan teman kak Zizah jaga arwah..adik aku tinggal di Saujana Putra...ketika die melawat tengok mata arwah merah..meleleh je airmata...nak nafas macam susah sangat.....bila tanya badan rasa bisa ke..arwah angguk jer..masa tghari dia melawat tu pun dapat jumpa sekejap sebab ramai lagi kawan2nya nak melawat..di ICU boleh 2 org jer masuk...dan ikut turn...tapi tengahari tu juga doktor terpaksa memasang semula alat bantuan pernafasan dan menukar beberapa mesin..adik aku pun xfaham sangat...doktor tunjuk x-ray arwah keadaan paru2nya dah penuh air...doktor bgtau kuman dan matikan saluran darahnya...Ya Allah..patut susah nak bernafas...

Waktu melawat pada sebelah petang doktor2 masih disekeliling arwah...keadaan arwah semakin teruk..
Sebelum maghrib doktor call abah dan mengatakan arwah semakin tenat dan minta datang ke hospital...abah dah tak terdaya...dan minta Siti dan suaminya Fikri serta kawannya Tajul bantu Kak Zizah untuk uruskan arwah....Dalam 7.45 petang itu selepas maghrib arwah menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan kami buat selama-lamanya....pada umur 38 tahun..meninggalkan 4 orang anak yang masih kecil...Jenazah dimandikan di sana dan dibawa balik ke Felda Tenang dan jenazah sampai dalam pukul 4 pagi (18.09.2013).

Menunggu jenazah sampai..

saiat jenazah arwah tiba..abah tak dapat menahan sebak...

Fika & Adam..kelihatan sedih...
Jenazah di bawa ke kubur
Jenazah di bawa ke kubur


Kubur arwah 21.09.2013 di tanah Perkuburan Felda Tenang


  
 Batu nisan sementara...silap tarikh..17.9.13 sepatutnya tarikh kmatian..telah dibaiki...

Semoga arwah abglong ditempatkan dikalangan org-org beriman...ALFATIHAH
Salah satu petikan yang dikongsikan pada Wall FB milik arwah.


Komen dari kawan baik arwah..perancangan Allah..perpisahan mereka sebagai latihan untuk Kak Zizah & anak2 apabila arwah telah tiada..semoga kak Zizah dan anak2 lebih tabah...berat mata memandang berata lagi bahu memikul...hargai sebaiknya orang yang kita sayangi...suami..isteri..ibu bapa...adik beradik...anak2..saudara mara...peringatan untuk diri sendiri...aku dah tiada abglong lagi...


 Barang2 milik arwah yang telah arwah sendiri kemas sebelum dibawa ke KPJ Klang. Kawanya sempat bertanya kenapa kemas2 ni? Bilik bersepah jawabnya..mungkin ini juga tanda2 arwah nak meninggalkan kami semua...kawan2nya kata barang2 sudah siap dikemas untuk dihantar balik ke Johor..mereka hanya tinggal angkat sahaja...


Anak arwah yang bongsu...Farish Amsyar bersama atok...arwah sangat2 menyayanginya...sebaya dengan anak aku Irfan...sudah tidak berayah..Amsyar..semoga Amsyar menjadi anak yang baik..soleh & beriman...menjadi manusia berguna..amin...hujung bulan ni genap satu tahun.
Irfan & Amsyar..teman sepermainan..Amsyar nampak lebih berdikari..pandai main sendiri..mudah dijaga...umur 9 bulan sudah pandai berjalan...

kak Zizah bersama2 anak..gambar ini dikongsikan di FB arwah bertajuk..Tak Tahan Menanggung Rindu...
4 arang anak arwah ketika beraya di kampung...
Gambar last arwah ketika kak Zizah dan anak2 hantar ke bustand untuk pulang ke Klang semula pada 10.9.2013...arwah bercuti kerana anak yang sulung Fika UPSR..Allah sahaja yang tahu beratnya perpisahan ini.......

Semoga kita bertemu di syurga....Insya'Allah...
ALFATIHAH...

Friday, July 5, 2013

Perfume Pen

Memperkenalkan...ehem..ehem...
Irsyad Perfume
Pelbagai Inspired perfume jenama antarabangsa...
tahan 6-8 jam
mudah di bawa ke mana-mana
RM15 sebatang pen

boleh order melalui jiejahcun@gmail.com @ whatsapp 0197701482
boleh beli harga borong dengan harga yang sangat istimewa
maksimum borong 30pcs

Cepat order sebelum terlambat!! pastikan berwangi-wangian di Hari Raya ini :)

Senarai Perfume Lelaki
Body Shop White Musk for Men
Bvlgari BLV
CK Be by Calvin Klein Men
CK Eternity for Men
CK Free by Calvin Klein Men 
CK One by Calvin Klein
D&G The One Gentlemen
Davidoff Cool Water for Men
Davidoff Hot Water for Men (New)
Diesel Fuel for Life
Dunhill Desire Blue
Dunhill Desire Red
Ferrari Red
Giorgio Armani Aqua di Gio
Giorgio Armani Sport Code
Gucci Sport Homme
Guy Laroche Drakkar Noir
Hugo Boss Energise
Hugo Boss Men
Hugo Boss Orange
Lacoste Style In Play
Lanvin L'Homme for Men
L'eau D'Issey Pour Homme by Issey Miyake Men
Mont Blanc Legend
Paco Rabanne One Million
Ralph Lauren Polo Black
Ralph Lauren Polo Sport
Sean John Unforgivable
Versace Blue Jeans (New)
Senarai Perfume Wanita
Amor amor by Cacharel
Body Shop Apple Blossom
Body Shop Dewberry
Body Shop White Musk for Women
Britney Hidden Fantasy
Britney Midnight Fantasy
Burberrys Weekend
Chanel Chance
Chanel Coco
Chanel No. 5
Christian Dior Addict
Christian Dior Jadore
Christian Dior Pure Poison
CK Eternity for Women
CK Escape for Women
CKin2U for Women
CK Secret Obsession Women (New)
Clinique Happy
Davidoff Cool Water for Women
DKNY Be Delicious
Elizabeth Arden 5th Avanue
Estee Lauder Beautiful
Estee Lauder Pleasures
Gucci Envy Me
Gucci Flora
Gucci Guilty
Gucci Rush
Hugo Boss Women
Jennifer Lopez JLo Still
Jean Paul Gaultier (JPG) Classique Women (New)
Justin Bieber Someday
L'eau D'Issey Miyake Women
Lacoste Touch of Pink
Lancome Miracle
Lolita Lempicka for Women
Paco Rabanne Lady Million
Paris Hilton by Paris Hilton
Ralph Lauren Romance
Vera Wang by Vera Wang
Versace Bright Crystal
YSL Babydoll
Selamat memilih :)

Monday, July 1, 2013

Salzburg...setahun sudah masa berlalu...

Tetiba teringat saat ini 1.7.2012 aku terbang ke Salzburg...post pasal ke Salburg takde pun lagi..tak sempat..tak pun maleh...apepun next time harap ada post ke Mekah pula..amin...


masa ni pregnantkan Irfan..6 bulan 1 minggu ..sweet memoriessss :)

Monday, June 24, 2013

mood~ghindu hencik habang~~

30hb ni genap 2 bulan tak jumpe en abgku yang itam manis itu...petang sebelum balik dari koje layan jap gambar2 bersama en abgku bersama anak2 terchenta...








Kita jumpa bulan puasa nanti yer en abg ku cayang... :)
Gambar yang last ni di LCCT..29.4.2013..last kita jumpa sebelum en abg berangkat ke ashgabat..turkmenistan...

Tuesday, May 14, 2013

Beli kereta baru & trade in kereta lama

tata titi tutu JKE..jangka hayat bersamaku selama 15.3.2007 hingga 16.4.2013.....6 tahun sebulan....
welcome JPG...16.4.2013...

sebab penukaran...ahli semakin ramai dan selalu ulang balik kampung bersama barang2 yang banyak..paling penting sonang nak bawa bersama makabah & makayah mertua..tak perlu lagi dua kereta...
 
terima kasih Allah memudahkan urusan jual & beli kereta..syukur alhamdulillah....
 
Thanks juga kepada en abg...

Monday, April 8, 2013

Ke Bukit Tinggi Pahang

Kami ke Bukit Tinggi pada Sabtu lepas...lepas pergi Klinik Pediatrik Adek di Shah Alam (cek kulit irsyad & irfan + ambil ubat)..en abg ajak pergi jalan2..suka je aku...tapi xsangka pula pergi sini..layan ajelah..
so..kite layan gambar kenangan kat sana..2 tempat je aku pergi sebab dah petang...Colmar Tropicale & Animal Park je...
masuk Colmar Tropicalle ni charge RM12 sewasa...kanak2 berapa ntah ek..tak perasan pula..parking jauh sikit kena menapak dalam 20 meter gitu...oklah parking berbumbung...

 










 Hotel Colmar Tropical..1 mlm paling murah rm350++..hihihi..tumpang toilet jelah dulu...







 @ animal park..seorang masuk RM3..







akhirnya dapatlah irsyad pegang seekor...yang lain semua bertempiaran lari..takut sebab irsyad pegang pistol kot...

*next time nak jalan mane lagi ek..ade suggestion tak..lagipun tak selalu dapat jalan2..time en abg ada je...berat badanku 61.5kg..semasa ini..bila mau exercise daaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TARIKH HARI INI

Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath width